Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel baju raya

BAJU RAYA PROJECT 2018

Imej
BAJU RAYA PROJECT 2018 kali ke-5 kini kembali! Salam semua, yaaaaa bagi anda yang mempunyai baju raya baru dan terpakai, dan juga makanan asas untuk didermakan kepada yang memerlukan, jom ke event kami 26 Mei ini! Kami telah mengumpul lebih kurang 10,000 pasang pakaian setiap tahun sejak 2013. Jadi, apa lagi? Jom turut serta! SUKARELAWAN DAN SUMBANGAN/SPONSOR PAKAIAN RAYA DAN MAKANAN ASAS UNTUK GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR. 1. LEMBAH KLANG Tarikh: 26 Mei 2018 (Sabtu) Tempat: Panggung Percubaan, UPM Serdang Selangor Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang 2. JOHOR BAHRU Tarikh: 26 Mei 2018 (Sabtu) Tempat: Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang APA YANG DIPERLUKAN? Jenis sumbangan yang diperlukan: 1. Baju raya terpakai/baru untuk dewasa (lelaki dan perempuan), kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang masih elok. 2. Set 5221 (5kg beras, 2kg gula, 2kg tepung dan 1 tin susu manis) - 100 set. 3. Kuih raya kering (contohnya kerepek, maruku dan lain

Jom Ronda-Ronda : Ice Jelly Larkin

Imej
Yummy Petang semalam, keluar lagi. Ni jengjalan cari kain untuk baju raya nanti. Biasa la. Dah beli senang. Hantar kat tailor pun, dia tak bising sangat. Awal lagi kan. Siap lambat sikit pun takpe. Yang penting semua material dah ada. Sekali gi gulati's kat angsana, design tak baper menarik la pulak. Apa pun merayap lu isi perut. Target utama semestinya medan selera larkin yang kat sebelah balai bomba tu lah. Mama order kacang pol dua set. Aku lak order chicken chop. Ingat sesaja nak carik penyakit order sirloin steak. Sib baik daging dah abis. Chicken chop, chicken chop la. Apa yang pasti harga dah naik singgit, tapi ayam dia lebih besar nampaknya. Selain tu aku mintak ice jelly. Best kan. Ni baru best. Kedai nih bukan ada setakat ABC special yang paling best kat JB, malah ada memacam jenis minuman lagi. Setel ja kat sini terus bergerak ke Jakel tampoi. Dah dapat semua material yang dikehendaki. Siap jumpa ex-student lagi. Hampir tak kenal pasal dah bertambah chubby. Bukan