Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UPSR 2016

Keputusan UPSR 2016 Diumum 17 November

Imej
Keputusan UPSR 2016 Diumum 17 November Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Khamis (17 Nov). Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2016 melalui mySMS 15888 yang diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 Nov. Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS itu calon perlu menaip UPSR angka giliran dan hantar SMS berkenaan ke 15888. Sejumlah 452,721 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#

Kertas BI UPSR Dipecah Kepada Dua Gred Mulai 2016 - Lembaga Peperiksaan

Imej
Kertas BI UPSR Dipecah Kepada Dua Gred Mulai 2016 - Lembaga Peperiksaan PUTRAJAYA, 28 Sept (Bernama) -- Kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pemahaman dan penilaian dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun depan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh. Beliau berkata pada UPSR sebelum ini, ujian pemahaman dan penilaian bagi subjek BI digabungkan sebagai satu gred sahaja dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) yang mempunyai dua gred. "Langkah mengasingkan gred pemahaman dan penilaian bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar," katanya dalam sidang media mengenai format baharu peperiksaan pusat UPSR 2016 di sini Isnin. Berikutan pengasingan ujian kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred mulai tahun depan berbanding hanya lima gred sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina SJK Tamil