Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Kota Kinabalu, here I come

Imej
Kota Kinabalu, here I come. Himpunan terakhir guru muda 1 malaysia adalah di kota kinabalu, sabah. kali ni flight berbeza. sebab semua akan bertolak dari lapangan terbang berdekatan negeri masing-masing. aku, n pegawai akan tiba awal sehari berbanding dengan ketua penggerak negeri yang lain.

Kedah setel, now it's Sabah

Imej
Kedah setel, now it's Sabah. So. Setel ja program kat kedah, terus gerak balik ke JB. Pastu dah nak kena get ready untuk himpunan terakhir di Sabah. So you there. Hehehe... ni adalah entry lama ya. Memang bila ada masa baru dapat masukkan. Sorry for the late entry. Enjoice...

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara

Imej
Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara dijalankan bertempat di SMK Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah pada 16 Februari 2013. Sebab aku dah 3 hari disini, aku dah nampak keadaan yang akan berlaku pada hari kejadian. 1st of all, keadaan akan jadi sangat sesak, dan korang akan susah nak parking. Solution aku. Keluar awal. 6.30 pagi dah terpacak kat sini. Parking tempat yang paling strategik. Gi minum dulu. Ada gerai kat depan sekolah. So, aku dapat parking, dapat lepak. Tu sebab aku suka gi memana lokasi awal. Watper nak pepening buang masa dalam jem sedangkan kita boleh rancang masa kita kan.

A night at Grand Crystal Hotel, Alor Setar

Imej
A night at Grand Crystal Hotel, Alor Setar. Pilih hotel ni sebab ada pool. Tapi pool dia tak sesuai untuk kebudak tanpa pengawasan. Takkan aku nak berendam ngan kebudak ni aje. Dan langsung tak berendam pun, pasal aku sibuk di SMK Hutan Kampung untuk himpunan guru muda 1 malaysia. Last last lepak lam tub ajer la. Lepas tub, ziqri ngan ultraman dia ler, inaz dan iqa ngan study dia. OK.

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara : Persiapan

Imej
Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Utara : Persiapan mula menampakkan kesibukannya. Semua booth dah mula penuh. Baru ada feel sikit. Team GM1M Utara memang best. Semua dah ada pada sebelah petangnya. Penang, Perlis, Kedah. Tinggal Perak ja masih on the way. Petang tu jugak kaki en. saiful yang terseliuh masa pi rikki persiapan di sabah di oberhol. Terbaeekkk!!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jom makan makan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Imej
Jom makan makan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Tempat ni tempat nostalgia aku dulu. Mana taknya. Belajar kat MRSM Beseri, dari Baling mesti singgah Alor Setar dulu, sebelum naik bas lain pulak ke Kangar. Dari Kangar naik bas lain lagi menghala ke Padang Besar. 3 bas tu. Dan biasanya, kat pekan rabu ni la jadi tempat makan aku sementara nunggukan bas ke baling. Masa tu bas mara memang paling awal dan terakhir aku dapat adalah pada jam 7 malam. Terlepas yang ni, pepandai la macam mana nak balik baling. tu bas terakhir. Sampai baling pun dedekat pukul 10 malam dah. tak tau la camna la ni.

Homestay Abah - Penambahbaikan

Imej
Homestay Abah - Penambahbaikan dibuat lagi. Tamabah bangunan baru lagi. So, kini dah ada dua rumah under the name of Homestay Abah. Untuk yang lama, besar. Boleh muat sehingga 30 orang. 5 bilik tidur, ruang tamu yang besar, dapur, 2 bilik air, dua tandas, semuanya berasingan. Untuk yang in progress ni, kita buat ala-ala hotel, dua bilik, ruang tamu, dapur, 2 bilik air + tandas. Dedua ada ruang lepak yang best mengadap ke gunung baling. Boleh enjoy scenery masa pagi dan petang. Kalau masa sawah menguning tu lagi best. Apa pun kalau nak detail boleh gi ke laman web Homestay Abah di alamat  http://homestayabah.wordpress.com . So, just browse to see the progress bagi bangunan baru yang dibina bersebelahan dengan bangunan yang lama. Bukan apa, ramai yang nak tapi tak boleh nak masuk. Full booked. Bila ada dua, senang ler sikit untuk layan permintaan tetamu kan. Boleh jugak contact terus ngan tokei, cikgu abu hassan di talian 013-4365352. Harga jamin anda puas hati.

Dinar Burger Man, Baling

Imej
Dinar Burger Man, Baling memang famous. Letak dia depan pasaraya Aneka. Kat sini la memula aku kenal oblong tu apa. First time beli oblong daging biasa ja. Dah terbiasa mula la beli special, taruk telur. Pastu makin advanced mula la beli oblong cheese special. Masa ni dah tak beli daging biasa dah, dah hapgred ke kambing dah.

