Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aidilfitri

Menu Lebaran : Rendang Daging

Imej
Tarikh : 9 september 2010 Masa : 11.20 pagi Tempat : dangau nenek kedah Mood : Huiyooo.. syiok woo Sekali harung, mak yang pun dah nak mula sesi buat rendang daging dia. Leceh sikit pasal lama nak kerja mengacau jer. Tapi kira ok la pasal ramai yang membantu. Tu yang last sekali kami boh nama rendang ni sebagai rendang mak yang abang mawi keranikotrak@yahoo.com dan cikgu yaih.. Best tak nama dia.. Klik untuk cerita penuh Bahan bahan dah ready Tengah hangat membincangkan isu kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa Mungkin, dengan penuangan dengan teliti minyak ini, harga akan turun mendadak dalam tempoh masa 3 hari Tumis bawang putih ka.. lupa la pulak mender nih Serbuk kari.. harganya yang juga melambung merumitkan hidup petani-petani di tanzania sana Masukkan apa la.. lupa lagi Baru masuk daging.. Kasi daging guling guling sebati dengan kari dulu Tambah air, air mineral salji tulen juga digalakkan penggunaannya K

Salam Aidilfitri 1431h

Imej
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431h kepada semua rakan taulan, saudara mara, jiran tetangga, muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini. Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersinggung rasa; jari disusun memohon maaf. Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga. Enjoice...Sharing is power!!!

Projek lampu raya

Imej
Tarikh : 31 Ogos 2010 Masa : 7.50 malam Tempat : Depan rumah Mood : Nak melawa Malam ni, projek lampu raya pun bermula. Kejap jer pasang bender alah ni. Dah cun sikit depan rumah den. Yihaaa.. alamak.. Beg lum kemas lagi. Sib baik baju 3 hari punya stok dah siap seterika. Tinggal campak-campak jer la baju masuk beg.. Klik untuk cerita penuh Jom mula projek kita nih Pindahkan wayar lama ke depan jer Alih sikit yang belakang bendera nih Dah sampai hujung Kenapa inaz ni.. sukanya hatinya Posisi lama ni nak pindah ke depan porch keter livina tuh Berserabut gak nak bukak nih Haaa.. kita pindah ke depan ni la pulak Dulu mana ada porch ni lagi Berselirat.. yang penting noise tak hingat tuh Kena bukak sikit, dah berpintal la pulak Tak setel lagi ka, kata terer Sambung sikit ngan wayar baru nih.. kasi lagi panjang Senjata semua dah kuar Dah siap satu Tambah yang selai-selai la pulak Jeng jeng j

Hari mengemas rumah

Imej
Tarikh : 31 Ogos 2010 Masa : 9.00 pagi Tempat : Rumah ese Mood : Gumbira tahap gaban Hari ni memang kena gerak dah. Dah tak lama lagi nak raya. Hari cuti tinggal Sabtu, Ahad depan jer.. Tu mesti sibuk nyer.. Dengan nak berkemas balik kampung lagi la, dengan kuih raya la.. So yang berat-berat ni kena setel dulu la. Sabtu lepas mama dah beli tikar getah baru, sekayu tu. Harga lebih 200.. Boleh maa.. Taiwan mali lo.. Rerasa cukup sampai ke tempat komputer. Lagi latu, nak rearrange balik markas iqa, katil dan lemari dia. So, bermula ler kerja-kerja khas kami di pagi merdeka nih.. Merdeeekaaa!!! Habis semua kita rearrange balik. Markas iqa sudah bertukar tempat. Ruang tamu dah jadi memanjang terus. Kira OK sikit la. Nampak lebih luas.. Klik untuk cerita penuh So sofa ni digerak ke hujung, ke tempat lam markas iqa.. Nampak lebih lapang kan.. Ni pandangan ke pintu depan la pulak.. so, markas iqa dah jadi macam bilik. almari baju dia lepas ni mama akan letak lang

Sesi rakaman sampaikan aidilfitri

Imej
Tarikh : 25 Ogos 2010 Masa : 9.00 pagi Tempat : Galeri PPD Mood : Alamak tuan Pagi ni cik Ajis kita dah bawak orang dari RTM. Buat rakaman suara untuk sesi sampaikan sempena raya ni. Kiranya suara kitaorang akan on air lah nanti. So, pagi ni suara-suara lunak merdu pegawai di ppd ni akan dirakam sorang-sorang dan diedit sebelum menungu masa disiarkan malam raya nanti di radio apa aku tak ingat. Key rul.. giliran ko la pulak.. Tak nak la. Suara aku tak best. Aku nak amik gambo jer.. Pas tu terus aku kuar.. Kik kik kik.. dah dari azali, aku paling tak suka mender-mender cenggini.. Kasi la orang lain.. Suara aku ni bak kata cikgu aku dulu, cam ada emas lam mulut; tapi bila dia dah start cakap.. hmmm.. tak tau la nak cakap.. Klik untuk cerita penuh cik ridzuan sedang merakamkan suaranya Cik azhar ni buat apa la pulak.. gi rakam suara sana gi Cik ajis tengah mengira bilangan fail-fail suara orang ppd Nanti-nanti la edit cik ajis.. Enjoice...Sharing i

1 Syawal 1430h - Edisi rombongan cik Iqa keluar beraya

Imej
Photos taken by mknace using Nikon D70s, videos by SE750i; compiled using Sony Vegas. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sempena hari raya ni Iqa nak keluar beraya sakan. Iqa nak kutip duit raya bebanyak tau. Pepagi lagi Iqa dah mintak kebenaran mama nak kuar beraya sama kak Fifi. Mama cakap mintak kat abah. Abah lak cakap mintak kat mama. Apa ni? Last-last abah kata boleh kuar. Sukanya Iqa. Memula amik gambar keluarga dulu. Sumer ada. Iqa suka sangat. Nanti balik Kedah pun Iqa nak amik gambo lagi. Seronoknya dapat kumpul ramai-ramai camni. Dah tu Iqa gi rumah nenek yang la pulak. Iqa salam sama nenek. Nenek Yang suka sangat Iqa datang. Iqa lompat-lompat lam rumah nenek sama adik Inaz dengan adik Eisya. Pastu ada bebudak datang. Bebudak cina sama india. Wah, rumah nenek Yang dah jadi 1Malaysia la. Pastu gi rumah Atuk Ngah pulak. Ada kenduri kecil-kecilan la pulak. Iqa makan pulut kuning. Sedapnya... Pastu Atuk Mis suruh abah ambik gambo semua sanak sedara yang datang. Bestnya. Ramai sangat