Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2010

Salam Maulidur Rasul

S A L A M M A U L I D U R R A S U L dari aku kepada semua Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad . Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa da

Bengkel Pemurnian Multimedia Hari Q PPDJB - Day 1

Imej
Pagi ni sekali lagi mengharungi jem giler babas kat depan angsana tu. Semata-mata nak gi bengkel ni dekat PKG Uda. Jem tetap jem, tapi aku rasa masa yang olahraga itu hari lagi tak terkata. Sampai jer PKG tengok keter punyala banyak. Lupa lak hari ni ada bengkel laman web technician jb. Perrgghh.. Aku parking aje dekat kantin sana tu. Hakim parking belakang aku. Lantak la. Terus masuk meeting. So, mula ngan briefing. bla.. bla.. lebih kurang sama la ngan tahun-tahun terdahulu. Cuma kali ni buat kat Dewan SMK BBU jer. So, senang sikit kot.. Agaknya la kan. Pastu terus agih tugas. Tahun ni nampak smooth sikit pasal team member pun dah tambah. Tahun lepas la paling azab pasal tinggal kami bertiga jer. Tahun ni ada 6 orang. So pengagihan tu meringankan banyak la. Aku, hakim stended la wat multimedia. Iddy cam biasa graphic, tajul wat montaj, azhar ngan man bahagian gambor/video. Aku target tahun ni aku nak tukar piala jadi piala kaca lak. :: Klik untuk cerita penuh :: Tadi dah try sikit. M

Preparation for tomorrow...

Imej
Esok ada kejohanan olahraga zon skudai. Tahun ni diaorang buat kat Stadium Larkin sana tu. Tadi pun cikgu Usop dah cakap esok aku pun terlibat gak kat stadium. Sekolah kitaorang incharge quartermaster sebenarnya.. So, tadi aku dah borak-borak la pasal esok. Iqa akan gi sekolah agama ngan ustazah noriah. Pastu balik ucu dia amikkan. Settle kot pasal iqa. InsyaAllah. Tu pun tadi taknak gi ngan orang lain. Nak aku jugak. Camner la kalau aku asik kuar jer nanti ni. Balik jer terus charge bateri kamera. Esok aku akan bawak dua kamera dengan 1 flash. Semestinya D70s akan aku pakai ngan tele 70-300mm, D60 aku letak 18-70mm. Flash pun aku akan pakai dengan D60 ni. Bateri grip dedua aku tak bawak, aku bawak bateri spare jer. Bateri AA cam biasa bawak 2 set jugak. Muat-muat lam beg lowepro 4AW aku ni. Harap-harap semua berjalan ngan baik esok. InsyaAllah.. :: Klik untuk cerita penuh :: Mulanya nak amk pakai SE7501 aku jer, sekali bengong la pulak. Nak tak nak terpaksa panjat kerusi guna aku nyer