Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel inaz

Edisi merayap cari barang kek

Imej
Tarikh : 5 Disember 2010 Masa : 10.00 pagi sampai 2.00 petang Tempat : Dari GP sampai la ke Tampoi Mood : Penat wehhh.. dah la hasrat tak kesampaian So, pagi ni mula la episod aku kuar cari barang nak wat kek ngan semua famili. Target, kedai barangan kek kat tampoi.. Apa pun singgah Yos, GP patah untuk wat benchmarking.. Pergghh... harga leh tahan. Agak tinggi. So teruskan jugak la misi mencari barangan kat tampoi, pasal kitaorang memang nak buat kek bebanyak nih.. tahap bukak kilang pun dah ada nih.. So, merayap la kitaorang ke tampoi.. Pekan lama nih.. Lepas volvo belok kiri.. pastu nampak angsana berdepan belok kanan.. Tak nampak pun kedai kek nih.. Kata sebelah kedai baiki keter. Kedai arang pun tak nampak. Dah melelong beberapa kali baru call mat nor balik.. Sahih la kedai yang aku target memula.. Dan sahih tutup.. Gerak ke bandar baru tampoi pulak. Sebelah kedai pc yer.. merayap punya merayap.. Terperasan.. Dapat jumpa.. Dan sekali lagi..TUTUP!! adoiii... tensennya..

Gambar Foto Nuri Inaz - 4 tahun

Imej
Ni ler gambar bebudak nuri J4. Kelas adik inaz la ni. Gambar ni aku ambik masa ambik buku rekod adik itu hari. Keputusan adik kira ok lah jugak. Banyak slack sikit la. Teacher Yanie pun hairan jugak katanya. Masa dia interview ok, masa interviewer nuri datang adik blank, tak keluar sepatah kata pun. Adik takut ngan orang yang dia tak kenal agaknya. Pastu aku ada tanya teacher pasal adik jatuh semalam kat tangga. Teacher cakap dia tak tahu pun. Ni yang susah ni. Adik memang takut sikit bila nak cakap dengan orang. Sampai nak gi tandas pun kekadang sampai nak kuar baru dia nak cakap. Tu yang banyak insiden ter'' jadi kat adik. Sampai yang kat tesco tu yang aku tak leh lupa tu. Tak tahu lagi aku nak letak inaz kat tadika mana tahun depan. Masalah kat nuri, tahun depan adik masih kelas kat tingkat atas. Kaki adik memang tak berapa kuat. Jalan pun terbuai-buai. Tak tahu la. Dilemma jugak nak buat pilihan nih.. Ni ler gambar biasa untuk pelajar nuri setiap kali amik result

Jengjalan musim kahwin - Part 3

Imej
Tarikh : 21 November 2010 Masa : 3.30 petang Tempat : SK Nong Chik Mood : Ngantuk sikit dah Ni last kenduri untuk aku n famili hari ni. Penat weiihh. Iqa, inaz sama ziqri siap dah tertido lam keter. siann.. Sampai ja kat nong chik, clear.. perghhh.. dah lewat sangat ka aku sampai. Nampak si lorn ka loan la camana aku nak eja aaa.. belasah ja la janji bunyik kan.. Lepak makan, nengok si fido. Lepas ucap tahniah suma, balik berpoya poya ke tesco.. yipee Klik untuk cerita penuh Tu dia terpangpang depan sekolah.. yaaa.. tuan tuan semua.. cikgu kami ini sudah kahwin yaa Clear.. tapi aku rasa aku sampai masih awal.. maybe pasal dia mula awal kot.. 12.30 dah sanding Aku leh pi limau sunkist ni ja Mama and the rest toksah citer la Lorn @ loan @ korang sebut aje la asal ada bunyik tu Ziqri dah ternganga ja.. apasal asik amik gambo aku aje nih Inaz pun licin tu makan Alamak.. saya kena kacau lagi ni.. ada ngigau tido malam nih Takut

Meet the family

Imej
Tarikh : 21 November 2010 Masa : 2.00 petang Tempat : Depan umah Mood : Tunggu pantin dan keter lalu So, matlamat seterusnya adalah.. sk nong chik. apa pun.. kena nunggu pantin berarak dulu depan umah. Dah setel tu, kena la nunggu keter yang parking 5 minit saja bebetul depan umah. So, apa nak buat. Mari posing posing dulu la. Iqa sibuk nak amik gambo pantin. Sekali terkinja kinja ja depan pantin tu sambil pegang kamera. Apa daa.. Len kali tak payah nak sibuk sibuk amik gambo pantin dah.. Klik untuk cerita penuh Mama bersama kebudak kerol Mama sama ziqri Lagi sekali Mama, abah dan encik ziqri Bila kita nak jalan ni abah Enjoice...Sharing is power!!!

Jengjalan musim kahwin - Part 2

Imej
Tarikh : 21 November 2010 Masa : 1.45 petang Tempat : Jalan Ibadat, Gelang Patah Mood : Still OK Dari Wawasan kami jalan kaki ja. Sepelaung ja. Bukan jauh sangat pun. Lagipun kalau bawak keter mesti kena patah balik ke wawasan pasal rumah kedua ni dah tutup jalan besar. So, kena wat u-turn balik kalau nak bawak keter. Pengantin kat sini pulak pilih warna hitam dan oren. Memang striking habis dan tak ramai yang berani pilih kaler cenggini. Warna baju pantin memang tak dan nak nengok pasal nak mula gerak ke nong chik lak lepas nih.. Klik untuk cerita penuh Jom kita sambung edisi menapak balik.. tengok la keter.. nak kuar dari kampung ni pun dah susah nih Tu dia kaler dia.. memang berani habis nih Orang pun boleh tahan ramai Iqa makan bubur ja.. ikut resmi aku.. makan mana leh masuk bebanyak Atuk tetap rasa semua yang ada Ziqri??? Saya asyik makan sapu tangan aje la Kakak inaz tok sah citer la Saya nak boikot program jengjalan