Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel personal

Pasar Kemboja Pekan Nenas : The Return

Imej
Pasar Kemboja Pekan Nenas : The Return. Ingatkan dapat beli something lagi lah. Tapi mama pulang tangan kosong. Design yang sama. Harga yang berbeza. Lebih tinggi daripada sebelum puasa. Rugi tak pilih trivago. Wakakaka. Nampaknya. Sama aje modus operandi mana-mana tempat. Harga pasti naik a bit bila dah mula masuk bulan puasa. Nak raya la katakan. Nak buek camno. Hehehe. Window shopping aje la. Aku. Cam biasa. Ronda jap aje. Pastu lepak lam kete ngan Fiqri.

Ronda Ronda Gelang Patah

Imej
Ronda Ronda Gelang Patah. Padahal amik cuti dua hari ja. Tapi terasa lama tul. Jalan jalan keliling ja. Sian pulak kalau tak bawak kebudaks jalan cuti cuti ni. So. Meronda la sekitar Tesco, Jusco bagai. Meronda ja. Takde pun tengok wayang ke apa. Posing. Snap snap banyak. Beli selipar baru kat Tesco. Ala ala macam kasut, tapi half. Pakai tak sampai 10 langkah. Terus tukar balik. Sakit pulak kaki ni kena gigit. Hehehe. Balik. Singgah Bazar Ramadan Nusa Perintis. Punya la banyak kereta. Dulu takde bangunan baharu tu. La ni dah jadi makin kurang tempat parking. Luar dalam jem. Semua nak cari tempat parking. Jadinya. Dah berlayer layer parking dengan pemandu terpaksa menunggu. Nasib nasib. Cam aku pun. Sebab memang aku tak turun pun. Mana keluar kasi la kat kereta lain. Aku still tunggu lam kereta ja pun.

My KFC Kari-Kari Rangup Experience

Imej
My KFC Kari-Kari Rangup Experience. Iklan memang gah. Tiap tiap hari main sampai menyebabkan kami semua teruja untuk merasanya. So. Kebetulan Iqi pun sibuk nak sangat makan. Pakat gi ler ke KFC. Sampai jam 6.55 petang. Punya la lama aku menanti. Rupanya kena tunggu lama untuk dia prepare ayam special ni. 7.30 malam baru setel semua. Sampai rumah. Semua pakat ambik, rasa dan pakat letak balik. Alamak. Sangat tak menarik rupanya. Masih tak dapat mengatasi rasa spicy. Terlalu kuat rasa daun limau purut. Kata kari. Aiyooo... Tak best la. Dah semua pakat tak nak makan. Rasa aku la yang paling bersalah dalam ini cerita. Tahu tadi baik amik spicy aje. Huhuhu. Setakat ni aku rasa semua resipi lain KFC memang failure la.

Sightseeing @Bangi Gateway

Imej
Sightseeing @Bangi Gateway. Hehehe. Abaikan tajuk pada poster. Salah tulih daaa... So. Lepas layan waze, nampaknya adalah lebih baik aku bertenang terlebih dahulu sebelum masuk ke arena superjam kat highway. So. Destinasi pilihan adalah Bangi Gateway seperti saranan Mak Yang. Selalunya aku perati aje. Tak pernah masuk pun. Ingatkan ala ala shopping complex. Rupanya lebih kepada a group of kedai kedai yang disusun secara complex. Wooo. Baru tahu. Masa datang ruang tengah terbuka tu tengah setting up untuk jualan pre raya. Aku lepak je tepi biar yang lain yang meronda. Tengahari. Poning jugak nak makan. Suruh iqa ronda cari kedai makan. Jumpalah Toyyiban Sushi kat hujung nak keluar dah. Tapi. Semua pakat makan nasi campur. Boleh tahan la. Si Iqi sibuk nak makan burger yang kebetulan tutup pulak kiosk dia hari tu. So. Sementara mama gi sambung meronda. Aku gi burger king ngan iqi. Layaannn.... Masuk highway. Layan jem kat seremban. Ada eksiden. Alhamdulillah. Satu tu je yang jem.

From Bangi With Love

Imej
From Bangi With Love. Jap ja masa berlalu. Sabtu dah tiba masa untuk pulang ke destinasi masing-masing. Atuk Kedah ke Baling. Aku ke Gelang Patah. Terima kasih Pak Yang dan Mak Yang atas layanan sepanjang berada kat Bangi. Terima kasih Atuk dan Nenek Kedah atas perkongsian ilmu dan meronda bersama di KL. Jumpa lagi semua.

