Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Cumee Cumee : 20180331 Lepak Santai

Imej
Cumee Cumee : 20180331 Lepak Santai. Semalaman dia ngiau bila orang lalu depan dia. Takut takut nak buang air dalam bekas yang disediakan. Hari ni. Lepas bebas. Dah pandai gesel gesel manja ngan semua orang. Tapi. Tempat kegemaran dia harus la bawah katil. Haiishhh!! Sekali tengok macam tupai daaa...

Home Sweet Home Renovation : 20180331 Bidai done!

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180331 Bidai done! Bidai dah siap dipasang.

Pizza Hut Gelang Patah : A quick snack!

Imej
Pizza Hut Gelang Patah : A quick snack! Lepak sini jap. Cam biasa. Setiap tahun lepas majlis anugerah mesti nak gi makan makan sikit kat tempat pilihan kebudaks ni. Asalnya nak gi makan chizza kat KFC tapi tetiba bertukar fikiran. We all makan makan kat pizza. Yeaahhh!!!

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Anugerah Cemerlang 2017 & Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-15

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Anugerah Cemerlang 2017 & Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-15. Pagi tadi bergerak ke sekolah. Jam 7.30 dah sampai dan buat pendaftaran. Mesyuarat bermula dengan YDP dikekalkan dengan perubahan pada AJK. Tahniah. Teruskan kecemerlangan pengurusan. Selesai perbincangan usul perasmi tiba. Boleh tahan juga sumbangan kali ni. Kerusi. Kelengkapan murid dalam kawad. Alhamdulillah. Tiba masa untuk mengambil hadiah. Iqi dapat dua subjek terbaik dan Inaz dapat satu subjek terbaik. Teruskan legasi kecemerlangan bak kata inaz. Tahun ni tahun getir untuk Iqa dan Inaz. Iqa PT3 dan Inaz UPSR. Iqa boleh untuk PT3. Inaz boleh untuk UPSR kali ni. Iqi boleh untuk Akhir Tahun. All the best and be the best!

Cumee Cumee : 20180330 The New Environment

Imej
Cumee Cumee : 20180330 The New Environment. Petang tadi cumee cumee datang berkunjung sekali lagi. Kali ni dah masuk ke sini. Pasal dah dapat green light, inaz terus mandikan dia. Petang tu jugak keluar merayap jap cari sangkar. Nak biasakan dia dengan suasana baru. Train makan dan buang air kat tempat yang proper. Jauh jugak merayap dan akhirnya kami amik sangkar tiga tingkat memandangkan cumee cumee ni dah beso. Dah setahun. Nanti sangkar ni leh letak si tepok kelabu bila cumee cumee dah biasa nanti. Tak suka tul dia duduk dalam sangkar ni. Nampak orang datang aje dia ngiau. Takpe. Siang aku keluarkan. Sampai dia dah biasa dengan makan minum dan buang air di tempat yang ditetapkan. Welcome to cumee cumee.

Sekolah Tun Fatimah : 20180330 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180330 Lawatan Hujung Minggu. Macam biasa. Cuma a bit late sampai. Gi Mydin dulu beli food dan sarap. Baru gerak jumpa iqa. Lepak kat wakaf depan pejabat warden. Solat Jumaat di Larkin Sentral. Kat sini pun ada ceramah sebelum Jumaat disampaikan oleh imamnya sendiri. Selesai gi STF semula.

Teteh's New Born Kitty : 20180330 Lepak Car Park

Imej
Teteh's New Born Kitty : 20180330 Lepak Car Park. Dah pasti. Sebelum gerak mesti semak dulu keliling. Tepok cam biasa lepek ntah ikut suka hati dia aje. Lepek celah celah almera ngan bezza. Haiiishhh. Kalau terpijak ni. Kaki dan tangan kiri dia cacat sejak lahir. So. Dia akan mengesot aje. Sian dia. Memang ni target utama aku untuk dibela lepas ni. Dia yang paling comel antara semua pun. Alih ketiga tiga ke bekas kat hujung sebelah depan sebelum gerak.