Ayam Golek Taman Desa Cempa, Baling

Imej
Ayam Golek Taman Desa Cempa, Baling ni memang terbaeekkk!!!! Biasanya aku beli yang orang panggil ayam golek beratur tu. Sekali masa balik dari hutan kampung, tutup la pulak. Terus try yang ni. Superb lah. Terasa beb. Must try. Letaknya berdekatan jalan masuk ke Taman Desa Cempa. Kalau dah jumpa bilion tu tandanya korang dah terlepas. kekeke.

Durian gergasi

Imej
Durian gergasi. ni cerita kat kedah dulu. gambar ni pun semua mama yang amikkan. kecuali gambar derian kat dapur tu. kebetulan atuk kedah simpankan untuk aku. bukan untuk makan, tapi amik gamba. hahaha. aku memang tak gemar makan derian sejak masuk u dedulu. derian ni atuk kedah beli masa masuk ke sempadan ngan mama dan kebudak sebelah siangnya. aku memang takde pasal aku ke hutan kampung untuk persediaan himpunan guru muda 1 malaysia.

Babai Felda Residence, Tanjung Leman

Imej
Babai Felda Residence, Tanjung Leman. Makan. Checkout. Bergerak pulang. Singgah jap ke Jeti Tanjung Leman. Satu-satunya tempat yang ada souvernir untuk dibeli. Tapi harga... mak datuk. A bit higher bagi aku. Ye lah. dah biasa beli benda yang sama di mersing. Tapi mersing pun boleh tahan jauhnya. Kalau terdesak, better beli ja, terutama kalau bukan nak bergerak ke arah mersing.

SPM 2012 Result : Ranking SBP

Imej
koleksi logo diambil dari koleksisoalan.blogspot.com dan dimodified secukup rasa oleh aku Kali ni nampaknya, SBP dan MRSM lebih kurang sama nasibnya. Yelah. Kalau dah GPS tinggi-tinggi, bukan senang nak maintain. Banyak yang menurun. Sekolah ku dulu pun menurun sampai ke tangga 30++. Yang bestnya, Lahad Datu yang satu ketika dulu diambil sebagai benchmark nampaknya makin melonjak, satu demi satu anak tangga dia naik. perghhh... Apapun, tahniah diucapkan pada semua. Terbaeekkkk!!!!

SPM 2012 result : Ranking MRSM

Imej
Yahhhh... Ni ler dier ranking MRSM untuk SPM 2012. Sedih aaaa nengokkan ranking beseri yang dah makin jatuh ni. Bawah benchmark aku lak tu. Top 5 dari bawah tuh... Huhuhuhu... tahniah pada mama sebab akhirnya boleh eksen ngan aku... Keputusan dalam kurungan adalah GPS tahun 2011. Nampaknya banyak jugak MRSM yang menurun GPSnya. Termasuklah MRSMku yang terchenta... huhuhu...

My journey : Mesyuarat Verifikasi Data Emis Johor Mac 2013 - Part Tres

Imej
My journey : Mesyuarat Verifikasi Data Emis Johor Mac 2013 - Part Tres. Dah tiba hari terakhir di sini. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Ralat di hari akhir semuanya dibawah 20. Terbaeekkk!!!! setakat ini. Semakan ralat dan verifikasi dijalankan pada semua sektor yang terlibat sebelumnya. Semakan akhir bersama rendah. Tahniah pada semua yang terlibat, dari pegawai sektor yang datang bersama-sama kami, pegawai maklumat yang tak jemu-jemu menelefon sekolah, guru-guru data, pentadbir sekolah dan semua yang terlibat secara tidak langsung. Tanpa anda, kesahan data tidak akan dapat ditentusahkan oleh kami. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama.

My journey : Mesyuarat Verifikasi Data Emis Johor Mac 2013 - Part Deux

Imej
My journey : Mesyuarat Verifikasi Data Emis Johor Mac 2013 - Part Deux Sambung hari kedua la pulak ya. Sesi dimulakan dengan verifikasi data spi, btp dan akp. Seterusnya disambung dengan data menengah. Sebelah petangnya diteruskan dengan verifikasi data rendah. Malam, kita sambung garis panduan jpms dan pk16. Yang penting, malam ini hamper separuh pm dah pakai windows 8 tuh...   sesi pagi : spi, btp dan akp

Jenjalan petang di Felda Residence, Tanjung Leman

Imej
Lupa la pulak nak masukkan suasana petang di Felda Residence. So... Layan nooo...   Café   swimming pool

My journey : Mesyuarat Verifikasi Data Emis Johor Mac 2013

Imej
Hari rabu lepas, kena gi mersing untuk verifikasi data emis mac 2013. Gi ngan lan dan ayathul. Apa pun sebelah pagi tu setelkan kije kat pejabat dulu terutama bab pendidikan khas inklusif dalam apdm. kira ok ler. habis semua aku call pagi tu. hehehe... dah setel, lepak jap nunggukan kenderaan...   Sementara menunggukan lan dan ayathul, layan view jb dari tingkap utama bangunan jpn   Pastu, turun, dan lepak kat perpustakaan jap. Baca paper. Blackout. tukar baca e-paper