Eating Out @Pertama Complex

Imej
Eating Out @Pertama Complex. Tempat biasa aku makan kalau ke SOGO. Memang tak makan kat SOGO. Tak berapa best. Lebih suka makan kat sini. Lebih banyak pilihan dan memang aku suka kat sini kot. Pekena bihun sup utara la cam biasa ngan atuk kedah. Burger untuk adik inaz. Iqi dan Iqa makan Yee Mee. Nasi campur untuk mama, nenek dan nenek kedah. On the way back, masa nunggu sesi round dua kat muaz. Kami lepak kat Warung Cikgu depan pertama. Pekena Ice Blend.

Busker @SOGO

Imej
Busker @SOGO. Tempat lepak utama aku dari dulu hingga sekarang. Dulu takde le busker ni. La ni ja. OK jugak. Sambil hilang lelah, ada halwa telinga. Aku duduk kat sini dari awal. Dari busker ni takde. Sampai la diaorang balik. Tapi. Orang Malaysia memang sungguh Malaysia tul. Nak tepuk pun malas. Termasuk ler aku sendiri. Hehehe. Layan aje. Dua kali sebenarnya. Memula masa nunggu semua kumpul kat sini untuk gi lunch. Dan kali kedua masa second round shopping kat Muaz. Dan dedua tempat lepak aku sama. Maybe dah ada cop kot kat situ. Hahaha.

Walkabout @Jalan Tunku Abdul Rahman

Imej
Walkabout @Jalan Tunku Abdul Rahman. Sekali lagi kami ronda. On the way back pulak. Cuaca redup sikit menyebabkan lebih banyak sesi fotografi berlangsung. Hehehe. Layan jalan ngan bangunan lama yang penuh dengan kenangan ni. Gerai gerai raya pun dah mula naik bak cendawan nampaknya. Pasti akan sibuk tak lama lagi.

Jumaat @Masjid India

Imej
Jumaat @Masjid India. Lama tak solat di sini. Last solat pun masa bulan puasa. Ntah dah beberapa belas tahun yang lepas kot. Hehehe. Kali ni singgah semula. Leh tahan menapak la. Keadaan jauh beza. Maybe sebab jemaah pun dah makin ramai. Masuk. Atuk Kedah ajak simpan kasut kat tempat penyimpanan kasut di bawah. Dia amik RM1 untuk setiap pasang kasut. Selesai wuduk, naik ke main hall di tingkat atas. So. Ada 3 ruang lah. Main Hall di tingkat 2, tingkat 1 dan tingkat 3. Masuk aje ada ceramah agama. Tapi. Kena pastikan faham bahasa tamil kalau nak menghayati. Bagus usaha ni. Selang 15 minit azan berkumandang. Ngam ngam penceramah bajet masa. Assalamualaikum aje, terus azan. Khutbah bermula. Memang respect. Tak tengok teks pun. Tapi. Sama macam ceramah. Kena faham bahasa tamil. Lama aku tak experience perkara ni. Sembahyang. Memang sangat rapat saf. Selesai. Kami amik masa jap. Tu pun masih pack dengan manusia. Ambil kasut pun beratur panjang. Nak keluar laaagi panjang. Alhamdulillah.

Kilat Kasut @Jalan Tunku Abdul Rahman

Imej
Kilat Kasut @Jalan Tunku Abdul Rahman. On the way to masjid. Brader kilat kasut ni tegur atuk. Nak kilat kasut tak? Memang dah berhabuk sikit dah pun kasut atuk. Terus berenti jap. Kasi kasut. Lepak tepi nengok dia kilat kasut. Dapat la aku duduk jap lunjur kaki. Dah lama tak jalan jauh cenggini. Jaman dulu ja rajin terutama masa buat street shooting. Hahaha. Layan jap. Amik gambo sekeping dua (yeke?? kekeke). Kena RM4. Tapi. Memang rasa betul beza antara dulu dan sekarang. I means. Pandangan orang ramai berkaitan aku. Dulu. Keluarkan je kamera. Lari kot orang. La ni. Hahaha. Suka suki je. Pasal aku pun pakai kamera henpon cap ayam aje. Selalunya ngan SJCAM je. Paling suka bila dengar orang kata. Waahhh... Kamera kecik tu. Haah. Kamera kotak mancis aje. Hehehe.

Lifestyle Bargains Galore @SOGO

Imej
Lifestyle Bargains Galore @SOGO. Singgah jap kat sini. Kebetulan pulak ada sales. Adooooiii. Punya la jem. Dari depan Bangunan Mara sampai ke SOGO. Just packed dengan kereta yang just nak parking aje di SOGO. At last. Buat sekali pusingan. Parking area Dang Wangi. A bit of menapak. Tapi sampai lebih awal dari kereta yang masih dok queue nak parking area SOGO. Masuk dalam. Ehhhmmm.. Betul la. Ada sale. Lifestyle Bargains Galore. Mula hari tu. 3 Jun sampai la ke 12 Jun. So. Tinggal mama and the ladies untuk shopping. Kami nak gi semejid.