Bidai Rumah Ina Adams Family Enterprise

Imej
Bidai Rumah Ina Adams Family Enterprise. Semalam sempat berkenalan dengan Adam dan Ina dari Ina Adams Family Enterprise. Kisahnya. Kami sedang mencari something untuk tingkap. Samada langsir biasa or somethings else. Mama macam biasa tukang cari terulung. At last. Bila go through facebook jumpa la pasal bidai ni. So. Terus buat deal dengan Ina berkenaan bidai dan semalam diaorang datang untuk hantar bidai yang kami beli tu. So. Kami beli 3 set bidai kelabu 4.5 x 7 kaki, 1 set bidai kelabu 6.5 x 7 kaki dan 1 set bidai kayu meranti 5 x 6 kaki. Both of them memang sangat sangat peramah. Datang bersama anaknya, Danial kalau tak silap ketika sesi penghantaran. Adam seorang mualaf manakala Ina ni orang Kuala Lumpur. Hehehe. aku tulis bukan sebab apa. Aku sendiri sangka yang Ina ni orang Sabah dari style dia bercakap. Setiap satu dibuka, disemak bersama dan diterangkan cara pemasangan; sebab kami nak pasang sendiri. Alhamdulillah. Memang mudah dan aku ambik gambar setiap crucial part yan

Majlis Jamuan SPMICT : Perpisahan Shahida @ Restoran Selasih Seri Gelam

Imej
Majlis Jamuan SPMICT : Perpisahan Shahida @ Restoran Selasih Seri Gelam. Masa lunch kami ke Restoran Selasih Seri Gelam. Leh tahan la makanan dia. Harga pun boleh tahan jugak la. But. Bagi aku berbaloi la. Ni majlis bertingkek tingkek bak kata warih. Dengan jamuan akhir tahun dia. Dengan besday dia. Dan majlis perpisahan shida la. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari KS dengan kadar yang agak panjang. Boleh jual sebagai cerpen tau. Diteruskan dengan Shahida yang akhirnya menitiskan air mata di minit ke 16. Ke saat ye. Lupa pulak aku. OK ler tu. Majlis diteruskan lagi dengan potong potong kek oleh kebudaks besday bulan januari dan februari. Siap nyanyi nyanyi sehingga penuh restoran pasal orang nak tengok kemerduan suara siapakah itu. Hadiah berpindah milik. Dan upacara makan makan dimulakan. Aku suka pulak makan kailan goreng rangup dia. Marbeles. Adakah ini bermakna aku dah menjadi vegetarian? Tidak sama sekali. aku tibai aje ikan siakap masak lemak tomyam dia yang mengiurka

Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018 JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018 JPN Johor. Perhimpunan kali ni ada beberapa penyampaian anugerah. Dari EKSA, Pekerja Contoh dan APC. Tahniah pada semua penerima. Untuk sektor SPMICT, KS dan Pn Besek terima APC manakala Fadzli dapat Pekerja Contoh. Tahniah pada semua penerima. Untuk EKSA, SJQ sekali lagi mengungguli diikuti rapat oleh SPSPK dan ketiga jatuh pada orang baharu, SPsK. Tengok rerata pakai baju hijau hari ni. Dah jadi hari hijau la pulak kat kami ni. Hehehe. Setel semua kami turunkan photobooth KSK tu. Sempat la posing ngan si Husna yang dekat seminggu dok pulun design tu. Baru dia tau!

Mesyuarat Penyelarasan Dashboard KPM : One whole day @E9

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Dashboard KPM : One whole day @E9. Alhamdulillah. Selesai seharian punya program. Gerak dari rumah jam 5.30 pagi. 6 pagi kami dah mula gerak ke Putrajaya. Singgah jap di Senawang ambil abam N9. Sampai bangi dalam jam 9 pagi. Sempat kita bersarapan kejap kat Selera Nasi Ambang. Actually tempatnya dah sempadan Putrajaya. Sedap lemon ais kat sini. Seriously. Gerak ke E9. Tempat yang baru untuk aku. Biasanya ke E2 dan E8 aje. Kali ni lebarkan sayap la pulak nampaknya. Wau. Masuk PADU. Dia punya kemasan memang lain macam beb. Korporat habis. Gaya kerja semua lain macam kat sini. Hehehe. Bengkel bermula. Memang seronok berkerja cara yang sedikit berbeza macam ni. Banyak perkara dikaji dan disemak. InsyaAllah akan dapatlah nanti paparan dan SOP yang lebih mantap. Balik. Jem di baaanyak tempat. Masak cenggini. Bangi nya. Seremban nya. Johor pun sama. Adesss.. Memang sangat penat perjalanan balik ni. Sampai. Ada permintaan kecemasan. Yang inaz nak glue gun. Sib baik te

Home Sweet Home Renovation : 20180326 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180326 Progress. Dah pindah masuk. Ada lagi beberapa perkara belum setel.

KSK JPN Johor : Photobooth APC JPN Johor

Imej
KSK JPN Johor : Photobooth APC JPN Johor. Hari ni seharian dok naik turun tingkat 5 tingkat 6. Nak cari kepastian untuk photobooth APC tu lah. Ada pulak la GB glamer ni. Sempat la nyibuk sekali ngukur. Setel ja terus redesign dan gi jumpa pencetak. Tetiba dapat pulak emel esok ada mesyuarat kat Putrajaya. Sudah. Sibuk la jap tengah hari tu. Tempahan kenderaan. Call orang yang ikut sama nanti. Setelkan semua kerja yang boleh dulu. Petang tu ada meeting gerakan massa. Masuk. Sesambil dok riki pasal kenderaan. Alhamdulillah. Ada kosong. Terus maklum kat member sekereta esok. Sambil dok dengar pembentangan daerah, sekali pembekal call. Kami dah boleh pasang tak? OK jer. Aku keluar jap untuk setting tempat pemasangan. Suruh husna datang tengok masa diaorang pasang. Masuk balik meeting. Hanis mesyuarat, semua dah setel. Alhamdulillah. Leh gi Putrajaya ngan tenang sikit dah esok.

Jem teruk @ Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar

Imej
Jem teruk @ Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar. Lambat tul aku pickup pagi ni. Tetiba trafik jadi slow. Tak perasan lagi. Tengok map. Aikk. Jangkaan sampai opis jam 7.40 pagi. Baru 7.20 kot. Tak perasan lagi la tu. Dah lama sangkut depan masjid baru nak reti nak scroll map. Alamak. Merah menyala sampai depan tune hotel. Kekeke. Slow map reader tul la. Tau pasang aje. Alhamdulillah slowly tapi tetap gerak. Ada kereta eksiden depan seafood tu. Lepas tune hotel clear seclear clearnya. Sampai opis jam 7.50 pagi. Habis rancangan aku nak sarap kat cafe pagi ni.

TINJAUAN PENDAPAT UMUM BERKAITAN PAKAIAN KHAS MURID SEKOLAH

Imej
TINJAUAN PENDAPAT UMUM BERKAITAN PAKAIAN KHAS MURID SEKOLAH. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan satu tinjauan untuk mendapatkan pendapat umum berkaitan pakaian khas murid sekolah, iaitu Pakaian Pengawas Sekolah, Pakaian Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta warna kasut murid sekolah. Tinjauan ini memberi peluang kepada masyarakat umum untuk menyatakan pandangan berkaitan keseragaman pakaian khas murid sekolah yang mana bermatlamat untuk menyeragamkan pakaian khas murid di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik pautan berikut sebelum atau pada 16 April 2018 untuk turut serta: http://gg.gg/surveykpm2018 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jaga Hak Allah, Diri dan Masyarakat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jaga Hak Allah, Diri dan Masyarakat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا تُكْثِرْ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Siapakah yang mahu mengambil beberapa kalimat daripadaku lalu mengamalkannya atau mengajarkan pada orang yang akan mengamalkannya?" Abu Hurairah menjawab: Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah memegang tanganku lalu menyebut lima perkara; Jauhkanlah larangan-larangan nescaya kamu akan menjadi orang yan

