Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2016

Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016

Imej
Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016. Program ni Ahad lepas. Biasanya aku yang gi. Tapi tahun ni rasanya macam satu dua jer kot program sekolah agama yang aku dapat gi. Ahad tu pun bermulanya audit EPRD. So. Mama la yang kena gi. Alhamdulillah. Adik Inaz dapat nombor 7. Sama macam sekolah kebangsaan. Pun dapat nombor 7. Banyak peningkatan adik inaz sejak dia berada kat tahap 2 ni. Alhamdulillah. Tu yang bila dia minta beg kucing. Aku bagi je sebagai hadiah.

Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 19

Imej
Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 19. Lepak lepak enjoy lagi kat Taman Permainan Nusantara Sentral. Kali ni banyak main gelongsor. Cam biasa dah abis semua permainan dibabainya.

Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016

Imej
Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016 pada semua warga pendidikan. Patutnya aku tulis ni pun semalam. Tapi sebab penat sangat. Full swing betul semalam. Dari pagi sampai ke malam gerak sana sini. Malam. Kena la tibai ubat kesayangan ambe tu. Baru release sikit kaki. Memang kaki aku ni manja tul. Tokleh renyah sikit memang la mula nak sakit. Apapun. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Bagi yang bakal bergerak pulang ke kampung. Hati hati dalam perjalanan anda semua. Selamat bercuti. Cuti bagi sekolah KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula dari  25 November sehinggalah 31 Disember 2016 . Manakala bagi sekolah KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya bermula 26 November sehinggalah 1 Januari 2017 . ps : sori. gambo recycle ye... kekeke...

Taklimat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Johor 2016

Imej
Taklimat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Johor 2016. Taklimat dilaksanakan pada tanggal 23 Nov yang lepas. Taklimat dimulakan dengan pembentangan daripada En. Mohd Fuzi daripada KPM. Seterusnya Tuan Pengarah menyampaikan sedikit kata aluan sebelum majlis diserahkan pada Dato Sahlan Ismail, Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri. Sesi taklimat disertai dengan sesi soal jawab yang menarik bagi aku.

Gebooz Gediks

Imej
Gebooz Gediks. Takde kije semalam. Sambil layan kaki yang sengal sengal, layan si gedikz gebooz aka Aiman Jate. Kekeke. Pantang hulur tangan. Tapping kaki ke lantai. Meluru je datang. Pastu lari nyonget. Kui kui kui.

New Set of Medicines

Imej
New Set of Medicines. Kali ni aku bagi set berbeza ubat la pulops. Lepas masuk wad hari tu doktor dah masukkan aku lam list gout. Welcome to the group kata yang lain. Kekeke. Lepas balik dari taman tu makin menjadi jadi pulak sakit kat lutut aku ni. Tibai yang kecik tu. Sampai ke malam dok cenggitu. at last nak kena jugak la yang merah tu. Pastu terus hilang sakit. Dah terang lagi bersuluh la ubat tahan sakit super duper kan. Pagi tadi singgah farmasi untuk top-up. Yang merah tu jangan amalkan sangat kecuali kes cam semalam. Ye. Harga dia pun leh tahan weh. 5 bijik RM28 tuh. Yang gout tu pun aku hanya makan bila sakit aje. Baru makan sekali. Sahih la kes nasi goreng semalam kat Pasir Gudang. Tekak punya pasal dua kali aku sesah. Padan muka. Sesekali kena balik kan. Abis diet selama ni. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎be

Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 18

Imej
Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 18. Kekeke. Pepagi dah mula kejut. Abah. Abah. Aman. Nan. Angah. Angah. Aman. Nan. Dah tau dah. Siap semua. Merayap jap. Suka dia. Dah setel. Babai Nan. Babai Aman.

Last slot session @ TCEAS Skudai

Imej
Last slot session @ TCEAS Skudai. As always. Booked for the last slot. Jam 4 petang. Senang. Balik kerja terus masuk. Orang memang tak ramai dah. Layan TV. Sib baik jumpa PC.com. Walaupun bulan lepas punya. Tapi syok jugak la dapat something nak dibaca. Almera ni memang servis 6 bulan sekali. Pasal gerak pun tak banyak. Pakai full sentetik. Tech tegur. Ni lepas ni Livina pulak kan. Opkos la kan. Tungguuu... Last slot seperti biasa la. Cuma tak pasti khamis mana nak dipilih. Khamis ni iqa dah balik. Tak mau kacau masa dia. Sian kang tercongok dengan aku kat pusat servis.

Gebooz : Early November Series

Imej
Gebooz : Early November Series. Dah macam baby pulak dibuatnya. Sapa lagi kalau bukan tuan beso dia si adik inaz. Dah tempat si Fiqri jadi tempat si Gebooz. Tu lum cerita dok nunggu beg kucen yang baru diorder. Lepas order terus tunggu depan pintu. Adik, adik.

Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu negeri Johor - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex

Imej
Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baharu negeri Johor - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex. Mesyuarat berjalan lancar bertempat di sekolah tersebut. Alhamdulillah. Mudah proses untuk sekolah ni. Selesai mesyuarat sempat luangkan masa untuk meninjau kawasan. Boleh tahan luas jugak kawasannya. Kemudahan pun boleh tahan.

Bengkel Kerja Precouncil Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor data berakhir 31 Oktober 2016

Imej
Bengkel Kerja Precouncil Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor data berakhir 31 Oktober 2016. Foto sekitar bengkel yang dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Pontian. Alhamdulillah. Berjalan lancar. Cuma ada beberapa kumpulan data perlu diselaras semula pembacaan datanya.

