Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cat

Mari menjahit langsir

Imej
Banyak gak yang tanya, apasal cepat sangat mengecat rumah? Ni tambah satu lagi. Meh kita jahir langsir raya la pulak. Mama dari pagi sibuk dok menjahit langsir. Mana leh jadi kan. Asik dok ngecat dinding jer. Langsir pun kena la jugak jalan kan. Kenapa cepat sangat kitaorang buat preparation raya ni. Sapa leh jawab. Cepat, cepat... Jawapan simple jer.. Sebab sekarang ni cuti sekolah la. Pas ni mana ada masa dah nak wat preparation. Kalau boleh pun lepas balik sekolah jer ler kan. Tengok bahagian sisi ni dah siap dah. Tinggal nak tarik masking tape jer. Kengkonon semua blok angin tu nak cat putih. Last-last, dalam jer warna putih. OK gak kan. Adik sibuk gak ngan Iqa. Ke hulu ke hilir. Tapi yang diaorang buat adalah, selain dok memantau progress; mereka juga berjaya menambahkan kerja-kerja pembersihan selepas itu. Betul tak dik? ps : Bila masa aku nak baca untuk PTK esok ni, LOL? Foto Montaj

Mari mengecat rumah kita.

Imej
Pagi ni mama ajak kuar. Alang-alang cuti kan. So jalan la kitaorang gi mencari kedai cat. Last-last kat Tun Aminah jer. Beli cat colourland kaler hijau kebiruan. Sebelum balik singgah taman u hanto jahit tepi sebelum singgah kat umah di pulai perdana hantar pinggan mangkuk dan ambik balik cangkul. Sampai jer rumah terus mula kerja mengecat. Tolak semua ke tengah. Mula mengecat. Bila la nak siap ni kan.. Foto Montaj

Syafiqah dan kucing

Imej
Tak tau la apa nak jadi dengan Syafiqah ni. Nampak kucing jer geram nak wak balik, nampak kucing jer sibuk nak amik gambo. Ni ler gambo pencetusnya. Aku dok sibuk amik gambo kucing ngan nenek tadi, sesambil ziarah kan. Iqa dah tak tahan. Dia mintak henpon aku. Terus jer menonong ke belakang. Habis semua kucin kena ambik gambo..

Aktiviti rutin Iqa

Imej
Hahaha Dah hafal dah aktiviti rutin Iqa seharian Tapi mama dia la paling bising Dia siap cakap "like father like daughter" Memula dia akan tepuk-tepuk kucin dia Aku dah ajo Nanti kucin tu akan suka dia Tu yang balik jer dari memana dia tepuk-tepuk lu kucin dia Pastu Macam biasa Dok menghadap komputer la, apa lagi Siap adik pun dah join Yang paling aku terkejut Adik pun dah pandai search internet Apa lagi yang dicari kalau bukan katun kesukaan depa Tom and Jerry

Comel - bakal menjadi kucing kesayangan Iqa

Imej
Iqa suka la anak kucing ni Iqa nak letak nama dia Comel Tapi dia garang la Iqa kena tepuk-tepuk, gosok-gosok dia Pepagi iqa bangun dia tepuk, gosok comel dia ni Balik sekolah pun sama Itu hari masa dia balik comel takde Dia melalak cari nenek dia Kena makan bapak dia tak Iqa nangis Habis semua orang dia tepon Sekali aku balik Nampak comel menyorok belakang kayu ni Iqa la paling sukahati