Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2018

RPT KSSR Semua Subjek Tahun 1 hingga 6 2019

Imej
RPT KSSR Semua Subjek Tahun 1 hingga 6 2019. Dikongsikan RPT Terbaru 2019 bagi Semua Subjek KSSR untuk Setiap Tahun dari portal SGO , gurubesar.my  dan pelbagai sumber lain.

PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2019

Imej
PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2019 السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan dan warga pendidikan negeri Johor yang dikasihi sekalian. Tahun 2018, akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dengan pelbagai catatan kejayaan, menjadi warna warni lanskap pendidikan negeri Johor. Tahniah dan terima kasih kepada warga pendidikan Johor yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Sesungguhnya pengorbanan dan komitmen yang amat tinggi dalam melaksanakan semua aktiviti pendidikan berjaya menjadikan pendidikan Johor dikagumi bukan sekadar di peringkat nasional malah juga di peringkat antarabangsa. Mengimbas pencapaian tahun 2018, kita berjaya meletakkan negeri Johor dalam kedudukan yang teratas dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, kepimpinan mahupun pencapaian murid secara berpasukan dan ind

Jom Jenjalan : Johor Premium Outlets

Imej
Jom Jenjalan : Johor Premium Outlets. Jalan sini jap. Ada beberapa benda yang iqa nak cari. Daapt juga apa yang dia nak. Sesambil nunggu aku lepak dengan iqi dan ici. Ici nak naik kereta api. Kena beli tiket kat information centre. Satu orang RM10. Dia jalan pusing main halaman tu around 10 minit. Tapi. kami tak jadi naik sebab iqi tak nak naik. Sapa nak tunggu dia kan. Nak main kat playground pun tengah renovate. Nasib nasib. At last. Kami makan Hot Dog dekat gerai sebelah Animation World tu. Leh tahan jugak mustard dia.

SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019. Gi sekolah iqi. Tak sangka punya la banyak orang. Lupa pulak ramai yang amik cuti 24 Disember. Cuti sambung kan. Dah macam hari anugerah cemerlang banyaknya kereta. Masuk dalam. Perrgghhh. Amik list dan beratur. Tak lama. 26 Disember return semula lah. Tak sanggup nak beratur panjang gini. Kaunter Buku, lepas tu kaunter baju. Kena susun strategi semula. Hehehe.

Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya. Hari ni kami kena selesaikan semua barangan keperluan harian dan alat tulis. Ofcoz lokasi menjadi pilihan adalah Bazar Mydin. Selesai belian lepak kat luar merancang laluan sambil menjamah hidangan daily fresh. Ni lepas nak beli popcorn mydin tapi mama kata popcorn daily fresh lagi best. So, next adalah Mr.DIY dan Talent Bookstore. Tu pun masih tak selesai satu benda. Baju melayu teluk belanga sekolah agama iqi. Haishhh. Boleh pulak Mydin jual baju cekak musang.

Belasungkawa Mak Long Habsah

Imej
Belasungkawa Mak Long Habsah. Dapat mesej dari abah tadi. Mak Long Habsah telah kembali ke rahmatullah around jam 4 petang.tadi. Malam ni dikebumikan selepas isya'. Innalillahiwainna ilaihirojiun. Penghujung Mei tahun ni Pak Long meninggal, Mak Long pergi dalam tahun yang sama. Dah lama Mak Long menderita parkinson. Nampaknya last Aidilfitri 2017 ja aku dapat jumpa kali terakhir dengan Mak Long dan Pak Long. Masa ni Pak Long dan Mak Long dua dua terlantar. Pun digagahkan diri untuk bangun masa kami datang ziarah. Dah lebih setahun aku tak jengok rupanya. Hmmm. Tahun ni memang aku tak gerak langsung ke mana-mana sampai sekarang. Tahun depan wajib balik. Dah tenang dah sepatutnya. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia. Singgah sini untuk lunch hari ni. Paling best kat sini bagi kami makanan AR Nasi Kukus dan Sabbyrina Cafe. Apa lagi kalau bukan nasi kerabu dan nasi kukus di AR Nasi Kukus manakala Chicken Chop sos black pepper di Sabbyrina Cafe. Layan. Iqa macam biasa la nak Ais Jagung. Sesambil nunggu semua setel sempat melilau mata nengokkan gerai lain. Perghhh.. Leh tahan jugak pilihan makanan kat sini. Nanti nanti nak try cuba yang lain pulak. Ada Murtabak Kampung melayu, Mee Bandung Udang Galah dan kacang pool. Mama ja yang tak makan. Nemankan kami aje.

Jom Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Jom Jenjalan : AEON Bukit Indah. Jenjalan cari kasut dan pakaian yang belum lengkap. asalnya nak gi Bata jer. Tapi nengok design kasut hitam yang serba pelik sikit. Iqa jer yang dapat kat sini. Turun ke Al Ikhsan. Ici jer yang dapat. At last gi Jusco. Iqa siap beli bantal tambahan nak bawak ke asrama. Angah dan Iqi dapat kat sini. Iqi pun dapat beg dia kat sini. Sempat lepak main kat luar sementara nunggu nak bayar. Esok sambung lagi untuk alat tulis pulak. Hmmm.. Slow slow la kan. Tak leh amik masa yang lama dan jauh. Sian mama.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181222 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181222 Progress. Baki kaki lima diselesaikan.

Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21

Imej
Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 ini adalah untuk menggalakkan para guru untuk berkongsi kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 secara kreatif dan interaktif. Inisiatif ini adalah untuk menggabungkan kaedah-kaedah pembelajaran yang unik dan menarik bagi memupuk 4K1N dalam kalangan pelajar di samping memberikan penekanan terhadap pencapaian akademik yang lebih baik. Dalam konteks Malaysia, Pembelajaran Abad Ke-21 terbahagi kepada 4K1N iaitu: - Komunikasi - Pemikiran Kritis - Kreativiti - Kolaboratif - Nilai Murni & Etika “GURU KREATIF BAKAL MELAHIRKAN MURID-MURID YANG LEBIH CEMERLANG” merupakan ungkapan yang dizahirkan sejak implementasi PAK21 di Malaysia. Pembelajaran Abad Ke-21 telah bermula sejak 2015 dan pasti kita mempunyai guru yang begitu kreatif dalam menyampaikan sesi pengajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah. Inilah peluang terbaik untuk kongsikan kaedah pembelajaran masing-masing dalam bentuk video mahupun bertulis. 10 guru terbaik bakal dilatih secara profe

Jusoh : 20181222 Lepak enjoy

Imej
Jusoh : 20181222 Lepak enjoy. Sakan bermain ngan Phatah. Jusoh si gemuk kaki kontot ni memang caya lah. Sempat posing kat kayu lagi.

Hope for the best

Imej
Hope for the best. Hari ni rasanya semua parent murid UPSR akan sibuk mengadap internet. Kedua-dua keputusan permohonan samada MRSM ataupun SBP keluar hari ni. MRSM paling awal keluar. Cuma slow abis. Ye lah. 70k permohonan, 7k aje yang dapat. Semak. Takde rezeki untuk inaz. SBP masih lum nampak. Around 10 pagi sesaja ngetest balik. Dah ada. Semak. Juga takde rezeki. Takpe lah inaz. Kita cuba buat rayuan untuk keduanya. Banyak juga dengar rintihan parent lain tahun ni. Yelah. Polisi banyak berubah. Lebih penumpuan pada B40 for both. Harap angah dapat sekolah yang terbaik untuk angah.

ASB 2018 : Dividen ASB 7.00 sen seunit, ASN 3.25 sen seunit

Imej
ASB 2018 : Dividen ASB 7.00 sen seunit, ASN 3.25 sen seunit. Amanah Saham Nasional Berhad hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Aziz berkata, pencapaian tersebut mencerminkan prestasi kewangan PNB yang kukuh pada tahun ini di sebalik pasaran global dan domestik yang tidak menentu.  sumber UTUSAN ONLINE --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #phot

Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019

Imej
Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019. Bagi pemohon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama. Tarikh e-Rayuan adalah dari 21 Disember 2018 hingga 15 Januari 2019 < Semakan dan Rayuan Tingkatan Satu > https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Cuti-cuti Malaysia 2018 bermula!

