Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BINA GENERASI BAHARU”

TEMA HARI GURU TAHUN 2020: “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Imej
TEMA HARI GURU TAHUN 2020: “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 adalah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.