Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cats

Cikman dan Cikmin

Imej
Cikman dan Cikmin. Ni la anak si Phatah yang lahir masa aku kena gi Ipoh pepagi buta tu. Semua kaler oren, tak tau la sapa bapak dia ni. Tapi si Phatah ni bengong sikit. Asal boleh aje dia bawak anak dia. pastu suka suki pindah randah setiap jam. masa ni rasanya cikmin tu pun dah longlai dah. Si Cikman nyusul dua hari kendian. Cian deme. Mak dia ni nak kena ajo gi Tadika Kemas rasanya ni.

Leman Miko : 20191012 With the kucens

Imej
Leman Miko : 20191012 With the kucens. La ni memang dah pandai keluar. Nak main ngan hanty Phatah katanya, si Tamrin kaki gesel dan Tumirin yang selalu jadi mangsa dia. Masak.

Leman Miko : 20190919 Lepaks

Imej
Leman Miko : 20190919 Lepaks. Balik rumah sebelah petang. nengok aweks berderet luo pintu. Nak tunggu abam ensem gemuk keluo la tu. Hahaha. Dah. Gi main jejauh sana. Abam ensem gemuk nak lepak ngan Ici dulu. Ici memang sentiasa geram ngan si Leman ni. Boyot. Dihendapnya. Diseretnya ke sana ke sini. Layan aje si Leman tu.

Rebut Kawasan

Imej
Rebut Kawasan. Ada jantan baharu nak try kawasan ni. Sejak Sitam Dol dan Abah Cinet dah takde sini, tetiba muncul generasi baharu kucen di sini. Si belang tu aku panggil Sentil, sambil gaduh ka, lepak ka, lidah harus tersentil. Si putih tu aku sebut Ceding. Pasal kuruih bebeno. Tengok la berapa lama dapat jarah kawasan ni. Kakaka. Tau pulak si Leman sembunyi.

Leman, Tumirin dan Suparjo

Imej
Leman, Tumirin dan Suparjo. Suka melepak kat kaki lima ni. Si Leman pulak pantang ngan semua. Paling suka dia kacau Tumirin. Mesti kejo punya. Tengok dedua kebudaks tu mesti lari kalau dia datang. Camne dia gigit kitaorang, camtu la dia gigit Tumirin. Nanti si Phatah mesti kejo leman kalau si tumirin jerit jerit marah. Yang suka main dengan dia si suparjo. Lari sana. Lari sini. Gi ronda longkang berdua bagai.

Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan Kuasa

Imej
Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan  Kuasa. Asalnya diaorang borak borak santai aje. Sekali Gebooz leh pulak tersebut Accounting depan Abah Cinet. Selaku Bendahari Kehormat Syarikat MLM Team Kucen Kayo yang kantoi Course 4 Accounting Analytic, Abah Cinet tetiba hangin sudah mari. Terus gomol gomol kat situ. Gebooz rileks je. apadehal kucen cekeding cenggini. Selamba badak je dia lempang lempang manja si Abah Cinet. Lagi la orang tu temper. Eh eh. Orang dah hangin ni ko leh wat lawak badut sarkas ko pulak ye. Siap kaki naik muka lak tu. Hahaha. Gebooz sambung lagi gomol gomol manja. Makin temper brader tu. Aku nengok dah lain macam hangin dia. Gebooz dok wat selamba badak dia lagi. Last last abah cinet pasrah. Terus dia mengaku kalah dan lari balik rumah. Boleh pulak si Gebooz kejo dia. Ko ni tak paham bahasa ke gemuk?