4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016

Imej
4,896 Calon Dapat Semua A Berdasarkan Format Baharu UPSR 2016. Semalam agak menarik. Suasana yang berbeza berbanding tahun sebelumnya. Aku agak lambat terasa bahang sebab ada mesyuarat khas yang lain di lokasi pun agak jauh. Biasanya suasana ceria, update FB yang meriah. Tapi semalam lain. Lambat semuanya. Mood kurang ceria. Bagi aku. Satu langkah permulaan yang baik. Cream of cream. Kalau betullah ejaan aku tu. Hehehe. 4896 yang betul betul pure diamond. Memang tengok dari segi gred pun agak tinggi. 90 tak salah baru A. Kalau tak salah lah ye. Dengan format baharu yang lebih menyeluruh, hilangkan konsep menghafal. Yang ni memang aku paling suka. Sebab dari dulu aku memang tak suka dengan budak menghapal aje. Ingat lagi kes yang aku kena tegur sebab aku bagi kosong terus aje kalau aku jumpa budak tanda kertas OMR secara berpola. Ni benda benda yang perlu kita banteras dari awal, dan langkah kementerian bagi aku sangat baik. We need the thinking generation, bukannya hapal generation.

Fiqri dan Aiman

Imej
Fiqri dan Aiman. Tadi ucu datang sekeluarga. Riuh jap ler satu rumah. Memula cam tak nak main. Dah nak balik baru la semua memasing nak buat itu la, ini la. Cam biasa la kan. Kekeke. Pakat makan mee sup nenek. Si wani bertambah tambah. Yang dedua ni siap bersuap bagai. Kekeke.

Gebooz serba tak kena day

Imej
Gebooz serba tak kena day. Hari ni kena cucuk bontot dua kali. Balik dia melepek aje. Menahan sakit ler tu. Sian. Petang sikit baru la dia ceria sikit. Lupa nak cerita. Mengamuk je kerjanya kat klinik. Bau kucen lain ja ngamuk. Masa timbang. Ada kesan kucen lain. Ngamuk. Tapi dapat jugak bacaan. 1.78kg. Dok kat kaunter nak cucuk bontot. Ngamuk lagi. Sian sian sian.

Fiqri @ Taman Permainan Nusantara Square

Imej
Fiqri @ Taman Permainan Nusantara Square. Layankan aje ler. Pantang tul kalau keluar mesti ajak gi taman permainan. Main sampai peluh peluh.

Vaksin Gebooz @ Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru

Imej
Vaksin Gebooz @ Klinik Veterinar Daerah Johor Bahru. Dah lama nak bawak si Gebooz vaksin. Sampai dah pat bulan aku tak reti reti nak ada masa. Sekali hari ni sebab bos suruh cuti. Dan aku ada sikit masa terluang. Terus aje aku gerak ke klinik veterinar yang letaknya kat BBU. Macam jauh bebona tempatnya. Jalan ke SKBBU2 lajak sikit sampai ke MPC tu ler tempatnya. Berdepan dengan MPC yer. Masuk aje terus ke kaunter pendaftaran. Sebab aku tak pernah lagi bawak kucen so kena buat pendaftaran sekali la kan. Cam baby la pulak kan. Siap dapat buku semua. Hehehe. Aku sampai dekat dekat jam 11 pagi. Orang tak ramai lagi. Tu pun leh tahan penuh kat area klinik. At last aku tunggu balik kat area pendaftaran. Pastu dah nampak reda sikit baru aku ke area klinik. Best borak borak menanti turn. Semuanya penggemar kucen la katakan. Semua kata gebooz cun bulu dia. Hehehe. Sampai turn dia. Aku masuk. Pegawai bertugas ajar aku pegang gebooz untuk disuntik. Genggam je dia kata walau apa terjadi. Ha

Pendaftaran Dan Saringan Murid Tahun 1 Sesi 2017 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Pendaftaran Dan Saringan Murid Tahun 1 Sesi 2017 SK Taman Nusa Perintis. Hari ni aku amik cuti. Nak setelkan pendaftaran dan saringan iqi ke SK Taman Nusa Perintis tahun depan. Sampai aje orang dah beratur panjang. Wahhh... Leh tahan ni. Dapat ja nombor iqi terus masuk bilik muzik untuk ujian saringan. Yang kami parent ke dewan untuk sesi taklimat tahun 1 2017. Setel semua. Terus gerak pulang. Nak bawak fiqri ngan adik inaz pulak jenjalan.

Lawatan STF 20161106 : Playtime with Fiqri

Imej
Lawatan STF 20161106 : Playtime with Fiqri. Layan aje si fiqri hari tu. Tak mau dok diam kat meja. Pakat main lari lari kat tanah lapang sebelah court basketball tu. Layankan aje.

Gebooz with Iqi

Imej
Gebooz with Iqi. Pantang lepa. Memang akan lepak ngan the kebudaks. Layanzzz...

Pool @ Palm Garden Resort Putrajaya

Imej
Pool @ Palm Garden Resort Putrajaya. Dah hari last baru la aku rajin nak ke pool. Tu pun just snap snap sebab nak kena hadir ke majlis penutup jam 8.30 pagi nanti. Lain kali la yer. Jaga kaki tul sepanjang dok kat sini. Tu pun leh tahan penat menapak sepanjang berada kat sini.