Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Raja Muda Kedah Dimasyhur Sultan Kedah Yang Baharu

Raja Muda Kedah Dimasyhur Sultan Kedah Yang Baharu

Imej
Raja Muda Kedah Dimasyhur Sultan Kedah Yang Baharu. Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit di sini hari ini setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja. Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang semalam di istana tersebut. Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah adalah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan. Setelah dimasyhurkan, Pengelola Bijaya DirajaKetua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudiannya menghadap Tunku Sallehuddin untuk mengiringi baginda ke singgahsana yang terletak di Dewan Penghadapan. Syed Unan kemudiannya