BIASISWA SULTAN IBRAHIM


BIASISWA SULTAN IBRAHIM. Berikut merupakan maklumat AM berkaitan BIASISWA SULTAN IBRAHIM. Tawaran permohonan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan YPJ. Kelulusan / Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar YPJ dari semasa ke semasa. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

PERMOHONAN KINI DIBUKA 11 MAC SEHINGGA 11 APRIL 2018

SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  7. Pengajian adalah sepenuh masa
  8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  9. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat (bagi yang sedang berkhidmat tetapi mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 4,000 dengan tanggungan 3 orang dan ke atas akan dipertimbangkan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang masih belum bekerja)

SYARAT KHUSUS AKADEMIK

Peringkat Ijazah Sarjana (Master)

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah (PhD)

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT
  • Sekiranya pemohon (Master/PhD) tidak memenuhi syarat khusus akademik yang dinyatakan di atas, pemohon boleh mengemukakan keputusan peperiksaan terkini dengan syarat PNGK 3.75 ke atas/ kelas pertama.

BIDANG TAJAAN

  1. Sains Kesihatan
  2. Sains Sosial
  3. Sastera
  4. Sains Tulen
  5. Kejuruteraan

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Penerima biasiswa hendaklah memperolehi keputusan penuh peperiksaan di akhir semester dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara.  Sekiranya pelajar gagal memenuhi keputusan seperti yang  telah ditetapkan, biasiswa tersebut akan di ubah kepada skim pinjaman pelajaran dimana pelajar akan dikenakan bayaran balik mengikut jumlah biasiswa yang telah diterima.

BERMINAT??
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
MUAT TURUN GARIS PANDUAN PERMOHONAN     

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam