Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2019

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 2 November. Isi semula on 21 November. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM70.03 for 309.4 km melibatkan 33.667 l minyak.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT dan Maklumat Bil.3/2019

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT dan Maklumat Bil.3/2019. Last meeting aku bersama team SPMICT. Lepas ni meeting maklumat akan dimasukkan ke dalam dialog prestasi. Terima kasih team SK Taman Bukit Indah atas kesudian menerima kami di saat sat akhir. Memang banyak membantu dan membuka mata berkaitan pengaplikasian teknologi maklumat untuk pendidikan di sekolah khususnya. Selesai mesyuarat kami sempat meluangkan masa bersama dalam Microsoft Showcase Class. Memang terbaeekkk!!!!

The preparation for JPICTM

Imej
The preparation for JPICTM. Tukar lokasi meeting saat-saat akhir. Boleh tahan jugak perah otak nak buat kat mana. Call sekolah. Call BTPN. Semak Bilik Mesyuarat Utama. Ofcoz masih tak kondusif sebab masih dalam proses naiktaraf. Terus gerak ke SKTBI. Alhamdulillah. Nampak sinar sikit. Singgah BTPN. Nampaknya lebih berat ke SKTBI. Berkampung sepanjang petang. Banyak teknologi baharu yang aku dah terlepas. Memang terbaeekkk!!!! abam fadzli kita ni. Dengan screenbeam mininya. Dengan peardeck. Satu perkembangan menarik ni. Dapat la balik dengan tenang dan prepare terakhir untuk esok. Apapun. Layan bola ngan Leman dulu la kan. Go Malaysia!

Tadika KEMAS Wawasan : Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Cenderahati

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Cenderahati. Seronok ici. Hari Selasa dah hari last. Ada majlis. Ada persembahan. Ada hadiah. Ici dapat beg dan hadiah sahsiah. Suka tau. Lepas tu ada makan makan. Best!

Beyblade for the boys

Imej
Beyblade for the boys. 11.11 ituhari kasi can kat kebudaks berdua tu untuk pilih beyblade yang dia suka kat shopee. Hasil dia. Sorang dua. Layan aje la.

Leman Miko : Mengucing

Imej
Leman Miko : Mengucing. Lepak luar. Port biasa ngan Phatah dan Tumirin. Layan aje la si Leman ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019. Singgah Pizza Hut dahulu tapau pizza. Ada jamuan last malam ni untuk dorm iqa. Dua minggu tak jumpa iqa. Outstation sahaja. Dari drone sampai la ke SGE Apple Camp. Banyak juga la cerita sambil munggah barang. Minggu depan dah minggu last. Dan iqa akan keluar sekali lagi untuk pameran di Putrajaya Rabu depan. Nampaknya ni lawatan terakhir ke Blok E la kot. Tahun depan dah pindah blok form 5. Jap ja kan masa berlalu.

Jom Jenjalan : Pendas Laut Walkabout

Imej
Jom Jenjalan : Pendas Laut Walkabout. Leman siap tunggu kat pintu. Pesan. Jangan lupa ikan saya tau. Bawak sekali gimbal nak memain lagi. Sempat la meronda cari ikan dan sotong. Balik. Singgah jap Kedai D'Simpang. Memang terbaeekkk!!!!, sedap dan murah.

TCEAS Skudai : Servis Livina

Imej
TCEAS Skudai : Servis Livina. Macam biasa. Book melalui apps DriveOn untuk sesi first pagi Khamis, 7.30 pagi. Terus masuk. Sekali. Promosi tayar masih ada. Lebih best dari yang sebelum ni. Michelin Energy XM2 Plus. Tukar sekali tayar yang dah berjaya mencapai usia 5 tahun; sekali lagi :P. Selesai masuk. Terus order grab untuk ke opis. 8.20 pagi jugak sampai. So. Hari ni opkoz la aku akan stay lewat. Around 4 terus order grab semula untuk ke pusat servis. Alhamdulillah. Setel semua.

PPPPD Makeover : The starting point

Imej
PPPPD Makeover : The starting point. Hari ni bermula sesi penambahan dua bilik baharu di sektor kami. Sempat la nengok kejap kerja-kerja pemasangan. Senang tul teknologi cenggini. Tak sampai sehari dua bilik dapat disiapkan. Alhamdulillah. Cuma lepas ni akan menyusul kerja pengemasan pulak. Pintu, Cermin. Plaster. Cat.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 31 Oktober 2019. Isi semula on 13 November 2019. Petronas Nusa Perintis. RM82.24, 39.539 liter bawak ke 573.1 km.

