Gebooz Gedikz : 20180306 Pergi tak kembali
Gebooz Gedikz : 20180306 Pergi tak kembali. Nampaknya. Ni adalah entry terakhir yang dapat aku coret pasal Gebooz. Takde lagi kucen yang nak panjat belakang aku lepak meronda macam biasa cenggini. Takde lagi la kucen mentel bulu tebal yang nak dibelai manja oleh semua keluarga aku. Iqa mana main kucen lain kecuali si gebooz ni. Baru nak manja manja. Mana lagi ada kucen yang nak digentel telinga tetambah ngan si inaz. Takde lagi la dengar suara dia ngiau nak makan ikan setiap subuh dan maghrib. Tetambah bila bau atuk. Kekadang siap ikut atuk gi surau. Pagi tadi dia kena langgar moto masa nak lintas jalan. Masa nak gi berkumpul ngan team kucen kayo kat depan rumah. Dah takdir kan. Selama ni asyik kena marah aje. Tak reti reti nak lintas jalan laju laju. Ngengada je mentel melintas. Pagi ni dah tak dapat nak buat apa lagi. Memang dah takdir dia macam tu. Tak sempat dia nak merasa duduk kat rumah baru. Mungkin banyak hikmahnya. Tak lama dia bersama kami. Baru nak masuk 2 tahun bulan 7 ni. Memang kami akan rasa kehilangan selepas ni. Selamat tinggal gebooz gedikz. Semoga tenang di sana.
ni aktiviti biasa dia kalau lepak ngan aku
dari dia memula datang
ni la habit dia
ni sambil aku jalan tau
ronda rumah baru in the making
sesambil mata meliar nengok mana tau ada team kucen kayo dia lalu
last meronda bersama aku dengan habit kegemaran dia
inaz bersama gebooz. memang satu satunya tuan yang diiktiraf oleh gebooz sejak hadir bersama kami
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan