Best lak baca satu artikel yang dihantar ke satu forum Saya paste kat sini untuk tatapan bersama.. --Dipetik dari forum-- Dilema orang biasa-biasa bila semua harga barang naik. Saya tahu kerajaan membentangkan bajet mini. Tapi saya tidak tahu apa kesan langsungnya kepada saya. Saya cuma orang biasa dan juga dikelilingi oleh orang biasa yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan tinggal di ibu kota. Bagi yang tinggal di kampung-kampung, mereka ada tanah boleh tanam sayur, ternak ayam, itik, kambing sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan bila masa duit terputus untuk membeli barang keperluan. Bagi saya dan rakan-rakan yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan terutama di rumah-rumah pangsa, mana ada tanah mahu bercucuk tanam. Paling tidak pun bolehlah tanam dua tiga pasu sayur. Dalam keadaan sekarang, kami sudah tidak terfikir untuk membeli kereta baru, sebab tidak mampu menanggung bayaran ansuran. Kami buat bajet sendiri di rumah. Makanan kami dicatu. Maka