HDMI Switcher @ home

Imej
HDMI Switcher @ home. Hari tu memang beli switcher ni untuk letak kat office. Tapi nampaknya tak berapa nak function dengan monitor aku yang just vga aje. Dia boleh one to one connection sahaja. Bawak balik pasang kat tv bilik aku yang kebetulan hanya ada satu port hdmi sahaja. Test sambungan Apple TV dan MyTV decoder ke tv thru switcher. OK aje. So. Terus order vga splitter untuk opis. Hehehe.

Sambutan Maulidur Rasul Kemas Iskandar Puteri

Imej
Sambutan Maulidur Rasul Kemas Iskandar Puteri. Majlis dijalankan bertempat di Jabatan Laut Wilayah Selatan melibatkan kesemua tadika KEMAS di Iskandar Puteri. Meriah. Penuh ngan parent. Kami kena parking kat luar. Leh tahan gak la menapak ke dalam. Sib baik dah ready ngan sandal. Masak weh. Masuk. Perarakan dah mula. Join dari jauh aje la. Masuk dewan. Tadika ici baca selawat selepas selesai bacaan yasin. Tetamu jemputan adalah Ustaz Dato' Sharhan Shafie. Dapatlah ijazah 4 ayat dalam majlis dia. Balik. Terus singgah majlis Cikgu Mat kat Kampung Pulai. Tahniah dapat menantu.

SGE Apple Learning Camp 2019

Imej
SGE Apple Learning Camp 2019. Iqa n team ke STAR Ipoh untuk program ni. Dapat Bronze. OK la tu kan.

Salam Maulidur Rasul 2019

Imej
Salam Maulidur Rasul 2019. 12 Rabiulawal 1441H / 9 November 2019 “ NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA” --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang. Singgah jap kat dua tempat sebelum check-in ke hotel. Satunya kedai Idaman. Boleh tahan juga pilihan baju yang ada kat sini dengan harga yang berpatutan. Survey survey dulu. Yang kedua tu baru target kitaorang. Gerai Cucur Pak Mail. Pelbagai cekodok ada kat sini. Ada pisang, sayur, ikan, buah naga, jagung, tembikai susu. Dia jual murah aje. Seposen sebijik. Nampak lebih pada sedekah. Siap bagi air. Sementara nunggu tu makan aje la apa yang ada depan mata. Memang terbaeekkk!!!!lah Pak Mail. Ramah bercakap pulak tu sepanjang masa kami menunggu tu. Orang beratur toksah cerita la. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.

Bengkel Perancangan @Kluang

Imej
Bengkel Perancangan @Kluang. 2 hari kami di sini, PPD Kluang. 2 bengkel. Satunya berkenaan Pelan Strategik dan duanya berkenaan data. Ini baharu permulaan, banyak lagi usaha dan inisiatif yang perlu dilaksanakan. All the best to all. Hari kedua memang tak amik gambo sebab aku beri penumpuan penuh bersama team baharu.

Sekolah Tun Fatimah : Dronez@Sesma 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Dronez@Sesma 2019. Iqa ke Terengganu sepanjang hujung minggu lepas. Dua team dari STF terlibat dalam pertandingan ini. Alhamdulillah. Dapat Silver dan Bronze. Team Iqa dapat silver. OK la tu untuk pengalaman pertama dia.

Ziarah Mak Su

Imej
Ziarah Mak Su. Alhamdulillah. Sampai juga Mak Su Iqa ke sini sekali lagi. Bawa bersama Faiz bersama pasangan baharu dia. Selamat Pengantin Baharu. Farah pun tahun depan dah tahun akhir kat UTM. Sayang tak dapat jumpa iqa aje.

Jom Jenjalan : Festival Konvokesyen Ke-63 UTM 2019

Imej
Jom Jenjalan : Festival Konvokesyen Ke-63 UTM 2019. Blank jap pagi ni. Actually, banyak benda perlu diselesaikan hari ni. Sekali. Dapat cuti terpijak. Hmmm. Cam biasa. Semua setelkan secara online. Cuma lokasi aje kat rumah. Hmmm. Esok ada benda beso nak kena urus. Tugas utama. Selesai. Ajar iqi yang sibuk nak buat streaming video dari semalam. Sampai dua video dia buat pagi ni. Mama soh ajo terus guna photoshop la pulak. Nanti cuti hujung minggu la pulak kan. So. Sempena cuti terpijak ni kita gi meronda jap ke tapak pesta konvo. Tempat yang aku leh jadikan testing ground guna vlog pocket. Kekeke. Menggigil guna beb. First timer gitu. Kerja nak lari aje jari menggagau. Nak guna trigger ke nak guna function button. Function aje ada 3 fungsi, panning, lock dan follow. Yang trigger pun ada 2 function. Adessss.. Sib baik la shutter button tu satu je function dia. Kakaka. Kalau la gajet ni leh cakap harus kena gelak je kan. Tak lama sangat kat sini. Kepala pun tak berapa baik lepas dok l