Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel encik Ziqri

Cian En. Ziqri

Imej
Tarikh : 10 Disember 2010 Masa : 8.00 malam Tempat : Kat umah Mood : Sangat sangat sangat marah Tetiba ja dengar mama nangis. Sekali dia dukung ziqri, berlumuran darah. Sudah.. Ni apasal la pulak nih.. Rupanya kena cakar ngan encik yusri, kucing aku kat kampung la tu. Ni aku dah start temper nih. Apa apa pun, setelkan ziqri dulu. Pegang dia, sapu krim gamat, tapi luka yang bawah mata tu memang tak berenti jugak. Last last bawak ke klinik. Orang memang sangat ramai kat klinik. Mintak izin dari semua nak masuk dulu. Dapat masuk. Doktor geleng kepala nengokkan. Sib baik mata tak kena. Alhamdulillah, terus gi cuci dan sapu iodin. Dapat antibiotik dan krim sapu. Terima kasih pada semua kat klinik tu semalam. Balik ingat aku nak buang en. yusri kat gunung inas. Sib baik aku tak jumpa dia.. Balik dari Kroh baru jumpa. Tak kira misi mesti dilakukan. Haiza kata, akhirnya orang yang bawak en yusri balik ke rumah jugak yang akan buang dia. Nasib dia la.. Aku buang dia kat pasar besar

En. Ziqri pun nak nyanyi jugak

Imej
Tarikh : 4 Disember 2010 Masa : 2.30 petang Tempat : Depan TV Mood : Sesaja nengokkan si ziqri ngan kakak kaka dia Mama dia baru ja dengar lagu lagu tribute to P.Ramlee. Ala.. yang astro buat tu.. Memang cam serabai bila bebudak tu nyanyi balik. Aku pun suka yang memula tu jer. Lagu Di mana kan ku cari ganti.. tu pun berapa ramai yang nyanyi cam haremm ja.. Mama suruh iqa nyanyi balik lagu lagu yang dinyanyi diaorang tu. Mama kata nak wat tribute sendiri, nanti haplod ke youtube. Si ziqri nengokkan ja semua. Pastu dia pun dok nak tarik tarik kabel mic dengan kabel vcam tu. Maybe dia kata dia pun leh nyanyi la.. Last last main ja la dengan bola tangkis, bulu tangkis yang dimodified untuk bebudak nih.. Jadi la Ni dah gaya amy search dah ni.. nak makan bola ka apa nih Tu baru sikit ja tau abah.. nanti ziqri kasi lagi power punya Baru nak kasi lagi power lagu dah abis daaa Enjoice...Sharing is power!!!

Kebudak kerol part 3

Imej
Tarikh : 4 Disember 2010 Masa : Tengahari nak bawak ke petang Tempat : Rumah den Mood : Aduhaii!! Tengok la kebudak ni semua. Ni baru kisah nak gi kenduri tu. Dah siap melawa mengalahkan orang tua. Siap nak lipstik la, eye shadow la. Dah tu.. lengkap ngan aksesori lagi tu. Payung la. Beg duit la.. Memacam la dedua nih. Ziqri yang tak tau apa apa pun terbabit secara tak langsung bila kakak kakak dia ni dah tarik masuk nak amik gambar sekali. Kan dah sedih dia. Huhuhuhu.. saya tak bersalah.. Bila ajak borak, tak lain.. Bila nak balik kedah. Baper hari lagi nak balik rumah atuk kedah.. Hihihi.. dah tak sesabo dah nak balik kampung. Mana taknya.. sepupu lain semua dah bising.. Asik dok berbalas call jer dari semalam.. Sib baik aku nyer phone pakai yang free ke talian tetap.. Sibuk berposing sakan ngan aksesori segala Saya tak nak terlibat kata ziqri Enjoice...Sharing is power!!!

Back to school shopping

Imej
Tarikh : 28 November 2010 Masa : Starting 10.00 am Tempat : Plaza Angsana, JB Mood : Penat seiiihh!!! Pagi ni bermula la operasi baru kitaorang. Ya.. Apalagi kalau bukan persediaan untuk ke sekolah tahun 2011. Misi.. bukan misi yang kat klinik tu, tapi tujuan utama; baju sekolah iqa fullset, kasut iqa 2 pasang, kasut adik.. pun masuk jugak ka, termos ziqri, ganti yang pecah itu hari, baju putih aku untuk presentation kat klang nanti, seluar hitam mama.. Dan jangan lupa buku kerja iqa dan adik.. OK dah.. Jom kita mula berbelanja.. Memula menuju ke UO la. Pasal aku memang beli baju sekolah kat sini. Jenama biasa aje.. Bek bek?? Tapi kualiti dia OK jugak, setanding harga dia la kan.. Belasah ajer la.. Kira punya kira RM200++ jugak.. Dah setel tu mula la misi(??!?) cari baju putih untuk aku. Mana la aku suka pakai baju putih. Aku suka kaler kelabu. Sampai ramai yang kata aku suka pakai baju sama berhari-hari.. Hakikat dia.. Baju kelabu aku memang hampir sama, setiap pasang pulak

Si bujang Ziqri part deux

Imej
Tarikh : 27 November 2010 Masa : 2.12 petang Tempat : Lam rumah Mood : Suka Memang ada ada aja kelaku si bujang sorang ni. Hari hari mendatang penuh dengan pembaharuan dari segi keletah dia. Ni siap baca buku sambil minum susu la pulak. Dah masuk bab like father like son dah nih.. Klik untuk cerita penuh Tengok la gaya minum baru dia nih Sampai meniarap kau kata kakak dia Apa kutuk kutuk orang nih Suka saya la nak minum macam mana kan Ziqri, ziqri Tak tau la memacam pesen kuar Senyum la pulak tu. Tau tu orang dok kata pasal dia tu Mana la pulak buku saya nihh Baca jap Nak baca ka nak minum ni Dedua la.. macam yang selalu abah saya buat Naper.. tak percaya ka Mama ngan abah saya nak saya jadi ustaz.. atuk kedah pun cakap cenggitu Minum dulu la Sambung baca balik Sapa la pulak letak buku saya ni atas sofa nih.. biasa nihh Haiii.. nak baca buku pun susah.. Enjoice...Sharing is po