Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sk taman nusa perintis

SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019 - The Return

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019 - The Return. Seawal jam waktu mula operasi kami dah sampai. Ingatkan takde orang, rupanya dah ada dah. Takpe. Takde la ramai sangat kan. Kami pecah dua. Iqa beli baju. Aku beli buku. Setel. Hehehe. Sempat meronda sekolah lagi ngan ici.

SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019. Gi sekolah iqi. Tak sangka punya la banyak orang. Lupa pulak ramai yang amik cuti 24 Disember. Cuti sambung kan. Dah macam hari anugerah cemerlang banyaknya kereta. Masuk dalam. Perrgghhh. Amik list dan beratur. Tak lama. 26 Disember return semula lah. Tak sanggup nak beratur panjang gini. Kaunter Buku, lepas tu kaunter baju. Kena susun strategi semula. Hehehe.

SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018. Alhamdulillah. Dapat juga kesempatan untuk bersama dengan Inaz untuk ambil pelaporan PPSR 2018 di sekolah dia semalam. Seramai 9 orang murid yang dapat semua A dalam UPSR. Inaz dapat 5A1B yang masa B pada sains. Tahniah dik. Adik dah buat yang terbaeekkk!!!! Apapun keputusan yang dapat, adik dah buat yang terbaik. Lepas taklimat kami gerak ke kelas untuk berjumpa dengan cikgu. Adik lebih kepada alam semulajadi dan muzik. Seperti dijangka kan. Sempat jumpa dan berbual panjang dengan Guru Besar sementara menantikan angah jumpa dengan semua cikgu dia. Tahniah untuk semua, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Be the best! yang tak best, banyak gambo aku tak jadi pagi ni. ntah pasal apa ntah. aku tak snap ke, aku gabra ke. ntah la.