Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Meronda Kulai

Imej
Meronda Kulai. Hadir ke majlis en Azhar kat Senai Utama. Memang meriah. Tahniah dapat menantu. Hensem bertanjak. Dah lajak sini langsung lajak ke JPO. Meronda sama sempena merdeka. Aku meronda kerusi ja. Sempat layan kebudaks tapau belon. Balik singgah Tajri. Sesekali makan kat luar sesama. Yummy.

Salam Maal Hijrah 1441H : Doa Akhir dan Awal Tahun

Imej
Salam Maal Hijrah 1441H : Doa Akhir dan Awal Tahun. Semoga Allah menerima doa kita semua. ~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~  (Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib)  Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai

Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Sambutan Hari Kebangsaan 2019. Seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai di Tadika. Daftar kehadiran dan dapat nombor. 007 tau. Nombor maktab mama dulu ni. Semua murid berkumpul dulu sementara menunggu program bermula. Program dimulakan dengan nyanyian dan upacara menaikkan bendera. Selepas selesai ucapan daripada pengerusi tadika dan perasmi, semua bergerak ke tempat pelepasan. Semua murid akan berlari ditemani penjaga. Ici akan berlari dengan Iqa. Dapat nombor 11 tau. Bukan main-main ni walau iqa cakap banyak kali jatuh masa lari tadi. Hehehe. Selepas makan sarapan yang disediakan semua bergerak pulang.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2019

Imej
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2019 kepada semua pengunjung blog. Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih! Bersama kita hidup berbilang bangsa dalam keadaan harmoni, seia sekata, bersatu dan kasih pada negara. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

STF Band @ Iskandar Puteri Food Fiesta, Puteri Harbour

Imej
STF Band @ Iskandar Puteri Food Fiesta, Puteri Harbour. Gerak ke Puteri Harbour lepas maghrib. ada persembahan daripada STF Band bermula jam 8.30 malam di sini. Sampai aje terus park kat parking awam berdepan Hotel Jen. Park yang paling dekat nak ke Puteri Harbour. TQ pada semua Rela yang bertugas malam ni. Senang kami nak bergerak. Jalan sikit ke lokasi persembahan. Sampai aje dah mula. Tengok ada tempat kosong terus masuk ke dalam. Rakam sikit-sikit sambil menghayati persembahan. Selesai persembahan around 9.15 malam. Meronda jap kawasan food truck kat situ. Orang memang mulai ramai. Sementara tu kami lepak kat tepi jeti. Bagi can iqa bersama rakan-rakan dia sebelum gerak balik.

Meronda Jemaat : Johor Bahru

Imej
Meronda Jemaat : Johor Bahru. Merata meronda hari ni. Pendas cari hasil laut segar. Singgah tanjung kupang beli rempah soto. Berenti lepak jap kat R&R Gelang Patah. Kalau dulu ni la tempat utama kalau rasa nak makan KFC. La ni. Sampai dua KFC dah ada kat pekan Gelang Patah aje. Singgah jap kat gerai buah beli stok. Lepas jemaat jam yang dinanti kebudak ici dan iqi akhirnya sampai. Yeahhh! Suka tul dedua budak tu. Sambung ke Tampoi beli ration iqa siap-siap. Nanti cuti tutup masa nak ngantor dia balik ke STF. Tak lupa ke Jakel beli kain diaorang nak buat banner untuk junior PT3. Sesambil meronda kawasan luo beli barang tambah lemak. Tak sangka jumpa ex-student kat Al-Ikhlas Gadget masa beli aksesori henpon. Layan.

Leman Miko : Sakat

Imej
Leman Miko : Sakat. Tengah dia lepak aku main robot si iqi. Kakaka. Marah nampak si Leman ni. Siap terajang wooo... Jeling tak puas hati weh!

