Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Konvensyen Kebangsaan

Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 3 - Melangkah Ke Hadapan

Imej
Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 3 - Melangkah Ke Hadapan. Alhamdulillah. Selesai urusan kami dalam konvensyen kali ni. Memang banyak memberi ilmu dan pengetahuan baharu kepada pengurusan maklumat kami terutamanya. Toolnya dah ada. Sekarang tinggal nak polish kaedah proses pengumpulannya sahaja bagi aku. Kaedah lama dah ketinggalan zaman. Perlu penambahbaikan major terutama dalam abad data terbuka ini. Terima kasih pada BPPDP dalam menyelaraskan konvensyen yang superb ini!

Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 2 : Perkongsian Bermakna

Imej
Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 2 : Perkongsian Bermakna. Satu hari yang penuh. 5 kertas kerja. 2 forum. Memang nampak betapa kita perlu berubah dalam pengurusan maklumat sedia ada. Perkongsian daripada En. Sasongko berkenaan Big Data dan Dr. Shuhaizam berkenaan BioNexus memang benar-benar mengujakan. Tetiba rasa masih banyak perlu dilaksanakan di peringkat negeri bagi memastikan kelangsungan penggunaan data yang bermaklumat. Seperti dijangka, memang hari yang padat. Dari segi pengisian mahupun peserta. Nasib la kaki. Malamnya dah mula pakai support. Haisshhh.

Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 1 - Gemilang Perasmian

Imej
Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Maklumat Pendidikan KPM 2018 : Day 1 - Gemilang Perasmian. Hari pertama ditutup dengan majlis perasmian yang sangat menyegarkan minda. Dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah BPPDP. Diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Dato' Sulaiman Wak, TKPPM kita. Memang terasa segar semula. Dalam kepala dah nampak banyak perkara baharu perlu ditampilkan dalam pengurusan maklumat sedia ada supaya selari dengan keperluan masa kini. Memang kena pada masanya. Kini kita perlukan saintis data yang kompetan! Nak tau lebih? Klik sini untuk ke FB rasmi konvensyen .