Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

PANDUAN PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015

Imej
PANDUAN PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015 Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2015 akan dibuka mulai 1 - 30 Oktober 2014.  Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh tidak lagi menggunakan capaian  http://public.moe.gov.my/ seperti tahun sebelumnya. Mulai tahun ini permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh menggunakan capaian di laman sesawang yang akan dimasukkan kelak. Berikut disertakan panduan pengisian : Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan 1 Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan 4 Berikut juga disertakan maklumat berkaitan pengambilan murid Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2015 untuk makluman semua pihak. PENGAMBILAN MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan

Imej
Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan Peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan. Kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. MELAKA, 29 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. "Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya

UPSR: Persediaan Peperiksaan Ulangan Lancar

Imej
UPSR: Persediaan Peperiksaan Ulangan Lancar Calon yang tidak hadir pada peperiksaan ulangan akan direkodkan sebagai 'T' iaitu 'Tidak Hadir' Kementerian Pendidikan berpuas hati persediaan yang dilakukan pihak sekolah bagi menghadapi peperiksaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas soalan yang bocor, Selasa dan pada 9 Okt ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata guru besar dan guru sekolah telah melakukan tugasan sewajarnya termasuk penyediaan bilik peperiksaan supaya calon dapat menduduki peperiksaan itu dengan baik dan selesa. "Saya dimaklumkan bahawa guru besar dan guru-guru ini juga memberi motivasi dan galakan kepada murid, melakukan pelbagai program untuk terus membantu calon," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lima sekolah di sekitar ibu negara. Bertujuan melihat persediaan sekolah dan murid untuk menghadapi peperiksaan ulangan itu, lawatan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan Jalan Bellam

K3G Perkenal Sistem Atas Talian Bantu Graduan Cari Pekerjaan

Imej
K3G Perkenal Sistem Atas Talian Bantu Graduan Cari Pekerjaan KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2014 (K3G) yang berakhir hari ini memperkenalkan sistem pangkalan data untuk membantu graduan mencari pekerjaan secara dalam talian. Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata graduan boleh mengakses laman web rasmi K3G di www.k3g.my bagi memuat naik resume mereka untuk perhatian bakal majikan. "Walaupun K3G 2014 telah berakhir, laman web rasmi K3G akan terus beroperasi dan boleh diakses oleh pengunjung yang mana agensi dan syarikat yang berminat menawarkan peluang pekerjaan, keusahawaan dan kemahiran boleh mendaftar dan graduan boleh memuat naik resume masing-masing," katanya. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPM, Datuk Prof Dr Roziah Omar di majlis penutup K3G di Universiti Malaya (UM) di sini Ahad. Dr Zaini berkata K3G merupakan program t

DDEC anjur Design Competition sempena Design Summit 3.0

Imej
DDEC anjur Design Competition sempena Design Summit 3.0 KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pusat Reka Bentuk Malaysia (DDEC) akan menganjurkan Design Competition sempena Design Summit 3.0 yang akan berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember ini. DDEC dalam satu kenyataan pada hari ini berkata Design Competition adalah khusus untuk menggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif, kreatif dan asli dalam bidang reka bentuk produk dan reka bentuk pembungkusan. Pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori iaitu Profesional, siswazah Universiti dan kolej serta pelajar Sekolah Menengah. Menurut kenyataan tersebut, untuk menyertai pertandingan ini, setiap kategori peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM100 (Profesional), RM50 (Universiti/Kolej) dan RM10 (pelajar Sekolah Menengah). Antara hadiah menarik yang bakal dimenangi adalah iMac berukuran 27 inci, iPad Mini dan Retina Display. Para pemenang akan diadili berdasarkan idea-idea ya

Edisi Purba : Yok ke pasar tani gelang patah

Imej
Edisi Purba : Yok ke pasar tani gelang patah. Sesaja jenjalan ke sini. suatu ketika dahulu. Sekarang dah tok leh gi lagi dah. Pasal ahad hari bekerja. Tinggal kenangan aje la.

