mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

Rabu, 30 Jun 2010

Jom Ronda-Ronda : Grand Livina Test Drive



Lepas dah setel semua baru gi test Livina nih. Quite nice. Design interior ngan exterior. Tapi ada satu lagi yang kena test dulu hari ni, Innova. Sayang takde la pulak sebab ada client lain yang wak kuar. Apapun dah buat appointment untuk test drive selasa.. Nanti baru citer perbandingan antara dedua nih

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 27 Jun 2010

Jom Ronda-Ronda : Gerai Roti Stim, JB



Lepas jer habis semua kat Persada, kami terus kuar. Cadangnya nak makan dulu. Setakat iqa for sure cadangan KFC mesti kuar punya. Last-last kitaorang makan kat bawah PPD tu jer, sebelah Nissan nyer HQ. Pasal lepas ni pun sesaja nak gi test nengokkan Livina kan.

Leh tahan gak la makanan kat sini. Problemnya satu, masak memang slow and steady sikit. Tu sebab aku jarang makan kat sini tengahari. Iqa cam biasa makan meehun sup sama inaz dan ucu. Aku makan nasi goreng kampung telur mata sama mama. Ngam hoo..

Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : MISTI, Persada Johor Bahru



Semalam bawak bebudak ni pergi Persada, nak nengok MISTI. Kalau tak pergi melepas la bebudak ni ngan acara dwitahunan nih. Cuma kali ni dia drag setahun pasal sibuk urusan perpindahan ibupejabat dari Bukit Timbalan ke Nusajaya. Overall memang boleh tahan la. Macam biasa, tempat tumpuan aku ngan bebudak ni adalah Pusat sains dan Petrosains. Siap sempat mendaftar ahli kelab upin ipin lagi.

Inaz nak beli anak patung ipin, so aku tanya; adik nak sebagai hadiah nombor satu ka? Boleh kata dia. Kebetulan inaz ngan iqa dedua dapat nombor satu pereksa pertengahan yang lepas, so; aku rasa diaorang memang ada alasan kukuh untuk dibelikan apa yang diaorang nak tu.

Asalnya nak balik terus, siap dah bayar tiket parking lagi; pasal ziqri dah mengaruk. Sekali naik tingkat 1, diaorang offer lak untuk masuk pertandingan mengaler. Dalam beg pertandingan dah ada kaler. Iqa ngan adik memang nak masuk la. Tapi kaler tak best sangat. Setel jer kaler, pas kertas kat urusetia, terus chow. Memang tak leh lawan orang lain yang memang datang prepare ngan oil pastel segala tu..

ps : aku memang jalan terhincut-hincut keliling satu persada. semua mata asik nengok jer kat aku. huhuhu

Enjoice...Sharing is power!!!

Birthdayku dan syafinaz



Aku pun dah tak ingat dah pasal besday aku ngan syafinaz nih. Penat dok menyetel sistem pendaftaran tahun 1 online. Memang tak tahan nengokkan muka inaz tak puas hati pasal aku cakap hari ni besday ziqri. Mama dia leh rakam lak tu part tu. Apa pun dah makin tua setahun dah kami berdua. Semoga inaz akan lebih matang lepas ni.

ps : cerita ini dirakamkan semasa cuti sekolah yang lepas, harap maklum.. hihihi

Enjoice...Sharing is power!!!

Bila Iqa dan Inaz berkaraoke



Ha kau.. ikut stail inaz cakap. Tak ingat dunia tu. Yang paling best, diaorang wat sendiri semua. Habis la amik videocam mama. Pastu pakat rakam sendiri. Tak sempat nak rakam lagi sebab aku dah balik dan menyita videocam tersebut pasal lepas inaz rakam kaka dia nyanyi dah start adegan rebut merebut videocam.



Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 14 Jun 2010

Jom Ronda-Ronda : Chicken Chop Medan Selera Larkin



Petang Ahad mama ajak kuar makan kat luar lagi. Teringin lak nak makan chicken chop kat bomba larkin yang berasap-asap tu. So, off we go to larkin. Sesampai jer terus gi gerai chicken chop berasap tu. Presentation memang superb, ayam a bit hangus, terutama yang dibahagian yang bersentuhan dengan hot plate tu.. Sos black pepper yang disimbah atas ayam tu memang best, cuma kalau ayam tu pun diperap sekali mesti lagi best. Harga satu plate RM10. Aku kasi 2 setengah bintang jer.. Walau apapun air kat sini memang best..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 13 Jun 2010

Jom Ronda-Ronda : Restoran Mana Lagi, Pontian



Jenuh cari tempat makan. Sama macam dulu. Pasal kat Batu Pahat memang kurang tempat makan yang kena ngan taste aku dan famili aku agaknya. Last-last cam dulu gak.. Cari restoran on the way balik, pasal kitaorang ikut jalan lama. Derian toksah cerita la. Memang bertabur tepi-tepi jalan tu.

Nak jadi cerita, masa dok sibuk milih derian lepas pada senggarang tu, nampak la pulak restoran mana lagi ni kat tepi jalan sebelah kanan. Alamak. Belasah jer la. Pasal perut pun dah lapar. Mama order ikan siakap sederhana masak tiga rasa, tomyam campur tolak daging 2 orang makan, kailan ikan masin dua orang makan, sotong goreng tepung. Aku lak sesaja wat kelainan order mee ladna, pasal lama aku tak makan mee nih.. Rasa dia memang boleh tahan. Aku kasi 3 setengah bintang. Harga pun leh tahan. Baru RM67.. Boleh la kan.

ps : tapi dia punya mee ladna aku leh kasi 4 bintang la.. ngam

Enjoice...Sharing is power!!!

Jom Ronda-Ronda : Derian Batu Pahat



Boleh kata sepanjang jalan dari Batu Pahat sampai la ke Pontian penuh dengan gerai-gerai jual derian. Tapi aku tak sempat jauh.. Kat Penggaram lagi dah berenti membeli. Dari sekilo singgit sampai la ke dobelas hinggit suma ada. Last-last mama pilih yang tengah-tengah nam hinggit. Aku lam keter jer pasai dok jaga Ziqri. Sebelah pegang bideo, sebelah lagi pegang ziqri. Ambik 4 bijik dekat-dekat RM40.

Pastu bila gerak jer balik pergghhh.. ngeri la pulak nengok gerai bercambah kat tepi-tepi jalan ni. singgit setengah ada.. dua hinggit ada.. alamak.. Jangan terbeli yang mahal udah la kan.. Last-last berenti kat satu pakcik nih.. Dia juai tiga hingit sekilo.. mama amik 3 biji.. dia kira RM7 hinggit jer.. Mak aih.. Tapi rasa derian yang sekilo nam hinggit tu memang lagi power... menurut kata iqa dan mama la, pasai aku memang dah tak lalu nak makan derian lagi..

Enjoice...Sharing is power!!!

Edisi Mari Jalan-Jalan : Wet World Batu Pahat

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarKalau tak jalan hari ni, maknanya sepanjang cuti sekolah ni, bebudak ni langsung tak gi memana. Kebetulan hari jemaat lepas banyak pulak hidayah yang tuhan turunkan untuk aku, jadi clear sikit kepala aku dan bolehla jengjalan hari sabtu tu. Alhamdulillah..

Target aku hari ni nak gi wet world. Sehari jer boleh enjoy ngan bebudak nih. Pepagi lagi dah kuar. Lebih kurang 10.40 kami sampai. Kira ngam la. Dia bukak jam 10. Orang pun tak ramai lagi. Sekali tiket dah naik daa.. Dari RM10 untuk dewasa dia naikkan jadi RM13, yang bebudak yang giler sikit.. Dari RM5 jadi RM11!!! Pergghhh... Tapi dia kasi air tin sorang satu.. Alah dah masuk harga tiket tuh.. Campur tolak ngan 2 pelampung besor yang setiap satunya RM14 dah lebih RM100.. Takper.. suka punya pasal, masuk ajer lah..



::Klik untuk cerita penuh::



Kat dalam memula kena carik port dulu. Banyak meja ngan kerusi kat tempat ombak dah hilang. Maybe dah rosak, so dia dah buang. Alamek.. Susah ler cenggini. Kasi iqa ngan inaz mandi dulu. Aku gi cari meja yang kosong. Lama gak melilau. Dapat sebijik yang bebetul mengadap water sliding tu. Kira halal jer la.

Masalah kedua, makanan la pulak. Dia buat ngam-ngam jer ker.. Aku beli nasi beriani, nugget dan hot dog.. semua dah last kopek. ABC dah habis kata dia. Baru jam 12 dah habis ker.. Rupernya makanan kat dalam ni semua satu tokei.. yang kantin beso kat belakang tu dia punya command center. Tak cukup walkie talkie jer. Tapi wat kerja dengan sangat bersopan santun. Aku tunggu dia goreng nugget dekat 10 minit.

OK.. dah setel kes bawak bebudak jengjalan.. Pukul berapa kami keluar.. Jam 5.. Kira sendiri berapa lama iqa berkubang kat dalam tu.. Masuk jer keter, terus tido. Penat la tu. Pas ni sambung balik sesi perah otak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Jaga-jaga dik.. ada buaya jantan nak mengganas..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ziqri kalau jengjalan memang dia tak banyak kerenah.. senang hati.. tidor berdengkur lagi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah boleh balik dah.. Jom bergambar dulu..

Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 12 Jun 2010

Google's Header : 2010 World Cup

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Akhirnya bermulalah demam piala dunia 2010 dengan perlawanan pertama Afrika seri dengan Mexico semalam. Macam biasa google mesti kuarkan something untuk acara yang paling grand nih. Boleh tahan gak la header dia kali ni. Walau camner pun macam biasa demam ni tak akan berjangkit dekat aku. Dari dulu aku memang tak minat bola. Lantak la sapa nak lawan, sapa nak menang. Kalau aku rasa nak tengok aku tengok. Kalau setakat nak bangun pepagi buta pasal nak tengok bola kira kirim salam la. Baik aku tido lagi bagus.

Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 8 Jun 2010

Damai Beach Resort Desaru

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarOrang lain start jer cuti, aku dah start kerja semula. Tapi jauh sikit meeting aku kali ni. Kat Desaru sana. Tempatnya cantik, tapi kurang sikit masa untuk enjoy kat situ. Lebih menumpu ke meeting. Nak buat camner kan. Masuk penuh orang. Maklum saja la, cuti sekolah. Masa keluar, tinggal kami jer. Ada la beberapa pelancong lagi kan.

Tempat dia boleh tahan la. Nice and selesa. Kalau bawak keluarga tu kira enjoy la. Kolam renang dia ngeri sikit, sebab dia ada papan lompat-lompat tu. Memula meniti jer kot tepi-tepi tu. Ukur jarak.. Memang kat tempat terjun tu dah 12 meter.. perrghhh.. dari 4.. naik 5.. 7.. pastu terus 12.. Takut tu.. Berpaut kat tepi try jejak lantai.. memang 2 kali ganda dari aku tuh..

::Klik untuk cerita penuh::




©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Banyak bilik dia nih.. Masa aku masuk ituhari leh kata penuh gak la. Ada dua hari keluarga dibuat kat sini.. Orang ramai tul..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Nak amik gambo pantai jer, tapi tak leh.. Ombak kecik-kecik jer.. Tahun lepas jer yang bergulung-gulung.. Maybe tiba at the right time kot..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ni ler bilik kitaorang.. Leh tahan gak la. Mat Nor nak lepak-lepak.. tapi nak gak nengok kamera..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Pandangan ke luar.. Setiap bilik ada balcony. Nice..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Control panel semua suiz kat bilik.. Yang kelako aku dok sibuk cari kat dinding.. Apala aku nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Air cond jer yang diasingkan.. OK ler.. Memula dok pikir apasal tak sejuk-sejuk.. Ropernya aku tak tukau-tukau 26 jer dari mula masuk..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Team teknikal at work..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Matahari pagi.. Tu jer slack kat sini.. Takdernya harapan nak nengok sunset.. huhuhu.. Pagi pun jadi la..

Enjoice...Sharing is power!!!

Stesen Bas Larkin - revisited

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarLama jugak aku tak gi stesen bas larkin nih. Boleh tahan la. Sejak kerja ni, rasanya langsung aku tak jejak dah kaki aku ke sini. Camner la pulak hari Jemaat nih aku leh singgah lak.

Kisahnya, masa nak kuar gi semayang jemaat tengahari tadi; terserempak la pulak ngan si Azam nih. Aku ajak dia gi sekali ke Uda. Dia cakap jauhnya. Jom ikut dia gi Larkin. Waa.. Leh gak. Memula aku ingat semejid tu kat luar bangunan, ropernyer dah lam bangunan stesen bas tu sendiri, kat tingkat tiga paling hujung dekat ngan kaunter 50++ nun ha.

