Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Leman Miko

Leman Miko : 20190812 Mengucing

Imej
Leman Miko : 20190812 Mengucing. Tetiba ada seko anak tikus sesat depan laman. Dah tak pepasal jadi hero jap. Terus kena tangkap. Masa untuk team kucen datang. Cari Leman tak jumpa pulak. Amik si Phatah. Penakut kemain. Aiyooo. Leman akhirnya ditemui. Dia memain aje. Anak tikus pun pandai. Buat buat mati. Si Leman n team pun lepak. Haissshhhh. Nama je kucen. Tikus pun dah tak kenal ke. Aiyoooo.

Leman Miko : Meronda

Imej
Leman Miko : Meronda. Sakan bila dia dapat peluang meronda kat luar. Bermanja-manjaan sama auntie phatah tau. Kakaka. Dah bawak masuk balik pun masih dok perati luo. Nak main lagi la tu.

Leman Miko : Habit

Imej
Leman Miko : Habit. Kaki. Memang kegemaran utama dia untuk attack. Pantang lepa. Siap sanggup menghendp tau. Selalunya. Atuk la kena serang hendap dia.

Leman Miko : Menghendap

Imej
Leman Miko : Menghendap. Kekeke. Mama cakap leman ni OKU. Hiper. Siap leh ngendap, menggelitis bagai. Dia tak suka kena pegang. Meronta je kerjanya. Pastu. Gigit. Haishhh. Kucen lain pun marah ngan dia sebab semua orang dia kaco dan gigit gigit gitu.

Leman Miko : Vaksin Time!

Imej
Leman Miko : Vaksin Time! Pagi tadi dah buat temujanji. Last untuk 3 serangkai. Tu pun dah terlajak 2 hari. Pas ni lagi dua bulan doc kata leh sunat kalau nak. Kita tengok ye leman.

Leman Miko : 20190609 Vaksin Time!

Imej
Leman Miko : 20190609 Vaksin Time! Haaa.. Tu dia si Leman punya bising lam beg dia. Tak suka tul kena kurung. Bawak gi CT Vet untuk vaksin kedua. Siap dengan ubat cacing dan kutu. Balik terus melepek.

Leman Miko : 20190524 Potrait by Ici

Imej
Leman Miko : 20190524 Potrait by Ici. Sempat pulak ici hasilkan masterpiece terulung si Leman. Bukan itu saja. Siap lukis mama dan abah leman sekali. Walau tak pernah tengok, dan tak tau sapa; ici berjaya hasilkan potrait leman ni. Leman pun sangat mengkaguminya. suka tul leman dengan hadiah ni. Boleh la leman peluk peluk cako tatkala kesunyian tido dimalam hari lepas ni.

Leman Miko : 20190519 Ngendeng

Imej
Leman Miko : 20190519 Ngendeng. Haishhh. Dah pandai dah tu. Cemana nak blogging ni. Ish ish ish. Selamba je lapak cenggini. Ici dok perati je sambil buat kerja sendiri.

Leman Miko : 20190519 New Toy

Imej
Leman Miko : 20190519 New Toy. Leman memang suka main. Tak cukup dengan tangan, kaki pun dia kerjakan. Pantang ada benda lalu depan mata, semua dia cekup. Beli toy sama cam gebooz. Suka dia. Cam kucing gila dah lari sana sini kejar benda ni. Petang ni terus melepek. Penat la tu. Kah.

Leman Miko : 20190511 Vaksin Number One

Imej
Leman Miko : 20190511 Vaksin Number One. Hari ni ke CT Vet. Telefon hari Khamis hari tu lagi, tapi vaksin dah habis. Dia suruh datang hari Sabtu. so. Pepagi aku dah terpacak kat sini. Cucuk vaksin tiga serangkai yang pertama. So. Lepas ni kena la berdisiplin untuk dua bulan lagi kan. Harap dia bukak sabtu last lepas raya tu la kan. Leman juga kena cucuk kedua untuk jangkitan kulat kat lengan kanan dia tu. Dari amik dah gitu. Doktor kata dalam dua minggu datang semula nak tengok progress. Mintak ubat cacing sekali. Harga OK la. RM 40 untuk vaksin, RM35 untuk ubat jangkitan kulat tu dan RM5 untuk cacing. Layan. Terus lentok lepas sampai rumah. Biasa la tu.

Leman Miko : 20190510 Gediks

Imej
Leman Miko : 20190510 Gediks. Leh tahan menggediks. Pantang nampak benda. Semua dicako. Semua digigit. Kaki. Tangan. Bantal. Haisshhh..

Leman Miko : 20190506 Boring

Imej
Leman Miko : 20190506 Boring. Hari cuti awal Ramadan dah jadi hari mengemas kitaorang. Nak tak nak si Leman kena duduk kat tempat tinggi. Takut nanti tak terperasan. Terkena pijak ke gapo ke. Dah jadi kucen boring hari ni. Miau miau tido. Miau miau tido. Layan aje la leman.

Leman Miko : 20190506 First Mandi

Imej
Leman Miko : 20190506 First Mandi. Layan aje la kan masa senggang cuti cuti ni. OK aje si leman mandi. Lepas kena sabun, jirus air semula baru nak jerit jerit manja gitu.

Leman Miko : 20190504 Sakan

Imej
Leman Miko : 20190504 Sakan. Marah kena kurung lam sangkar. Nak ngendeng ngan orang je kerjanya. Suka main. Tido lentok abis. Macam gebooz lak nengokkan.

Leman Miko : 20190503 Welcome To Gelang Patah

Imej
Leman Miko : 20190503 Welcome To Gelang Patah. Masa nak gerak balik ke kereta tadi dari Anjung Selatan tetiba terperasan 3 anak kucen ni. Mama dah berkenan dengan anak kucen ni. Tokei anjung kata amik la kalau nak. Belek belek semua sambil borak ngan tokei dia. Amik yang paling sama ngan gebooz. Ekor kontot, kaki pendek. Selamba aku panggil leman. Mama nak panggil Miko. So. Nama dia jadi Leman Miko. Kah. Siap bagi bekas sayur sementara nak bawak balik lam kereta kan. Sampai ja rumah selamba angah panggil Leman Dol. Kah. Lawan utama Sitam Dol lepas ni. Layanzz.