Sambutan Maulidur Rasul SKTTA pada tahun ini disambut dengan meriah sekali Dari semalam lagi seluruh warga kerja sudah bertungkus lumus merewang Untuk memastikan perjalanan majlis hari ini berjalan lancar Bermula jam 8.00 pagi, perarakan dari dataran kejat mengelilingi kawasan perumahan di sekitar jalan laksamana telah berlangsung. Selepas minum pagi, semua pelajar berkumpul di dewan bestari Satu ceramah khas telah dijalankan di dewan bestari selepas warga SKTTA dihiburkan dengan satu persembahan nasyid dari pelajar-pelajar 5 Pahlawan. Selepas ceramah tersebut, satu kuiz khas dijalankan untuk semua pelajar SKTTA. Majlis makan berdulang seterusnya dijalankan sebelum semua pelajar pulang. Maulidur Rasul Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu ba