Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jom Ronda-Ronda Ramadhan

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : Pasar Ramadhan Taman Perling

Imej
Tarikh : 28 Ogos 2010 Masa : 5.30 petang Tempat : Pasar Ramadhan Taman Perling Mood : Waaaaa.. kagum tuuhh Sebenarnya aku kuar berbelanja kat Tesco Bukit Indah sebenarnya. Kebetulan harga susu 4,5,6 murah hari ni. Selain tu nak beli air Mirinda yang jatuh RM1.80 sebotol. Dah beli dua karton. Masa nak balik dok pikir gak nak beli juadah kat mana. Ingat hari tu abah cakap Pasar Ramadhan Taman Perling leh tahan gak kalau nak dibanding dengan Taman U. Terus gerak ke Taman Perling. Memang betul. Besar habis. Leh kata banyak gak bender yang dijual kat sini. Mana taknya, hampir 6 row deretan gerai. Habis separuh tempat parking depan Perling Mall tu dibinanya gerai. Perghhh.. Mantopp.. Tapi masa nak kuar sikit jem. Yelah.. pengunjung dah start datang meramaikan majlis. Rela ada, polis pun ada; khusus nak kawal trafik tuh.. Klik untuk cerita penuh Nak amik duit pun senang, amik jer dalam perling mall nih. Pastu baru turun membeli belah kat pasar ramadhan kat bawah dia..

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : Pasar Ramadhan Taman Uniersiti

Imej
Petang sabtu, ajak semua gi pasar ramadhan taman u. Tempat paling meriah bagi aku. Apa yang aku nak cari mesti ada kat sini. Hasil dia.. Tak menang tangan. Harga boleh tahan. Aku rasa lagi murah kot dari kat gelang patah sendiri. Yang tak best.. henpon aku tertinggal kat umah. huhuhu.. amik gambo bende yang dibeli aje la.. Klik untuk cerita penuh Ni semua iqa punya sorang jer.. memacam dia ndak.. Kelapa jelly .. semangkuk singgit doposen Air kedondong asam boi .. singgit seplastik Beli dua bungkus jer Laksa penang .. RM3 .. tapi isi dia meriah.. kuah pun pekat Nasi ayam madu iqa RM3.50.. tapi ayam dia banyak betul Yang selebihnya .. karipap pusar dua hinggit 6 ketui, keropok lekor iqa singgit, mee rebus haji wahid mama dan daging masak rendang RM3 Putu bambu iqa.. cam tak caya semua ni singgit Last but not least, popia basah aku RM2.. janji dapat makan.. yang misterinya.. iqa nyer tauhu sumbat tak dijumpai sampai ke la ni.. man

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : Pasar Ramadhan Taman Tun Aminah

Imej
Hari ni sesaja nyinggah kat Pasar Ramadhan Taman Tun Aminah lak. Jalan biasa aku balik rumah. Sesekali nyinggah la kat tempat lain pulak kan. Letaknya pasar ramadhan ni kat Jalan Perwira, Jalan berhadapan dengan masjid tu. Letak dia kat depan caltex kalau masuk dari depan Skudai Plaza. Gerai dia simple jer. Disusun sejajar jer. Sebelah jalan jer. Kalau susun dedua belah, marah orang yang duduk sini, pasal depan rumah orang bebetul. Apa pun leh tahan gak la pasar kat sini. Aku cam biasa beli laksa ngan kuih buah melaka untuk iqa. Yang paling best jalan sini, baru jalan setapak dah kena sapa, jalan sikit lagi kena sapa; tak yang menjual, yang membeli yang sapa aku. Nak wat camner, dekat tiga tahun aku ngajo kat sini.. Klik untuk cerita penuh Pandangan sebelah jalan masuk Ni kat penghujung jalan ni adalah masjid jalan perwira. Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : KFC R&R Gelang Patah

Imej
Memandangkan malam ni semua ada kat rumah; kijam pun datang berbuka jugak kat umah, tambah lak janji ngan iqa tadi petang ni nak berbuka ngan KFC; so lepas jer setel urusan serbis tadi terus jer aku bawak keter ke R&R Gelang Patah. Bagi penduduk gelang patah, kalau nak ke sini simple jer.. tak payah ikut highway.. Ikut jer jalan lama ke PTP.. pastu cilok masuk ke CIQ. sampai la ke sini. Mulanya nak beli combo yang RM41 tu jer.. Tapi memandangkan ramai ambik combo yang harga RM44 tu, ada 9 ketul ayam, 1 large coleslaw, 1 large mash potatoes, 1 large french fries. Pastu tambah 2 set hot & spicy prawn.. sian kat mama la nih.. teringin katanya.. Pastu masa nak balik carik jap kuih muih kat R&R nih.. Haram takde paper.. memang orang pun takder.. Sekali nengok luar pagar ada satu gerai juai kuih muih. Singgah situ. Pergghhh.. mantop.. Ada lagi yang juai kuih 4 singgit. Leh tahan gak saiz dia.. Beli ajer la.. Klik untuk cerita penuh KFC yang kosong R&R

Jom Ronda-Ronda Ramadhan : Pasar Ramadhan Taman Nusa Perintis

Imej
Hari pertama ni tak yah la gi jejauh. Cukup gi ke nusa perintis jer. Tempatnya terletak di tapak pasar tani gelang patah. Mulanya ingat nak merayap sampai ke nusajaya. Tapi pikir-pikir balik, lain hari jer la. Aku keluar lam jam 5 petang. Pun dah ramai orang. Apa-apa pun gi isi minyak dulu. Pastu baru gi pasar ramadhan. Elok-elok sampai, sebijik van kuar. Nasib baik tul. Parking, terus gi ke pasar. Lam kepala tarak planning lagi nak beli apa. Lebih kepada nak survey dulu apa yang ada. Tahun ni dengarnya akan hujan sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah.. sejuk sikit. Tapi nak kuar, berpayung jer lah.. Pas beli lebih kurang, terus gi rumah nenek. Hanto juadah berbuka. Pastu baru balik rumah.. Klik untuk cerita penuh Dah sampai dah pun. Pasar dah penuh orang.. Nampak orang kastam CIQ pun ramai.. Presentation pun boleh tahan.. esok-esok la try kelapa pandan nih.. Waaa.. pizza pun ada.. Iqa ngan inaz tak pulak bising nak piza ni.. maybe dah puas hati kot makan piza setiap