Digi Store - Danga Bay : Sim Card Replacement

Imej
Digi Store - Danga Bay : Sim Card Replacement. Semalam digi store ni tutup. Nak tak nak terpaksa la nunggu hari ni. Semak waktu masa lunch tadi. Cantik! Sampai 6.30 petang. So. Tak payah la aku gi merayap masa lunch. Balik kerja terus singgah sini. Hujan lebat la pulak. Tak dapat nak snap snap bebanyak. Masuk. Terus ada staf entertain. Kejap ja urusan. Alhamdulillah. Nampak sangat aku ni lambat tul berubah. Bila dah terpaksa pakai nano baru la sibuk nak gi tukar kad. Dulu masa memula beli Galaxy Camera pun dah gelabah jugak bila first time pakai micro. Kui kui kui. Tapi sim card era baharu ni senang. Dah ada potongan nano dan micro. Bebila boleh masukkan semula untuk saiz berbeza. Tu yang aku rasa lebih selesa amik kad baru. TQ Digi.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Kemeja-T Rasmi - The next series

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Kemeja-T Rasmi - The next series. Yang lepas kami created just untuk tunjukkan Seragam, komited, Bangkit Bersama! di jabatan. Tahun ni banyak pertukaran luar dan dalam berlaku. Banyak permintaan semula untuk kemeja-T ni. Dan satu lagi. Permintaan untuk kemeja-T muslimah. So. Akhirnya selesai aku punya perbincangan bersama pembekal. Setel down the spesifikasi dan harga. Ambil masa sedikit untuk recreate design yang sebelum ni aku taruk aje. Kali ni baru aku adjust bebetul. Bagi yang berminat boleh berhubung dengan AJK Promosi EKSA di zon masing-masing. Kami buka tempahan sehingga 5 April sahaja. Harga? Lengan pendek RM25, lengan panjang RM27 dan muslimah RM30. Saiz doesn't matter! Apa tunggu lagi. Yok! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #col

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ Dari Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku, apabila sahabat kalian meninggal dunia maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia jangan membicarakan keburukan- keburukannya)." (HR Tirmidzi No: 3830) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Perkahwinan bertujuan untuk mewujudkan rumah tangga dan ahli keluarga yang bahagia. 2.  Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berumah tangga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak. 3.  Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaula

Membangun Dekad Baharu Johor

Imej
Membangun Dekad Baharu Johor. Kad Laporan 5 tahun Johor dari 2013 sehingga 2018 telah dikeluarkan sebagai satu lagi usaha Kerajaan Negeri untuk menilai secara objektif dan jujur kemajuan semasa yang dicapai berlatarbelakangkan perencanaan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat hari ini dan masa hadapan. Sejak Mei 2013, pentadbiran Kerajaan Negeri telah memperkenalkan banyak inisiatif yang meletakkan keperluan dan hasrat Bangsa Johor sebagai keutamaan dalam memastikan rakyat yang meletakkan amanah dan bergantung harap kepada Kerajaan yang bekerja untuk mereka merasai sendiri inisiatif-inisiatif yang diwujudkan. Inilah yang dengan jelas dapat dilihat melalui laporan ini. Laporan penuh boleh diperolehi menerusi pautan berikut :  http://www.dekadbaharujohor.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #l

Yok Jenjalan : Coklat Murah JB

Imej
Yok Jenjalan : Coklat Murah JB. Dari hari tu si inaz sibuk nak gi sini. Nak cari coklat banyak-banyak. Kan kita nak ke Langkawi hujung tahun nanti. Belasah aje la masa tu. Inaz nak jugak pergi katanya. Lepas hantar iqa tadi aku kotakan janji. Sampai jugak kami ke sini. Kawasan gerai kontena. Boleh tahan susunletak kawasan ni. Aku lepak aje kat luar sementara deme semua masuk cuci mata. Keluar. Memasing pakat beli sepeket. Yang iqi beli aje yang OK bagi aku. Yang lain ke laut. Kekeke. Nak gi lagi tak inaz. Tak nak katanya. Hehehe. Layan aje le. Tapi OK jugak la. Banyak juga pilihan coklat dengan harga yang boleh tahan. Dia juga ada sediakan perkhidmatan gubahan pakai coklat terutama untuk yang nak buat surprise gitu.

