Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ppd johor bahru

Ucapan Perasmian Perayaan Hari Guru Daerah Johor Bahru 2010

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Md. Jais bin Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Johor sempena Perayaan Hari Guru 2010 bertempat di SMK Taman Sutera pada 27 Mei 2010. Sebab ucapan jer dah dekat 30 minit maka kena la aku pecahkan kepada 3 segmen. Youtube terima 10 minit jer. Paling lama aku compile dan haplod ke youtube. Satu segmen amik masa lebih kurang 4 jam untuk haplod, siap satu error la pulak; dah jadi plus minus 14 jam untuk haplod ucapan ni saja. Tapi yang penting semua dah naik. Koir jer yang belum aku setelkan lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Welcome to the new world

Imej
Semalam, aku dah mula menjalankan tugas secara rasmi di PPD Johor Bahru. Selesai sahaja urusan pertukaran iqa, setel down dia kat sekolah baru dia, serah tugas kat sekolah lama; langsung ke SMK Mohd Khalid. Terus kena handle masalah berkaitan NKRA. Wahhh.. Memang tak disangka akan terus memecut sebegini laju, bukan lagi gear4, bukan lagi gear 5; terus tekan nitro jer ni.. Apa pun yang diberi, aku kena laksanakan dengan sebaiknya. Kini aku bukan lagi handle masalah satu organisasi yang kecil, malahan aku kena handle satu daerah. Semoga Tuhan akan sentiasa membantu mempermudahkan setiap lorong yang akan aku pilih selepas ni. InsyaAllah. BTW.. Thanks a lot kepada guru-guru di SK Taman Tun Aminah 1 atas semua dan kerjasama yang telah kalian berikan sepanjang aku bertugas di sana. Kenangan bersama kalian memang sukar untuk dilupakan. Thanks Hazim untuk page tribute untuk aku tu. Tak pernah aku sangka akan kuar segala gambo-gambo aku tu. Hihihihi.. :: Klik untuk cerita penuh ::

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie Tarikh : 6 Mac 2010 Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda Paling lama haplod video setakat tahun 2010 ni.. Mula jam 11.00 malam.. Hari ni kul 6.20 baru siap.. Setakat jam 6.25 ini, video ini masih diproses oleh youtube.. kualiti masih so-so.. Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru

Imej
Bertempat di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda, pada pagi ini berlangsung dengan gahnya..Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru.. Seawal jam 7 lagi sudah kelihatan kereta-kereta memenuhi ruangan tempat letak kereta SMK Bandar Baru Uda. Tepat jam 8 majlis bermula dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah JPN Johor. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu bangsa johor dan selangkah ke hadapan . Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz Norzaidi. Seterusnya ucapan ringkas dan padat disampaikan oleh tuan PPD sebelum majlis dirasmikan oleh tuan pengarah. Majlis pentauliahan pada pagi ini dimulakan dan seramai 320 orang pegawai pemimpin KRS daerah Johor Bahru terlibat. Seterusnya acara kemuncak iaitu Anugerah Hari Q mula mengambil tempat. Selepas itu majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku . Majlis ditamatkan pada jam 11.00 pagi. Semua hadirin dijemput ke kantin unt

The full rehearsal...

Imej
Petang ni bermula la sesi rehearsal untuk majlis anugerah q dan tauliah krs esok hari. Lepas semayang jemaat, terus aku memecut ke SMK Bandar Baru Uda.. Baru aku sampai depan pagar sekolah, tetiba hakim call.. Oittt.. kitaorang kat restoren ni. Melantak pisang goreng.. Alamak.. Terus aku wat u-turn depan rumah orang. Dah settle lak melantak, tajul lak call. Oitt.. kat ner.. Restoren.. dah settle dah.. Beli ayaq woii.. OK Pastu terus ke dewan perdana pibg yang berharga 900k ++ sumbangan PIBG sekolah itu la.. Perrgghh.. dapat pibg camni best nih.. Ingatkan kitaorang jer.. Ropernya.. semua sekali turun. Terus jadik rehearsal penuh. Banyak gak la yang diperbetulkan on the spot. Ada masalah terus betulkan.. Tapi yang paling aku seronok time jaki bebudak gamelan.. Diaorang main gamelan, aku pun pasang lagu gamelan gak.. dia berenti.. aku pun berentikan.. semua terkejut tu.. pasal apa pukoi lain bunyi lain ni.. Sori aaa.. dik.. Nak hilang tensen jer.. hihihihi.. Dah habis semua ba