Selamat Tinggal SPMICT

Imej
Selamat Tinggal SPMICT. Hari ni aku pakai baju EKSA. Lama tak pakai. Bukan aku sahaja tapi kesemua staf SPMICT. Hari last kami bersama as SPMICT. Selepas ni akan dikenali sebagai SPM sahaja. Target hari ni SPMICT Blok A harus dikosongkan untuk memberi laluan kepada sektor lain. Kami berempat sahaja yang ada di Blok A actually. Kami semua dah bertukar portfolio dan akan bergerak ke tempat lain. Team teknikal memang dah berada di Blok B yang akan beroperasi sepenuhnya untuk SPM. Tugas mesti diclearkan secepat mungkin bagi memastikan proses mengemaskini Blok B dan peralatan ICT untuk lain-lain sektor dapat diuruskan segera selepas itu. Alhamdulillah. Jam 10 pagi kami dah kosongkan lokasi kami di Blok A. Sempat berposing bersama barangan akhir yang dipindahkan. Tinggallah nostalgia di sini. Dari 2012 aku dok kat bilik ni. Macam baru masuk semalam aje kan. Tengah hari kami semua dah beroperasi penuh kat blok B. Amik iqa di STF waktu lunch dan duduk jap sementara di sini macam biasa seb

Leman Miko : 20190828 Lepak

Imej
Leman Miko : 20190828 Lepak. Perghhh! Cantik je muka dia lepak tempat kitaorang lepak layan muvi ye. Biasa ni. Ngan muka kontrol comel, ekor kontot dia tak reti cover aurat tul. Kekeke. Memang rasa nak smackdown je ni.

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020

Imej
PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020 dibuka mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019. Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut : Tingkatan 1 : https://sst1.moe.gov.my/ Tingkatan 4 : https://sst4.moe.gov.my/ --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Perbincangan Teknikal Cashless @ Johor

Imej
Perbincangan Teknikal Cashless @ Johor. Sedikit perbincangan berkenaan teknikal bersama dengan wakil syarikat. Kita tunggu running pilot on Oktober. All the best! Sempat en firdaus posing last bersama wallpaper yang bakal tinggal kenangan terindah.

Baju Korporat Survey @ Jakel

Imej
Baju Korporat Survey @ Jakel. Lepas bengkel tadi ada si Roslan cerita pasal Jakel pun ada buat tempahan untuk baju korporat. Selesai bengkel, masa lunch kami gerak ke sana. Kalau OK boleh la mula tempah untuk diri sendiri kan. Aku yang ada dua pasang pun dah mula berbulu pasal asyik ulang pakai aje setiap minggu. Sampai. Manager takde. Solat jap. Kami tunggu jap kat luar. Datang pulak si Mawi ni nyanyi depan kitaorang. Dulu dia dikenali sebagai Awie kat Angsana. Selalu nyanyi depan kedai kaset tu. Alhamdulillah. Dalam 1.30 manager dah ada. So. Kami gerak ke atas untuk perbincangan awal. Dia amik tempahan untuk 100 pasang ke atas. Hmmm.. Baru tengok material dan nak tanya harga, dia dah kena cari orang lain pulak. Tunggu lagi. Dah sampai 1.45 pm masih lum sampai. Gerak aje la tinggal. Nak buat camne dah nak masuk kerja. Haisshhh. Takde rezeki gamaknya.

Lunch @ Azinur, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Lunch @ Azinur, Taman Ungku Tun Aminah. Sepagi dok menumpu bab fungsi baharu. Tengah hari ni memang si Mustakim buat spoil. Ajak lunch kat Azinur la pulak. Dah barai puasa aku kakaka. Makan macam biasa cuma si mus gatai tambah kepala ikan. Masak dia nak ngabihkan sebeso tu sensorang. Balik. Sambung riki dan rancang bilik.

Bengkel Kerja Penyelenggaraan ICT Sekolah Johor 2019

Imej
Bengkel Kerja Penyelenggaraan ICT Sekolah Johor 2019. Bengkel kerja terakhir bersama semua team PPP ICT. Alhamdulillah. Semua dokumen berkaitan berjaya diuruskan untuk semua daerah di negeri Johor. Terima kasih pada team F atas sedikit majlis di penghujung bengkel. Semoga kerjasama dan hubungan erat ini berkekalan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negeri Johor.

Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019

Imej
Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2019. Alhamdulillah. Kini tiba giliran bagi semua pegawai dan AKP, selain Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mana telah selesai minggu sebelumnya. Selesai semua arahan penempatan untuk semua pegawai dan AKP bagi Sektor Pengurusan Maklumat. Kebanyakannya kekal di tempat dan portfolio yang sama. Teruskan kecemerlangan.