Sekolah Tun Fatimah : 20180325 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180325 Back To School. Hari ni hantar iqa balik ke sekolah. Puas hati tul dia cuti kali ni. Banyak jugak tempat kami singgah sebelum sampai ke sekolah. Hmmm.. Tukar sikit foto lanskap ke LOMO. Lama tak belasah lomo ni. Hahaha. Layan. Iqi ni makin over pulak posing dia sejak akhir akhir ni. Haisshhh... Ici pulak makin larikan diri.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sohibul Quran

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sohibul Quran عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا Dari Abdullah bin 'Amru dari Nabi SAW baginda bersabda: "Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada (sohibul Quran) ahli Al-Quran; Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan  bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca.". (HR Tirmidzi No: 2838) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Sohibul Quran ialah mereka yang ahli dalam al-Quran, sentiasa mendampingi al-Quran juga penghafal al-Quran. 2.  Sohibul Quran akan sentiasa menjaga hak al-Quran dengan membacanya, menghafal, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran. 3.  Orang yang membaca dan

Hari Polis Ke-211

Imej
Hari Polis Ke-211. Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018. Kekalkanlah kerjasama yang erat serta kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat seiring dengan tema Hari Polis tahun ini, ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’. #haripolis211 --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ausini Building Block For The Kids

Imej
Ausini Building Block For The Kids. Malam ni keluar jap ke Mr. DIY. Sempat layan keindahan GP Mall yang mana hotelnya dah buka. Janji sorang RM10. Memula pakat amik Sluban. Sekali jumpa Ausini pulak. Harga 50% lebih murah. Dapat sorang dua memasing. Layan la apa lagi. Ici ja malu nak berposing macam biasa. Dia kasi kaki dia aje. Angah ngan iqi sibuk dengan block memasing. Masih ada satu lagi yang pakat dok sibuk disiapkan ketikamana entry ini ditulis. Nanti la aku update bila dah siap ye.

Teteh's New Born Kitty : 20180224 The Three Grey Ninja

Imej
Teteh's New Born Kitty : 20180224 The Three Grey Ninja. Dah mula main depan, bawah dan tepi kereta dah. Setiap kali nak keluar kena tengok dulu. Mana tau nanti keluar menyelinap aje dari celah tayar ka, bumbung ka. Naya weh.

Home Sweet Home Renovation : 20180324 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180324 Progress. Layan wiring sambungan letrik

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mukmin Tidak Bersikap Buruk

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mukmin Tidak Bersikap Buruk عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ Dari Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.”  (HR Tirmizi No: 1900)   Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya: a.  Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh). b.  Suka melaknat c.  Suka berperilaku keji (berperangai buruk) d.  Suka berkata kasar (menyakiti orang lain) 2.  Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan. 3.  Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 24hb M

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan tema Hari Guru 2018

Imej
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan tema Hari Guru 2018. Tema ini dipilih bagi membuktikan peri pentingnya peranan guru sebagai agen dalam memperteguh transformasi pendidikan negara selaras dengan PPPM 2013-2025. Guru memainkan peranan sebagai pemacu transformasi pendidikan dalam memastikan kejayaan dan aspirasi dasar-dasar transformasi negara tercapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga berperanan besar dalam menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan. Sesungguhnya guru memainkan peranan utama dalam mendidik murid ke arah kemenjadian murid atau outcome yang ingin dihasilkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Gurulah yang menggilap potensi murid untuk memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025.

2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 5

Imej
2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 5. Abit late post ni. Semalam pun mula lambat. Title : The Ugly Wife. Cerita King Arthur. Mungkin tinggi sedikit laras bahasa dia. Jenuh mengulang si Iqi. Rakam pun aku pakai henpon ja tak macam kebiasaan iaitu galaxy camera.