Imej
Cuti-cuti Malaysia 2018 bermula! Orang lain semua dah nak berakhir, aku baru nak bermula. Penuh lagi padat. Semalamnya setelkan semua yang masih tertunggak. Lepas bincang ngan bos, cuti lulus penuh dengan syarat handphone sentiasa on. Hehehe. Mana nak gi ye? Entahlah. Paling penting, nak setelkan persediaan buka sekolah famili 2019. So. Kita mulakan dengan beli baju sekolah dulu. Tempat? KIPMart. Nampak kan. Macam kureng je cuti-cuti Malaysia kali ni kan. Nak buat camne. Apapun. Singgah hospital dulu untuk follow-up mama dulu. Ni nanti 3 Januari ada lagi ni. Selesai kat sini baru gerak ke KIP Mart. Sian mama. Memang nampak perit jerih nak gerak sama. Slow slow jalan. Nak bagi biasa jugak jalan sebab lepas ni dah nak naik sekolah. Selesai baju. Kasut kita move on hari lain dan lokasi lain. Sian mama. Jangan expect lebih-lebih cuti-cuti Malaysia aku kali ni. Memang banyak nak ready untuk persiapan sekolah aje.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 5 Disember. Isi semula on 21 Disember. Petronas Nusa Perintis, Gelang Patah. Hasil RM83.34 for 510.6 km melibatkan 37.88l minyak. 17 hari. 1 liter lebih kurang 13++ km. Layan.

Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019

Imej
Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019. Pihak MARA telah pun mengiklankan permohonan kemasukan pelajar baru ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2019 bagi tingkatan 1 secara atas talian pada 12 September yang lalu dan ditutup pada 4 Disember 2018. Sebanyak 70,000 permohonan telah diterima oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), berbanding hanya 7,760 tempat yang ditawarkan. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Sila sahkan penerimaan/penolakan menerusi sistem dan mencetak surat tawaran rasmi melalui pautan dibawah. Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama. Rayuan secara online sahaja yang diterima sebagai rayuan rasmi. Sila sahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh tawaran. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini. < Semakan dan Rayuan Tingkatan Satu

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TAHAP SATU - PEMANSUHAN AMALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2, DAN TAHUN 3) DI SEKOLAH RENDAH KPM MULAI TAHUN 2019

Imej
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TAHAP SATU - PEMANSUHAN AMALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2, DAN TAHUN 3) DI SEKOLAH RENDAH KPM MULAI TAHUN 2019 Bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran (learning-centered) dan tidak lagi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan (exam-oriented). Mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap Satu akan dimansuhkan bermula tahun depan dan akan digantikan de­ngan sistem pentaksiran yang lebih objektif.

eSport Famili Session : Setup the environment

Imej
eSport Famili Session : Setup the environment. Dengan hadirnya HDMI L connector itu hari maka lengkaplah set untuk setting kawasan ruang tamu depan ini untuk jadi lokasi paparan utama gaming kami. Aku terus pasang apple tv lama aku kat depan ni disamping tv box. Deme ni semua dah ada PUBG. Memang layan la nengok kebudak ni. Ici jer cian sikit. Yang kakak dan abang masih tak nak kasi dia sentuh. Kekeke. Boleh tahan jugak kebudaks ni main. Aku ja masih dok mikir nak join PUBG ni ke idak.

Bye bye TM

Imej
Bye bye TM. Akhirnya. Setelah 10 tahun aku sebagai pengguna tegar TM, hari ini aku dengan rasminya menamatkan perkhidmatan dengannya. Turut sekali aku tutup adalah pelan jasa sebab aku rasa tak fair kalau aku masih meneruskannya. Aku beralih sebab TM tak akan upgrade tech di kawasan aku dalam masa terdekat. penat dah pakai 1mbps je dari 2007 hingga kini. Kini aku dah jadi 100% pengguna Digi. Dari segala phone dan internet rumah semuanya dah beralih total. Terima kasih TM atas perkhidmatan selama ni.