Tapi bagus la jugak dia wat semejid kat sini. Ingat jaman dedulu, bantai zohor jer ler kalau hari jemaat tu. Ye lah. Orang yang ke sini mana ada kenderaan sendiri. Dah nama pun ke stesen bas. Kalau dah ada keter ker motor, baik dia naik jer kenderaan dia tuh kan..

Tapi memang dah banyak berubah keadaan sini. Dah macam-macam ada, bak kata aruah pak abas astro dedulu tu ha. Yang kelako tu aku pun boleh blank pasal apa ramai sangat manusia kat stesen bas jemaat lepas. Aku dah lupa ropernya cuti sekolah pun dah mula daa.. Patut la ramai bebeno.. Selamat cuti sekolah.. dan aku pun dah tak bercuti sekolah cam korang dah lagi..

::Klik untuk cerita penuh::



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Lepas parking terus ke arah bangunan utama. Aku masih blank kat mana la semejid yang si azam maksudkan nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Si Azam ke kedai jahit kejap pasal nak menguruskan baju batik dia. Lepas setel terus gi semejid itu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Apa significantnya gambo ini. Adakah nak menunjukkan marmar yang lebih cantik dari dulu?? Semestinya tidak. Ini untuk tunjukkan aku amik gambo pakai henpon jer. Dan aku terlupa pasal kelajuannya tak sama ngan kelajuan kamera aku.. Nak amik gambo bas, gambo lantai yang dapat..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ni ler gambo sebenar yang nak aku amik.. Dan masa aku tekan pompuan baju pink tu masih jauh dari depan aku ni..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 6 Jun 2010

12 Sukarelawan Malaysia selamat tiba

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Pagi ni tengah layan ketibaan 12 orang sukarelawan Malaysia di KLIA. TPM sendiri yang sambut diaorang ni. Seronok tengokkan riak wajah setiap orang yang ada disitu. Kepada 6 keluarga sukarelawan yang masih terkandas, banyakkan berdoa supaya mereka juga akan selamat tiba dengan selamat ke bumi Malaysia.. InsyaAllah..

Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 5 Jun 2010

Kacang Pool Bomba Larkin



Petang jumaat lepas, memandangkan cuti hari wesak; kuar jugak gi makan-makan kat luar. Target kali ni medan selera sebelah balai bomba larkin. Sebabnya, disitu ada kacang pool dengan ABC spesel.

Boleh tahan la rasa kacang pool kat sini. Maybe pasal kuah dia punya rasa kari yang tinggi. Pastu di letak bawang merah sama daging cincang. Mama yang tak makan daging pun belasah jer. Tapi iqa macam biasa.. tetap cari meehun sup dia la apa lagi..

Enjoice...Sharing is power!!!

Persembahan pancaragam Majlis Penutup MSSM 2010 completed



Akhirnya siap jugak dihaplod ke youtube.. Dah settle pasal mssm bebaru nih..



Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 3 Jun 2010

Persembahan pancaragam Majlis Penutup MSSM 2010



Penat jugak nak compile persembahan ni. 1. Pasal aku pun baru jer baik dari keuzuran aku tu. 2. Movie yang sangat panjang, dua bideo lak tu. So, memula gabung, pastu baru aku kerat. Sekali besar sangat la pulak. Haplod la 1 jer dulu.. lagi dua segmen aku try haplod malam nih..

Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 1 Jun 2010

Ucapan Perasmian Perayaan Hari Guru Daerah Johor Bahru 2010



Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Md. Jais bin Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Johor sempena Perayaan Hari Guru 2010 bertempat di SMK Taman Sutera pada 27 Mei 2010.

Sebab ucapan jer dah dekat 30 minit maka kena la aku pecahkan kepada 3 segmen. Youtube terima 10 minit jer. Paling lama aku compile dan haplod ke youtube. Satu segmen amik masa lebih kurang 4 jam untuk haplod, siap satu error la pulak; dah jadi plus minus 14 jam untuk haplod ucapan ni saja. Tapi yang penting semua dah naik. Koir jer yang belum aku setelkan lagi..







Enjoice...Sharing is power!!!