Teteh's New Born Kitty : 20180223 Dah makin berani

Imej
Teteh's New Born Kitty : 20180223 Dah makin berani. Dah mula panggil angah. Dah mula lepak depan kereta. Ni biasalah. Trademark Team Kucen Kayo tinggalan Gebooz dulu.

Tan Chong Ekspres Auto Servis Skudai : 20180322 Servis Livina

Imej
Tan Chong Ekspres Auto Servis Skudai : 20180322 Servis Livina. Macam biasa. Book for the last slot. Jam 4. Cuma aku tak jangka punya ramai manusia semalam. Habih segala majalah aku layan. Minum. Sekali aje la sambil makan sebikut. Aku pelanggan last meninggalkan pusat servis. 6.40 petang weh. Masak hari tu. Hahaha.

Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Imej
Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Daulat Tuanku. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180322 Hari EKSA Zon 7 - Sudut EKSA

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180322 Hari EKSA Zon 7 - Sudut EKSA. Hmmm. Semalam memang penumpuan penuh pada sudut EKSA ni la gamaknya. Memula pagi dah start. Bos datang bawak jambu la pulak. Separuh kuah rojak habis dilahap Mus sorang je. Aku ade la cicah 2 titis. Kekeke. Naik atas jap nengok tempat untuk photobooth majlis Khamis depan. Sesambil tu dok nengok Husna siapkan design untuk photobooth. Set temujanji dengan pembekal masa lunch nanti. Sempat pulak tu nengokkan token yang rupanya kena aktifkan kat Kewangan. Mana la aku tau. Ingatkan leh jadi hero aktifkan sendiri. Kekeke. Jumpa pembekal masa lunch. Bincang detail. Singgah makan nasi ayam kat UDA. Balik. Aku sambung doodle dan mus ngan farah ngecat. Lupa pulak nak snap hasil akhir kami. Apa pun. Masih ada 3/4 bahagian lagi yang belum detailing. Kekeke. Harus la kena bebel lagi. Masa jarang ada untuk tumpu benda alah ni.

Home Sweet Home Renovation : 20180320 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180320 Progress. Dah mula wiring elektrik.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Membaca al-Quran

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Membaca al-Quran عَنْ أَيُّوبَ بْنِ مُوسَى قَال سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ كَعْبٍ الْقُرَظِيَّ قَال سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ Dari Ayyub bin Musa ia berkata; Aku mendengar Muhammad bin Kaab Al Quradli berkata; Aku mendengar Abdullah bin Masud berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali ganda ganjaran pahala. Aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf."  (HR Tirmidzi No: 2835) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Membaca al-Quran adalah sebaik-baik ibadat. 2.  S

2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 4

Imej
2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 4. Lewat sikit posting kali ni. A bit penat la pulak bila buat benda yang sama plus balik dari kerja. Baru hang tau aaa.. Kali ni tajuk cerita dia The Ugly Prince and the heartless princess. Layan

Makluman Penangguhan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Imej
Makluman Penangguhan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk perhatian Yang Berhormat Dato’/YBhg. Datuk/Tuan/Puan, Percanangan Dalam Jumaah Majlis DiRaja Johor Bil : l /2018 bertarikh 12 Februari 2018 memaklumkan bahawa Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada hari Jumaat, 23 Mac 2018 adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Walau bagaimanapun Hari Kelepasan Am Negeri pada 23 Mac 2018 adalah dikekalkan. 3. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa TIADA pemasangan bendera/gegantung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sehingga tarikh baharu ditetapkan. Acara-acara sampingan (seperti acara sukan) Sempena Hari Keputeraan Rasmi juga ditangguhkan. 4. Kerjasama dan perhatian Yang Berhormat Dato’/YBhg. Datuk/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima k

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanggungjawab Orang Beriman

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanggungjawab Orang Beriman   عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ Dari Ibnu Abbas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda kepada Mu'adz bin Jabal RA ketika baginda mengutusnya ke Yaman: "Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlu

2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 3

Imej
2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 3. Hari ni lambat sikit mula. Sampai rumah dah lewat petang. Tetapi. Tugasan tetap tugasan. Harus disiapkan. Duduk. Amik buku. Rakam apa yang iqi baca. Title hari ni adalah : The Sparrow Maiden.

