Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Modul Pengurusan Sekolah

Bengkel Verifikasi Data Rasmi Modul Pengurusan Sekolah Januari 2018

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi Modul Pengurusan Sekolah Januari 2018. Kami berkumpul di SK Seri Intan untuk sesi verifikasi Data Rasmi Januari semalam untuk data 30 Januari 2018. Kali ni kita buat kelainan sikit. Instead of verifikasi sahaja, kali ni kami mulakan semula dengan sesi pembelajaran Microsoft Access semula. Aku rasa dah makin kurang pendedahan dan penggunaan di kalangan guru dan pegawai sendiri sejak kami mula guna r-emis secara atas talian. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan baik sepanjang bengkel. Memang nampak ketara tahap pengetahuan Access yang semakin menurun. Nak salahkan sistem online tak boleh jugak, cuma ianya menyebabkan kebergantungan melampau pada sistem online semata-mata. Aku harap dengan pendedahan berterusan selepas ni, pegawai dan guru di daerah akan lebih mantap dalam mengurus dan menganalisis data masing-masing dan bukannya hanya berharap pada traffic light. Terima kasih pada PPD Kluang dan SK Seri Intan selaku tuan rumah kali ni. Memang marbel

Pembersihan Ralat Modul Pengurusan Sekolah Negeri Johor kutipan Oktober 2017

Imej
Pembersihan Ralat Modul Pengurusan Sekolah Negeri Johor kutipan Oktober 2017. Hari ni seharian dengan Mustakim menyemak data yang bakal kami masukkan dalam siri verifikasi kali ni. Lebih banyak ralat kesahan yang akan kami semak, selaras dengan memastikan data yang lebih berkualiti, sahih dan terkini dapat dihasilkan. Dalam pengurusan data, tidak boleh rasa rasa, kena pasti; ikut pekeliling dan punca kuasa sedia ada. Setiap kekhilafan yang kita buat akan memberi kesan yang besar bagi keputusan yang bakal dibuat diperingkat yang lebih tinggi. Mulai bulan lepas kami dah mula keluarkan TOV dan hasil akhir secara infografik. Lebih jelas dan mudah difahami. Cuma bulan ni, satu lagi KPI baharu kami masukkan. Pengesahan atas talian menerusi Modul Pengurusan Sekolah. Secara mudah, berikut adalah KPI yang perlu dicapai oleh semua sekolah. KPI 1 : 100% pembersihan ralat S01 - S03 KPI 2 : Penurunan minima 30% pembersihan ralat S04 - S11 KPI 3 : 100% pengesahan data rasmi menerusi modul

Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor Bil.5/2015

Imej
Bengkel Verifikasi Data Modul Pengurusan Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah JPN Johor Bil.5/2015. Alhamdulillah. Selesai jugak. A bit pack pasal buat sehari aje. 30 Julai ituhari. Dengan masalah yang ada. Memang ambik sedikit masa la. Apapun. Terima kasih kerana turut serta menyelesaikannya. TQ juga tuan rumah, SMK Bandar Baru Uda for the place.

Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 3

Imej
Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 3. Alhamdulillah. Selesai sudah sesi perbengkelan. Kami dah murnikan sedikit SOP dan utiliti semakan ralat EMIS yang baharu. Harap rakan-rakan di zon lain akan membantu membuat penambahbaikan lagi dalam membantu memartabatkan pengurusan data di sekolah kelak.

Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 2

Imej
Bengkel Verifikasi Data dan Maklumat Modul Pengurusan Guru, Murid dan Sekolah Zon Selatan 2015 - Day 2. Penumpuan hari kedua lebih kepada bidang kerja masing-masing. Bagi kami, sebagai urusetia dan pemegang Modul Pengurusan Sekolah; bengkel dimulakan dengan pemurnian SOP. Walau target asal, selesai jam 10.00 pagi; tapi terpaksa didrag sampai jam 1.00pm. Sebelah petang baru dapat beri tumpuan pada query-query yang khusus bagi penyemakan dan menentusah bagi data dan maklumat bagi modul pengurusan sekolah.

Full revised - Bengkel kerja Pengoperasian Modul Pengurusan Sekolah

Imej
Full revised - Bengkel kerja Pengoperasian Modul Pengurusan Sekolah. Selesai bengkel hari ni dengan beberapa ketetapan. Audit data on. Pemantauan KIV sehingga perbincangan bersama 3 sektor. Bengkel Pengurusan SPS untuk GDM dan Bengkel Verifikasi. Kena buat pemurnian sesikit lagi untuk selaras dengan ISO. Hope for the best.

Live blogging - Bengkel kerja Pengoperasian Modul Pengurusan Sekolah

Imej
Live blogging - Bengkel kerja Pengoperasian Modul Pengurusan Sekolah