Edisi Purba : Layan Kelantan Vs JDT dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 di San Restoren

Imej
Edisi Purba : Layan Kelantan Vs JDT dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 di San Restoren. Mesti ramai yang pelik kan bila aku ada entry layan bola cenggini kan. Dah la kat outdoor lak tu. Orang tak minat bola, layan bola outdoor gitu. Kekeke. Sebabnya. Mama beli ikan. Pastu anto restoren soh masakkan. Siap potong dua. Sebelah wat tiga rasa. Sebelah lagi wat kukus. Sesambil nunggu tu. Nak tak nak layan la kejap. Sambil ngunyah jeruk pak ali. Boleh gitu.

Bengkel Ethical Hacking & Penetration Testing JPN Johor bil.1/2014

Imej
Bengkel Ethical Hacking & Penetration Testing JPN Johor bil.1/2014. Hari ni kami berkumpul di Makmal Komputer Blok B untuk bengkel ni. Banyak juga tool yang diperkenalkan untuk digunakan dalam kerja harian. Ambil masa sikit untuk scan. Laptop aku. Hancur. Baru jalan sikit. Overheat. On balik. Overheat. So. Buat kat laptop lain yang lebih berupaya. Aku. Sesambil dok nengok. Setelkan manual untuk Dashboard Pengarah dan Flash Projek untuk kiosk kelak. Layan aje.

PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014

Imej
PROGRAM PEMUDAH CHALLENGE: BACK TO SCHOOL SEASON 3 2014 Program PEMUDAH Challenge: Back To School adalah satu program yang menawarkan penyertaan murid bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan sekolah contohnya bagi aspek seperti kebersihan, kemudahan dan prasarana, kantin, bahan pengajaran/pembelajaran. Program ini  dianjurkan oleh PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah. Anda boleh mendaftar masuk cadangan murid melalui url berikut : http://apps.moe.gov.my/smg/99/b2s/ Syarat dan Peraturan Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah tahun lima (5)  bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka,Negeri Sembilan dan Johor. Tempoh penyertaan: Mulai 25

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41-(MENENGAH) BIL 7/2014

Imej
SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41-(MENENGAH) BIL 7/2014 Sukacita dimaklumkan bahawa Penempatan Baharu Bagi Guru yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 boleh disemak di Portal KPM di ruangan aplikasi berkala atau klik bermula 29 September 2014 di url seperti berikut : http://apps.moe.gov.my/gsst/semakanOkt2014/ Guru yang berjaya diminta untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan. Harap maklum. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Layan Perodua Axia sesambil nunggu Uncle Best Fried Chicken

Imej
Layan Perodua Axia sesambil nunggu Uncle Best Fried Chicken. Tajuk punya la panjang habih. Sampai tak tau nak cerita apa dulu. Yang penting. Aku park sebelah gerai uncle best. Order. Gi bank. Layan jap axia yang aku rasa akan menggantikan viva. Bila masuk sama cam aku berada lam savvy ja. Hehehehe. Jangan maraa aaa ngan ayat aku tu, pasal tu la perasaan aku. Pastu gi balik ke uncle best untuk amik ayam. Tu pun masih lum tiba turn aku menunjukkan ramai orang yang juga menapau ayam dia. Read on...

Eating out @ Makan Spot, KIP Mart Tampoi

Imej
Eating out @ Makan Spot, KIP Mart Tampoi. Berenti makan jap. Macam best la pulak tempat ni kan.

Bersesak di Mom & Baby Expo @ Persada Johor, Johor Bahru

Imej
Bersesak di Mom & Baby Expo @ Persada Johor, Johor Bahru. Seriously. Memang lautan manusia tul sejak pagi lagi. Masuk parking persada. Dua kali tawaf. Dari tingkat bawah sampai la ke rooftop. Full. Keluar. Tawaf sekali lagi. Dapat la satu tempat kat luar. Jalan sebelah Persada tu. Jem toksah cerita. Sekali sampai depan persada. Patut la. Dua expo in one. Kat atasnya mom & baby, yang bawahnya PC Fair. Haiya... Memang sesak la leiii.. Yok kita teruskan penceritaan melalui foto...