Pergerakan Pandu Puteri Malaysia : Buku Log Sekolah Menengah

Imej
Pergerakan Pandu Puteri Malaysia : Buku Log Sekolah Menengah. Aku gerak aje ke Lata Sri Pulai, tetiba henpon aku berdering. Bang. Saya dah sampai depan rumah abang ni. Saya dari pos laju. Alamak dik. Baru je kami keluar. Nasib baik atuk ada kat rumah. Dapat la sambut benda alah ni. Aku order Buku Log ni dari DBP.com. Tu pun lepas tensen cari kat Badan tak jumpa ituhari. Pelik sungguh. Bila aku search pokcik gugel sekali terjumpa buku ni. Terbitan Sasbadi tadi diedarkan menerusi DBP. Terus aje la aku order dan bayar online. Harga RM11 lebih kurang. Alang alang terus amik express deliveri. Tambah dekat RM7. Gasak la. Janji iqa dah boleh guna buku ni bila dia naik sekolah nanti. Pelik pulak bila pandu puteri takde buku log ni. Tu pun aku dah hampir hampir suruh dia buat sendiri aje buku log. Kebetulan nasib dia la. Aku terajin search gugel masa nunggu mama shopping kat Jakel tu. Hari ni dah sampai. Memang marbeles la. So. Bagi yang masih mencari. Gi je Kedai Buku online DBP. Order, bay

Jenjalan Cari Makan : 20180320 Asam Pedas Madu Tiga

Imej
Jenjalan Cari Makan : 20180320 Asam Pedas Madu Tiga. Balik singgap jap kat sini. Alang alang dalam laluan. Orang tak ramai sangat sebab dah petang sangat dah. Termasuk kami ada la 3 meja diduduki. Layan dengan gumbira. Belen ikan pun bawak balik. Besar sangat untuk kami. Rezeki untuk makan malam pulak bersama atuk dan nenek.

Yok Jenjalan : 20180320 Lata Sri Pulai

Imej
Yok Jenjalan : 20180320 Lata Sri Pulai. Balik dulu. Amik inaz dari tuisyen sebelum gerak ke lata sri pulai. Dalam perjalanan dok tercari cari goreng pisang. Sekali dah jumpa dah berdepan dengan Lata Sri Pulai. Turun je kereta dah macam tak jadi masuk aje. Ramainya umat. Borak borak dengan peniaga situ. Ni biasa biasa je bang. Kalau ramai ada dalam 3k. Parking sampai ujung sawit sana. Pergghhh. Nasib agak baik. Dapat park berdekatan pintu masuk, dalam sawit jugak la tapi. Kui kui kui. First time aku masuk macam ni punya ramai. Nak main gelongsor pun siap beratur dan tunggu bunyi wisel. Satu wave. Satu wave. Layan. Kebudaks bukan main happy hari ni. Tetambah si ici. Dalam sejam jugak kami kat sini. Dah puas berendam terus salin baju. Gerak. MEntang mentang dekat. Kakaka. Tu namanya rezeki.

Yok Jenjalan : 20180320 Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Yok Jenjalan : 20180320 Pasar Selasa, Pekan Nenas. Asal cuti aja Selasa. Asal Selasa aje cuti. Hehehe. Benda ni berlaku masa cuti sekolah aje. Sesaja jenjalan ngan mama dan kebudaks. Banyak pilihan pakaian kat sini. Ingat hari ni nak ronda sama. Baru masuk sikit dah menangkap kaki. Terus belok ke wakaf. Huhuhu. Balik. Sempat singgah kedai donut RM1 kat situ. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Gerai Kak Yam, Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Kak Yam, Pekan Nenas. Pepagi lagi dah hantar inaz ke kelas tuisyen terakhir untuk minggu ni di sekolah. Kiranya cuti aku kali ni a bit luar jangka lah. Hehehe. Tapi takpe. Kenalah sacrifice sikit kan. Tahun ni inaz amik UPSR dan iqa amik PT3. So. Double hard work work smart lah. Selesai hantar, kami keluar merayap ke pekan nenas. Macam biasa. Pekan Selasa. Cuma kali ni kami nak makan tempat biasa kami dedulu sebelum kami makan kat kafe masjid tu. Layan Gerai Mak Yam. Lokasi dia depan masjid tu aje. Kat medan selera panjang tu. Kalau dulu memang selalu kami makan kat sini. Saja nak beralih angin semula kan. Lagi pun kami keluar a little late dari usual. Alhamdulillah. Dapat makan mee goreng, soto, nasi lemak dan roti tampal. Harga berbaloi la. Setel. And off we go to the Pekan Selasa yang letaknya seberang jalan aje.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Islam Agama Rahmah Bukan Pelaknat

