Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bawang Team

Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua

Imej
Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua. Kalau nak pergi ke masjid Ali Sengeh selalu berjalan sedikit memutar. Tujuannya, pertama, tentu sekali sunnah. Kedua, Ali Sengeh memang sengaja nak lalu depan rumah Bang Dol Misai Kucen. Bang Dol Misai Kucen adalah jiran Ali Sengeh yang terdekat. Bukan pasal riya', tapi berharap ada syiar. Agaknya kalau selalu melihat orang ke masjid, hati Bang Dol Misai Kucen mungkin akan tersentuh dan kemudian jadi mahu ke masjid juga. "Bang Dol, jom..!" jerit Ali Sengeh sambil melambaikan tangan ke arah Bang Dol Misai Kucen. Bang Dol Misai Kucen sedikit rimas. Berlengas pulak rasanya dengar suara Ali Sengeh. "Jom la kita ke masjid sama.." tambah Ali Sengeh mengajak sambil senyum. "Kalau kau nak ke masjid, tak payah la ngajak-ngajak. Nanti beritahu ustaz, kalau nak ceramah di masjid, pakai speaker dalam, jangan suka nyindir boleh tak..? nak solat atau tak, ikut suka orang la." jawab Bang Dol Misai Kucen. Al

Bawang Team : Kereta Pancit

Imej
Bawang Team : Kereta Pancit. Hehehe. Tetiba ja rasa teruja nengokkan plat kereta tertinggi berjaya dikutip semalam. Pergghhh. Dari dulu lagi sebenarnya aku heran dengan benda ni. Selalunya. Kalau keluar ja berita pasal ni, mesti aku gatai nak search pasal pemenang dia. Saja ja. Permintaan yang menyebabkan harga boleh naik setinggi tu. Pelikkan. Kalau ikut ja running number tu dapat aje naik kenderaan tu. Sampai kekadang. Harga plat lagi mahal dari kenderaan. Hehehe. Lama pulak tak membawang teringat pulak cerita pasal kereta ni. Pada satu hari, ada la sorang orang berduit ni memandu kereta mewahnya. Tiba-tiba tayar keretanya pancit sebelah Hospital Orang Gila Tanjung Rambutan. Dia pun berentikan kereta itu dan keluar untuk check apa yang rosak. Sekali tengok. Tayar pancit. Dia pun ambil tayar spare. Sekali nengok tayar spare takde nat la pulak untuk pasang. Bengkel kereta yang paling dekat 3km dari situ. Tengah dia dok termenung fikir dan keliru, dia ternampak ada orang gila dalam

Bawang Team : LIMA

Imej
Bawang Team : LIMA. Apa agaknya reaksi kita kalau tetiba dituduh? Gabra? Ada member yang share pasal kena tuduh. Yok kita baca. Kelmarin saya dan anak saya beli barang keperluan bulan puasa di sebuah supermarket. Semasa berbaris kt kaunter untuk membuat bayaran, di depan saya tu ada seorang nyonya tapi dressingnya mmg nampak mcm org kaya, sangattt. Bila sampai turn dia untuk buat bayaran, saya tengok dia sedikit gelabah, rupanyanya dompet duit dia hilang, dgn tiba tiba dia menuduh saya yg telah mencuri dompet nya. Saya katalah yg saya tak nampak pun beg nyonya. Maka terjadilah suatu pertengkaran kecil di kaunter tersebut & menyebabkan security dekat situ datang campur tangan, saya pun bagitau dekat nyonya tu dan security tu yang saya bekerja sebagai seorang penjawat awam, saya tak buat kerja mencuri ni.. Dia perkenalkan diri dia, saya bini David Lim Ah Man, Pengerusi sebuah kilang Antarabangsa. saya katalah.. saya peduli apa lu sapa pun, saya tak takut pun sbb saya tak me

Bawang Team : Esok puasa

Imej
Bawang Team : Esok puasa. Sempat ;agi aku membawang jap pagi ni. Memandangkan esok dah puasa maka aku singgah gerai tepi jalan ni tapau sarap. Makan ayam masak cili api la kan. Baru show. Sesambil ngorek rahsia kewujudan pasar ramadan gelang patah yang masih misteri. A : Esok meniaga kat mana kak? P : Meniaga macam biasalah. Kat sini. A : Petang? P : Tak. Pagi macam biasa la. A : Ada orang beli? P : Ada. Ramai. Cina, India yang kerja Singapore. Ala. Melayu pun ramai dik. Opppss. (Stop right there). Akak tu pun macam tak berani nak teruskan dah bila nengok memek muka aku yang berbeza sikit tu. Nak kata apa ya. Bagi aku penguatkuasa ni adalah dari diri kita sendiri. Tak perlu nak tunggu penguatkuasa datang. Cukup ke idak itu bukan masalahnya kalau kita sendiri dapat mengekang diri kta sendiri. Ni tak. Salahkan orang itu, salahkan orang ini. Diri sendiri pernah cermin? Teguran ni juga termaktub pada diri aku jugak. Bukannya perfect sangat pun. Cuma saling mengingat.

Bawang Team : KUIH ORANG KITA!!

Imej
Bawang Team : KUIH ORANG KITA!! Pagi ni dapat citer bawang lagi dari member. Hmmm. Samada betul atau tidak, yok kita layan kisah ini. "Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora. "Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu. "50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji." Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning. "50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu. "Ye ke ni cik?" tanya Nora semula. "Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik. Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6

Bawang Team : HARGA MASA

Imej
Bawang Team : HARGA MASA. Tadi balik. Sempat aku lepak ngan kebudaks jantan berdua ni. Jap ja masa berlalu. Ajak deme gi kedai. Dapat la ngepau aiskrim, jajan dan roti. Balik sambung lepak depan rumah. Jap ja masa bergerak kan. Dulu iqi tu besar ici je. La ni dah 8 tahun. Seronok nengok pakat makan jajan ngan aiskrim. Try noti toksah cerita la kan. Sesambil tu teringat satu cerita yang agak glamer pasal masa ni. Yok layan. Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayahnya. Anak: Ayah. Ayah. Boleh Amin tanya satu soalan? Ayah: Hmmm. nak tanya apa? Anak: Ayah. Berapa gaji ayah sejam di pejabat? Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking. Anak: Amin saja nak tahu. Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya. Ayah: 20 ringgit sejam. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Bawang Team : JOM BERLAGAK SEPERTI ORANG KAYA!!

Imej
Bawang Team : JOM BERLAGAK  SEPERTI  ORANG  KAYA!! Actually gambo ni takde kena mengena sangat dengan tajuk yang over All Caps tu. Pagi tadi sekali bendahari kehormat boleh datang daa. Sib baik SU takde. Kui kui kui. Ni la asal nak create logo bagai untuk bawang team tu. Actually. Aku nak gunakan Bawang Team ni untuk sebar benda yang nampak macam membawang sikit, tapi ada faedah pada semua. Tu lah. Masa dok lepak masa lunch tadi tetiba ada geng membawang lain share some thought yang bagi aku sangat best. Yok kita layan. ps : abis la boss ngan bendahari jadi model first pakai logo membawang ni. sikit sori dan pasti share. Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni : 1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat. 2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan mi

Bawang Team is coming!

Imej
Bawang Team is coming! Semalam kita dok borak borak aje sebelum balik. Paginya yang si mus sibuk berposing bagai tu. Hari ni aku melantak sup mushroom aje masa lunch. Tetiba aje idea sudah mari. Jap aje kita contiang. Siap ada bersi kaler sama black and white selaras dengan #kitapilihhitam. Layan jangan tak layan. Yok bos! Bawang Team is ready!