Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel online

Sistem baru lagi..!

Imej
Sistem semakan penempatan la pulak naik Hari ni naik lagi satu sistem. Kali ni sistem semakan penempatan pelajar ke sekolah kluster / kawalan segala tu la, secara online jugak. Tapi masih belum ada isi lagi ya. Kang ada pulak yang duk menerai key-in data kat sini. Ni enjin dulu aku siapkan dan dah up pun. Yang ada cuma dua data testing. Esok insyaAllah semua data sebenar akan naik. Tungguuuu.. Sistem ni boleh dicapai di url http://jbdat.ppdjb.edu.my/semakrk khusus dibangunkan untuk menyemak penempatan ke sekolah sekolah Kluster Kecemerlangan Pendidikan, Sekolah Kawalan, KRK dan KAA di daerah Johor Bahru sahaja noo.. Lain daerah, lain negeri.. kena tanya PPD masing masing lah ye.. Semoga dengan adanya sistem ni, penyemakan penempatan menjadi semakin mudah. Enjoice...Sharing is power!!!

ePenyata Gaji dan eLaporan

Imej
Mulai bulan Oktober, semua kakitangan kerajaan memang tak akan dapat dah lagi slip gaji macam biasa. Sebabnya kerajaan dah memulakan sistem aplikasi ePenyata Gaji atas talian ni. Lepas ni semua kakitangan kena mendaftar dan maintain sendiri penyata gaji dia. Dah test dah semalam, memang ok la. Cuma dok terpikir camna la nasib yang agak kurang celik it nih.. Pekeliling penggunaan ePenyata Gaji Tatacara Penggunaan sistem ePenyata Right klik dan pilih save link as sahaja..TQ Enjoice...Sharing is power!!!

Team Pembina SiSP1

Imej
Dah lama jugak amik gambo ni. Tapi nak hapdet.. Perghhh.. sungguh lama sekali. Ni team pembina antaramuka pendaftaran umum SiSP1, sistem pendaftaran online tahun 1 daerah Johor Bahru. Memang dah lama dah gambo ni diambik. Masa ni memula meeting untuk pembinaan. apa yang patut ada and what so ever la.. Kini.. sistem tu dah pun berfungsi sepenuhnya.. Enjoice...Sharing is power!!!

Pertandingan Nasyid dan Pakaian Beragam Pelajar Tahun 6

Imej
Pic and video taken by mknace using Sony Ericson K750 Pagi ni boleh tahan gak la aktiviti kat sekolah. Bermula pagi lagi, pelajar tahun 6 yang nak mohon ke SBP semua aku kumpulkan kat Makmal Komputer untuk sesi pengisian borang online SBP. Kelakar jugak kan. Dulu aku kat SBP pun selalu gak terlibat dengan benda ni. Tapi isi data orang lain; data sekolah daerah Kuala Selangor, isi data sekolah lain yang nak masuk SBP. Sekarang aku handle data budak sekolah sendiri yang nak masuk ke SBP. Lain le tekanannya. Pas habis jer, bebudak tahun 6 semua ke dewan untuk pertandingan pakaian beragam. Leh ler tahan. Bergaya sakan. Habis jer saringan pakaian beragam, pertandingan nasyid pun bermula. Memacam lagu dan style dapat dilihat. Menarik gak. Boleh la. Sesambil tu ambil gambo aksi bebudak yang kusyuk dok layan sekali. Habis jer dua-dua tu. Perhimpunan resaksa pun bermula. Taklimat demi taklimat dijalankan. Ye la nak cuti panjang kan. Dah habis tu murid-murd semua beratur untuk bersalam-salaman b