Lama tak sarapan di Hutan Bandar, Johor Bahru

Imej
Lama tak sarapan di Hutan Bandar, Johor Bahru. Seriously. Dulu. Setiap pagi aku akan sarap kat sini. Biasanya around 6.45 am aku dah sampai sini. So. Sarap dulu. Baru gi masuk opis. Hari ni. Alang-alang nak ke persada. Singgah jap sini. Pekena roti canai. Read on.

Edisi purba : Berjimba-jimba di King's Hotel, Ayer Keroh, Melaka

Imej
Edisi purba : Berjimba-jimba di King's Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Ini kisah lama. Kisah kami sebelum ke taklimat pemantauan SPS. Layankan ajer la picas yang tak larat aku sendiri nak nengokkan nih.

Edisi Purba : Taklimat Pemantauan Pelaksanaan SPS di sekolah

Imej
Edisi Purba : Taklimat Pemantauan Pelaksanaan SPS di sekolah. Satu demi satu edisi purba naik. Ni cerita lama. Masa ni EPRD masih mengurusetiakan Pengintegrasian Data. So, kami ke BTPN Melaka untuk ditaklimatkan berkaitan pelaksanaan SPS di sekolah-sekolah. Browse through the photos.

Edisi purba : Taklimat Klik dengan Bijak SKMM JPN Johor

Imej
Edisi purba : Taklimat Klik dengan Bijak SKMM JPN Johor. Huih. Lama sungguh cerita kali ni. Tahun lepas punya cerita jugak ni. Layan ajer la kan foto-foto semasa taklimat.

ngohub.asia, Satu Platform Bagi NGO Dapat Dana Dan Merekrut Sukarelawan, Dilancarkan

Imej
ngohub.asia, Satu Platform Bagi NGO Dapat Dana Dan Merekrut Sukarelawan, Dilancarkan KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini dengan mudah boleh mendapatkan dana dan merekrut sukarelawan bagi kerja-kerja sosial dengan mendaftar sebagai sebahagian daripada platform online semua dalam satu yang pertama di Malaysia iaitu ngohub.asia. Pengasas bersama Ngohub.asia Raj Ridvan Singh berkata platform inovatif, yang pertama seumpamanya menawarkan penyelesaian komprehensif dengan menghubungkan badan bukan mengambil untung negara dalam talian bagi membolehkan mereka lebih senang diakses oleh penderma dan sukarelawan. "Dengan mendaftar dalam ngohub.asia, ia akan membantu NGO untuk mendigitalkan dan memprofilkan diri mereka kepada khalayak online yang lebih luas dan begitu juga maklumat mereka boleh dilihat orang ramai. "Sebaik menyertainya, mereka (NGO) boleh melibatkan dan mendapatkan sukarelawan menyertai usaha mereka, memohon geran dalam bent

Edisi Purba Samsung Galaxy Camera EK-GC100 Leather Case

Imej
Edisi Purba Samsung Galaxy Camera EK-GC100 Leather Case. Hehehe. Satu lagi edisi purba masuk. Ni masa aku memula terima leather case untuk galaxy camera aku. Bulan 8 tahun lepas. Susah nak cari jugak kat kedai kedai biasa. Jenuh pusing satu JB nak cari. Last-last beli kat lelong. Harga masa tu RM65. Kira OK la. Masa tu tak terbuka lagi hati nak pakai. Sebab aku pakai soft case yang juga aku beli kat lelong dengan harga RM40. So, lepas bingai kejap ituhari, hantar ke SC, balik terus aku tukar dari soft case kepada leather case ni. Sampai la ke la ni. Jom kita tengok aku unboxing the thingy.

BN Kekalkan Kerusi N01 DUN Pengkalan Kubor Dengan Majoriti Bertambah

Imej
BN Kekalkan Kerusi N01 DUN Pengkalan Kubor Dengan Majoriti Bertambah. Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan dengan majoriti 2,625 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Jumlah mengundi : 17,555 (73%) Undi Rosak : 230 Majoriti : 2,625 PRK itu diadakan susulan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Beriani Kambing for iftar

Imej
Beriani Kambing for iftar. Hmmm... kebetulan pulak. Tengah blank nak berbuka makan apa. Sekali ada pulak orang belanja makan beriani. Alhamdulillah. Terima kasih banyak atas juadah ni.

