Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Maulidur Rasul 2019

Maulidur Rasul 2019 : We are the champions!

Imej
Maulidur Rasul 2019 : We are the champions! Seawal jam 7 pagi ahli team dah sampai kat pusat kokurikulum. Hebat. Aku sampai lewat sikit. 7.30 pagi. Boleh sesak pulak kat beberapa tempat. Cilok jangan cerita la. Sori ya abam kakak kereta motor. A bit noti sikit pagi ni. Sampai pusat kokurikulum, nengok persiapan team. Setel. Baru naik ke atas. Punch lambat la hari ni. Lepak depan guard aje. Aku amik bideo aje. nanati bila dah siap baru letak. Alhamdulillah. Kali ni kami jadi johan. 5 sektor bergabung, semua sama seragam. You're the best! Tahniah pada semua. Terima kasih pada SPI atas penganjuran majlis dan SPK atas sarapan pagi.

Maulidur Rasul 2019 : Misi Pencarian Penyeragaman

Imej
Maulidur Rasul 2019 : Misi Pencarian Penyeragaman. Memang perkara paling susah bagi kami setiap tahun, 3 sektor bergabung dan kali ni 5 termasuk pejabat pengarah serta pejabat timbalan. Paling sulit rupanya nak cari baju lelaki yang sama terutama dalam jangka masa yang singkat. Tapi kami sambut juga. Dari Jakel ke Angsana dan akhirnya aku amik keputusan untuk turun Mini Kelantan di Kota Tinggi dan alhamdulillah dipermudahkan olehNya. TQ Kedai Kain Naim. Satu Mini Kelantan deme cari. Ayoh, Mama, Paksu semua dicontactnya. Hehehe. Samping kita cari yang sama dan diuruskan dengan baik oleh team SJQ. Final touch tiara dan songkok. Alhamdulillah. Kekangan setiap tahun berjaya kami atasi dengan baik. Tahun ni kontinjen kami sedondon segalanya.