Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pasar ramadhan

Selamat menyerjakan ibadah puasa

Imej
Image courtesy of www.fahmishah.com Sekejap jer dah sampai balik dah bulan Ramadhan. Rasa macam baru semalam jer beraya. Alhamdulillah. Dapat lagi sambut Ramadhan tahun ni. Kali ni aku berpuasa ditempat dan suasana yang baru. Dok tengah dok hitung lagi berapa hari nak amik cuti. Tak cam dulu. Ikut jer apa yang dah disetkan. Apa pun semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang telah aku lalui. Dok borak ngan ustaz zaidi tadi pun pasal zakat dan sebagainya. InsyaAllah.. tahun ni ingat nak bayar zakat kat Baling jer la. Asyik dok kasi kat orang JB jer kan. Tahun ni kasi la pulak kat orang Baling. Seronok sikit kat sana. Ingat tadi petang nak wat banner sikit khas sempena Ramadhan tahun ni. Mana nak tahu siap collapse sampai ke Maghrib. Hebat tul penangan kuah kambing tadi tu. Tobat lain kali aku akan tanya dulu kuah apa sebelum lantak. Satu badan rasa sengal-sengal. Kepala toksah citer laa.. Last-last search internet cari wallpaper Ramadhan. Brader Fahmishah..

Iqa's Second Day Puasa Penuh

Imej
Yayyy!! Berjaya gak Iqa puasa penuh lagi satu hari. Walaupun hari ni memang melepek habis Iqa. Sampai kul 6.45pm dah menangis lagi. Camner ni. Last-last bawak dia naik motor, ronda satu kampung. Sayang tu. Lagi beberapa minit jer kan. Memula OK lagi. Pergi pasar Ramadhan, pergi kedai besi, pergi kedai buku. BTW aku dah tak gi pasar Ramadhan kat Nusa Perintis. Beli kat sebelah bus station jer. Sekali balik rumah terus melepek. Pegang jer biskut yang dibeli tadi. Ajak dia kuar jap. Lepek jer kat pintu. Bawak dia gi kat PC. Kengkonon nak ajak lawan CS ler. Melepek dia kat meja ABC Syafinaz. Last-last bawak ronda-ronda kampung jer ler. Adik dia yang lebih-lebih. Nak aiskrim ler, nak jajan ler. Bagi warning makan lepas semua orang berbuka jer. Masa balik mama masih menjahit langsir. Dah siap yang kaler ungu. Tengok ler. Cun tak? Tapi masa amik gambo ni ada sesuatu yang tak best. Rupaya adik dah berjaya membuat projek baru kat dinding ni. Bila masa la dia conteng dinding ni. Hishhh..

Iqa's First Day Puasa Penuh

Imej
Hari ni akhirnya Iqa dapat jugak berpuasa penuh. Tu pun macam-macam cerita gak la keluar. Rasa nak mati la, Iqa nak susu la. Last-last berjaya gak dihabiskan puasa dia tu. Alhamdulillah. Paling best dialog dia masa tengahari tadi la. Abah, Iqa kena makan jugak la; Iqa rasa macam nak mati ni. Kalau Iqa boleh mati, rasanya abah pun dah lama mati masa kecik-kecik dulu. Pastu terus dia diam. Petang tu masa keluar macam-macam dia nak. Kuih tu, kuih ni. Belikan ajer tapi sebijik jer. Pasal dah tahu kan. Tu semua nafsu jer tu. Pastu masa balik nak mainan la pulak. Si adik pun tumpang sekaki. Apa yang di beli. Haaa.. tu yang kat tangan dia tu. BTW, mama punya langsir pun dah siap batch 1. Sebenarnya ni baru siap dia punya depan. Yang belakang in the proses. Biasala langsir dua tingkat. Dan kaler ungu pun akan menyusul lepas ni.

Pasar Ramadhan Taman Universiti, Skudai

Imej
Petang ni kuar gi Taman Universiti. Sebab utama Susu 4,5,6 kat Giant murah; baru RM17. So bertolak la ke Giant. Bayar 3 kali sebab sekali beli 3 jer. Masa kuar si adik dok sibuk nak main gajah. Layan jer ler. Masa kuar singgah jap kat Pasar Ramadhan dia. Best. Maybe sebab aku dah lama kat sini kot. Jadi dah serasi kat sini. Sempat beli mee rebus, n then cari ikan terubuk bakar. Yummy.. Foto Montaj

Pasar Ramadhan Gelang Patah

Imej
Petang ni nak kuar meninjau apa yang ada di Pasar Ramadhan Gelang Patah. Ingatkan na ajak Iqa ngan adik sekali, tapi dedua dah terbongkang tak sedar diri. So, kuar berdua jer ler ngan mama. Pasar ni macam biasa terletak di Tapak Pasar Tani. Depan CIMB, seberang jalannya. Tapi secara overall, aku rasa pilihan yang sama, atau senang cakap kenapa jual benda yang hampir sama je. Variety sikit kureng la (maybe tak sampai taste aku kot). Maybe jugak pasal nampak ada gerai-gerai yang masih kosong. Gerai yang maybe aku belanja nanti pun maybe gerai ni jugak kot. Gerai sup. Yang lain cam biasa jer dari pandangan aku la. Foto montaj