Heat Map using Flash CS6 Actionscript 2.0

Imej
Heat Map using Flash CS6 Actionscript 2.0. Macam yang aku cerita. Aku blank dalam seminggu dua ni. Samada nak pakai javascript atau flash. Pasal dah terbiasa ngan flash aku pilih flash. Dapat ja flash CS6 aku terus mula buat. Stuck. Last aku guna flash adalah CS2. Punya la jauh dia nyer version. Actionscript 3.0 memang jauh berbeza ngan Actionscript 2.0. Blank 2 hari. Semalam. Tetiba dapat jumpa jalan Actionscript 2.0 balik. Gamaknya gopoh sangat nak siap, langsung dah salah pilih fail pemula. OK. Setel bab tu. Masalah kedua. Kaedah nak buat heat map. First. Timeline in movie. Failure. Terlalu banyak movie menyebabkan actionscript tak dapat nak baca sehingga 3 lapis timeline movie in movie. Second. Try on selapis timeline. Failure jugak. Sebab map masing masing daerah so camner nak kaler ikut timeline. And lastly. 1 lapis 1 timeline Color changing object by query. Success. Setel part one. Sampai Iori pun dah keluar dok atas laptop ngan api biru dah menyala nyala di tangan dia. He

The all new Proton IRIZ

Imej
The all new Proton IRIZ. Boleh layan aaa.. Gambo share dari member. Maklumat lanjut layari  http://proton-edar.com.my/

MyCERT Alert - Banker Malware Targeting Malaysian Internet Banking User

Imej
MyCERT Alert - Banker Malware Targeting Malaysian Internet Banking User. Jangan guna apps berkaitan buat masa ini. Maybank2U and CIMB Clicks customers using Smartphones running on Android are targeted by cyber criminals. (1) The Zeus banking malware family is used to infect the user's (victim) computer, which injects modified fake contents or page while a user is browsing a legitimate online banking website. (2) The malware will then request for the victim's smartphone operating system and mobile number. (3) Then, the malware sends a malicious APK via SMS to the smartphone and infect the smart phone in order to establish callback with the attackers for further instructions. The complete advisory is published at our technical website http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2014/main/detail/1002/index.html

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor - Ceramah Bulanan "Lambaian Haji dan Ibadah Korban"

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor - Ceramah Bulanan "Lambaian Haji dan Ibadah Korban". Dijalankan pagi tadi bertempat di Dewan Seminar JPN Johor. Penceramah. Ustaz Mahmood bin Kassim.

Handphone kertas adik inaz

Imej
Handphone kertas adik inaz. Semalam. Terperasan benda ni atas meja kerja kebudaks ni. Adik inaz punya kerja ni. Ni menunjukkan keinginannya yang amat sangat dengan handphone. Tu lah budak sekarang. Tapi respek sebab dia cuba buat sendiri apa yang dia hendak. Mesti berangan masa main ni. Tapi. Still bukan masanya ya adik inaz.

Program Pemantapan Usahawan Kecil anjuran Kolej Komuniti Pasir Gudang

Imej
Program Pemantapan Usahawan Kecil anjuran Kolej Komuniti Pasir Gudang. Sekadar memanjangkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai. Program Pemantapan Usahawan Kecil adalah dijalankan seperti ketetapan berikut : Tarikh   : 14-17 oktober 2014 (4 hari) Masa     : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Kolej Komuniti Pasir Gudang Yuran    : RM 120.00 (makanan disediakan) Kandungan Kursus :   Bantuan / pembiayaan (SME BANK)   Pemasaran melalui internet (MyIKS2u.com)   Pembungkusan dan pelabelan (TEGS ASIA COMPANY) Jika berminat, sila hadir ke kolej membuat pembayaran awal. Terhad untuk 25 orang sahaja dan didahulukan kepada sesiapa yang membuat pembayaran. Maklumat lanjut boleh berurusan dengan N.Suzana M.Lela di talian 07-2526214 @ 012-7160480 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Pengumuman Rasmi Hari Raya Aidiladha 2014

Imej
Pengumuman Rasmi Hari Raya Aidiladha 2014 di Malaysia. Menerusi pengumuman oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad, 5 Oktober 2014. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!