Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Negaraku Sehati Sejiwa

Negaraku Sehati Sejiwa

Imej
Negaraku SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017 Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. Menurut Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, "Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang." "Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan," Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan men

Perhimpunan Bulanan Bil.8/2017 JPN Johor : Negaraku Sehati Sejiwa

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.8/2017 JPN Johor : Negaraku Sehati Sejiwa. Menarik. Urusetianya Sektor Pengurusan Akademik. Memang best perjalanan majlisnya. Walau KS ada tugas rasmi di luar, video ucapannya ditayangkan. Sampai mesejnya. Sajak yang menang dideklamasi dengan iringan gesekan biola. Memang terbaeekkk!!!! Ada tiga pertandingan dijalankan sepanjang bulan merdeka ni. Ada piala pusingan tau. Makanya akan berulang setiap tahun ni. Yang pertamanya, Sajak Merdeka. Johan dapat pada Pn Salina SJQ. Yang keduanya, Swafoto Merdeka. Kami dapat tempat kedua. Boleh la tu. Sakan melaram itu hari kan. First jatuh pada SKPP. Yang ketiganya, Sektor Paling Patriotik. First juga jatuh pada SKPP. Tahniah pada semua pemenang. Cuma aku sangat penat berdiri hari ni. Lagu terasa sangat panjang berulang-ulang. Dalam keadaan kaki yang rasa sebal tak sudah ni... hmmm... bayang sendiri la azab kena berdiri lama-lama.