Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara

Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara

Imej
Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara. Pelaksanaan Kempen #Standtogether Di Sekolah Seluruh Negara Dari 2 Hingga 6 April 2018. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group untuk menganjurkan kempen #STANDTOGETHER. Kempen ini merupakan satu inisiatif untuk menangani isu buli di sekolah dengan memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan serta mengamalkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid dan seluruh komuniti di sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif di bilik darjah, sekolah dan masyarakat. Beberapa aktiviti dan modul telah disediakan untuk rujukan pihak sekolah. AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN BERSEMPENA DENGAN KEMPEN #STANDTOGETHER ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, UNICEF MALAYSIA DAN R.AGE STAR MEDIA GROUP Apakah langkah yang perlu diambil? Daftarkan sekolah anda; Laksanakan aktiviti yang terdapat di https://www.standtogether.my