Salam Ramadan 2016 1437H

Imej
Salam Ramadan 2016 1437H --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 5 Jun 2016

Imej
Tarikh melihat anak bulan Ramadan 5 Jun 2016. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia ialah pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu. Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 5 Jun di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Pera

Layan Kucing @ Bangi

Imej
Layan Kucing @ Bangi. Pagi jemaat. Sambil lepak lepak sarap. Abu pun tiba. Abu ni kucen rasmi si ikhwan. Sungguh samseng sekali mukanya sekarang. Suka pulak si Fiqri dok tepuk tepuk badan dia. Kekadang ngeri jugak bila nengok si Abu macam nak gigit. Tetambah bila di tarik badan abu tu. Sekali jengah keluar. Ada dua ekor kucen lagi. Wahhh.. Dah makin ramai pulak yang datang.

Lepaking @ Melaka

Imej
Lepaking @ Melaka. Agak lama juga aku tak drive sendiri sejauh ni. Nak ke Bangi untuk jumpa ngan atuk dan nenek kedah yang baru balik dari Tawau. Boleh tahan jugak la. Praktis agak lama juga untuk kembali boleh drive dalam keadaan yang agak jauh. Berenti berehat jap di R&R Ayer Keroh untuk dinner. Quite OK jugak keadaan kaki ni. Hmmm... Bila fikir balik. Aku rasa stokin yang aku pakai tertinggal kat rumah mak yang ni. Pasal satu hari tu aje aku pakai stokin. Yang lain semua idak. Ish ish ish. Apa yang penting. Ini kali pertama kita makan apa sahaja yang ada depan mata.

Ayam Penyet Taman Nusantara

Imej
Ayam Penyet Taman Nusantara. Dah lama dah bersawang lam dropbox. Baru je dapat keluarkan. Makan makan ngan mama kat gerai depan surau taman nusantara. OK jugak la.

Asam Pedas Madu 3

Imej
Asam Pedas Madu 3. Singgah lunch kat Asam Pedas Madu 3. Memang marbeles. Kali ni dapat jugak aku merasa ikan goreng dia. Hehehe. Dan. Sebab kami datang awal. Orang tak ramai. Memang serve first class ler. Tambah kuah. Tambah nasi. Lum masuk sesi soal jawab bagai. Hahaha. Biasanya datang masa lunch hour. Memang packed.

Durian Ulu Choh

Imej
Durian Ulu Choh. Balik je dari Pasar Kemboja, kena la kotakan janji masa memula nengok gerai buah ni tadi. Singgah jap on the way back. Sekilo RM22. Ada dua gerai. Lebih kurang ja sepanjang jalan tu. Sebab dedua kedai aku berenti. At last aku pilih gerai wak ni. Lepak. Mama amik 3 biji. RM45. Belah terus makan kat situ. Setel.

Sarap @ Pasar Kemboja, Pekan Nanas

Imej
Sarap @ Pasar Kemboja, Pekan Nanas. Lepak jap sini. Ada benda nak cari. Sarap dulu depan masjid pekan nenas. Punya la ramai manusia. Tunggu jap untuk meja. Duduk. Amik dulu apa yang ada. Order roti canai. Tunggu lama. Air lagi lama nak dapat. Tapi takpe. Memang marbeles makanan kat sini. Selesai. Baru gerak ke pasar kemboja sebelah belakang. Aku jalan jap jer. Amik bideo sikit sikit. Sempat jumpa cikgu Hanim, bekas ex-bos kat tun aminah. Borak jap. Pastu terus tunggu kat kereta ngan kebudaks.

Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara

Imej
Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara. Ni masih senin lepas punya cerita.Kalau ikutkan, aku nak berbuka di Medan Selera Mydin. Nak makan Yee Mee. Sekali. Tutup untuk renpvate lah pulops. Ahh sudah. Belanja bulan je dulu cam biasa. Pastu beli wafel kat Daily Fresh. Masuk je kereta dah Azan. Makan jap wafel tu sambil dok mikir nak berbuka kat mana. Mulanya nak ke Tajri. Sekali lalu kat area Maybank. Terbuka minda untuk ronda ronda area ni. Awalnya berenti depan chicken chop. Lupa pulak nama kedai dia. Tapi orang punya la ramai. Aku cadang ke seafood ni. Yang selang 5-6 kedai dari chicken chop tu. Masuk. Mulanya nak order biasa biasa. Sekali adik inaz nak tomyam dan of coz siakap tiga rasa dia. Dah sudah. Lain pulak jadinya. Hehehe. Makan aje ler. Secara keseluruhan memang OK kedai ni. Siakap dia marbeles. RM70. Standard la harga tu. Siap bungkus sate untuk yang berada kat rumah. Sate dia aku baru makan semalam. Balik. Cam biasa lepas isya' aku akan tido. Lupa semuanya.