Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel #HourOfCode

#HourOfCode

Imej
#HourOfCode. Acara Hour of Code bermula sebagai pengenalan kepada Sains Komputer yang disampaikan dalam masa satu jam, ia bertujuan untuk menjadikan "kod" lebih mudah difahami, sesiapa sahaja dapat belajar asasnya dan juga untuk menggalakkan penyertaan dalam bidang Sains Komputer. Sejak Hour of Code dilaksanakan, ia telah menjadi satu usaha seluruh dunia untuk meraikan Sains Komputer, bermula dengan 1 jam aktiviti koding telah memperluas menjadi berbagai-bagai usaha masyarakat. Cubalah tutorial-tutorial dan aktiviti-aktiviti. Kempen yang bermula dari akar umbi ini disokong oleh lebih daripada 400 rakan kongsi dan 200,000 pendidik di seluruh dunia. Layari  https://hourofcode.com/my  untuk keterangan lanjut. Mula merancang di sini dengan membaca dan mengkaji panduan yang kami sediakan. Anda boleh menganjurkan Acara Hour of Code di sekolah anda atau dalam komuniti anda - seperti dalam sebuah kelab ekstrakurikulum, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan ataupun di tempat ker