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Islam Agama Rahmah Bukan Pelaknat عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَلَاعَنُوا بِلَعْنَةِ اللَّهِ وَلَا بِغَضَبِهِ وَلَا بِالنَّارِ Dari Samurah bin Jundab ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling melaknat dengan mengucapkan, Allah melaknat kamu atau Kamu mendapatkan murka Allah atau semoga Allah memasukkan kamu ke dalam neraka." (HR Tirmizi No: 1899) Status: Hadis Hasan Sahih. Pengajaran: 1.  Islam adalah agama Rahmah 2.  Muslim dilarang melaknat orang lain dengan menghina dan menyumpah seranah. 3.  Seorang Muslim dilarang mendoakan orang lain agar ditimpa laknat atau dimurkai Allah atau didoakan masuk keneraka. Apatah lagi orang tersebut seorang Muslim. 4.  Contohilah Rasulullah sebagai pembawa RAHMAH kepada seluruh alam. Hadis Rasulullah SAW: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ عَلَى الْمُشْرِكِينَ قَالَ إِنِّي لَمْ أُبْع

2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 2

Imej
2 Gamma Reading Project : Iqi - Day 2. Ni baru bebetul hari ni punya task. Yang aku share tadi tu qadha yang semalam punya. Layan aje la. Memang kami pilih buku dengan himpunan cerita ni. Kebetulan ada 5 cerita di dalamnya. Cukup untuk 5 hari punya projek. Untuk hari ni Iqi pilij cerita kedua dalam buku ni iaitu "The Three Fools". Boleh tahan bacaannya. Ada improvement banding yang pertama. Maybe vocabularynya a bit higher. Tapi OK la tu kan.

Edisi Lampau : Taklimat Operasi Pelaksanaan PBPPP Negeri Johor Tahun 2018

Imej
Edisi Lampau : Taklimat Operasi Pelaksanaan PBPPP Negeri Johor Tahun 2018. Program ni berlangsung pada 27 Februari yang lepas. Aku sendiri dah lupa aku ada amik gambo pakai galaxy camera. Masa tu tetiba dapat urgent call yang menyebabkan aku terpaksa turun jap ke opis. Bawak sekali camera dan simpan. Naik semula sambung ikuti dan langsung lupa pasal ni. So. Hari ni bila mana aku gunakan galaxy camera untuk amik eviden reading iqi, masa download tetiba ada fail lebih. Dan inilah foto foto yang dilupakan itu. Layan.

Teteh's New Born Kitty : Layan lepak celah dinding

Imej
Teteh's New Born Kitty : Layan lepak celah dinding. Wooo. Sehari dua ni memang perasan 3 ekor bulus ni lepak main main celah dinding ni. Hari ni baru nampak deme dengan mak dia si Teteh. Yang kelabu ni sahih la baka si Gatei tu. Memang nampak bulat comei je. Hehehe. Lepas amik inaz dari kelas tuisyen khas kat sekolah kami pakat layan anak si Teteh ni. Mulanya dia garang. Lama-lama baru dia perasan kami kot. Sama naik dengan anak dia.

Home Sweet Home Renovation : 20180319 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20180319 Progress. Last part in the building session. Tunggu elektrik aje lepas ni.