Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Epson

Unboxing Series : Shopee - Epson L3150 Wireless Mobile Wifi Ink Tank Printer

Imej
Unboxing Series : Shopee - Epson L3150 Wireless Mobile Wifi Ink Tank Printer. Printer kat rumah dah uzur. Kebanyakan printer aku semuanya pakai ink tank. So. Walaupun ianya tahan lama, tapi bila sampai dah 3 - 4 tahun kualiti dia akan mula drop. Musim PKP ni susah pulak nak gi servis printer yang lama tu.  Alang-alang dah ubah satu rumah networking, aku fikir nak cari satu printer yang boleh sambung secara networking. Skrol punya skrol aku jumpa yang ni. Harga aku dapat RM699 tak termasuk penghantaran. Penghantaran dia caj RM14.10. Boleh buat ansuran bayar enam kali. Terus amik. Sampai aja terus eagerly bukak. Terus unboxing. Ikut aje manual dia untuk setting awal.  Memang terbaeekkk!!!! Bukan sahaja boleh networking secara wireless, malah boleh juga buat direct wifi print. Printer ni 3 in 1. Scan, Print dan Copy. Printer ni sangat ekonomi. Nak isi pun mudah. Isian dia pun mudah dengan teknologi nozzle spill free dan error free. Lain botol lain nozzle dia. Kalau isi tempat salah dia ta