Bengkel Technology Update bagi Projek Talian 2*2Gbps Pusat Data Enstek Bil.2/2019

Imej
Bengkel Technology Update bagi Projek Talian 2*2Gbps Pusat Data Enstek Bil.2/2019. Bengkel bilangan 2 ni dijalankan di Johor bertempat di Hotel Jen, Iskandar Puteri. Walau pada asalnya nama aku yang tercalon, tapi bagi mengurangkan kadar kecairan maklumat; aku suruh en Firdaus yang hadir memandangkan aku sendiri pun dah bertukar portfolio. Hari last Ahad lepas, en Firdaus ajak aku hadir sama semasa penutup. Dapat la beramah mesra bersama team BPM KPM. Terima kasih atas kesudian melaksanakan siri bengkel ini di Johor.

Walimatul Urus : Atika & Arif

Imej
Walimatul Urus : Atika & Arif. Wawasan 2. Best pulak makan daging black pepper ni. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua pasangan mempelai, Atika & Arif. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019

Imej
Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019. Hari ni bawak budak gi program kecemerlangan matematik kat SMK Taman Tun Aminah ngan mama. Anjuran PPDJB dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Dua cikgu, lapan budak. Sampai aje dah jumpa rakan-rakan lama kat sini. Ni la dia kebudak math UTM satu batch satu ketika dulu. Si Nizam pun ada sekali. Kakaka. Dah jadi majlis reunion ke gapo ni. Si Maini jadi fasi. Last aku jumpa berdepan masa dia masih kat Sains Sabah. Masa tu dia jadi cikgu data. Yang lelain tu memang la selalu jumpa pasal semua kat skudai aje. Layan... Belajo kat skudai, ngaja kat skudai, program pun kat skudai. haisshhhh... tak berkembang tul. Hahahaha

Sekolah Tun Fatimah : 20190823 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190823 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap McD. Nak extra spicy punya pasal masuk order kat dalam. Nunggu la setengah jam. Dah lain tul rupa dia rupanya. Asyik dok drive thru aje selama ni kan. Sampai STF kami lepak kat cafe. Hmmm. Leh tahan jugak la rasa dia. makan sambil borak pasal pelajaran. Balik. Hmmm... Paham-paham aje la.

Meronda Jumaat : Gelang Patah

Imej
Meronda Jumaat : Gelang Patah. Meronda macam biasa hari cuti. Belanja bulan dulu di Mydin Anjung Nusajaya. Tenang bila gi seawal pagi gini. Setel jap ja. Terus gerak ke Pendas Laut. Nengok la apa rezeki yang ada. Singgah jap kat Restoran Nelayan pekena roti canai sebelum pulang.

Leman Miko : Mengucing

Imej
Leman Miko : Mengucing. La ni dia suka lepak depan pintu. Nak minta keluar la tu. Meronda kampung. Abis semua kena sesah kat luar sana. Paling selalu, Tumirin la. Pantang tul nengok menatang lain. Kucen. Ayam. Semua dia kejo. Dapat siap la. Dia tak mencakar. Dia gigit je. Haisssh!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Hari ni perhimpunan diurusetiakan oleh SJQ. Last before penstrukturan. Meriah. Tahniah atas penganjuran yang gilang gemilang ini. Selesai perhimpunan, satu majlis taklimat ringkas disampaikan pada semua Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor berkaitan penstrukturan baharu sebelum majlis penyerahan surat arahan penempatan (AP) baharu disampaikan. Alhamdulillah. Selesai segala persoalan selama ini. Seramai 83 orang fasa pertama selesai disampaikan AP. Kami bertiga daripada SPMICT masing-masing mengorak langkah ke lokasi baharu. Aku ke Perancangan, Mustakim ke Menengah dan Adi ke Murid. Minggu depan akan sibuklah kami dengan urusan serah tugas dan mengosongkan ruang kerja. Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan selama ini pada Sektor Pengurusan Maklumat. Semoga terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih juga pada team SPM yang masi

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 4 Ogos. Isi semula on 22 Ogos 2019. Shell Jalan Tun Razak. Hasil RM81.06 for 528.5 km melibatkan 38.97 l minyak. 19 hari. Layan.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 3 Ogos. Isi semula on 21 Ogos. Petronas Taman Nusa Perintis. Hasil RM72.18 for 357.6 km melibatkan 34.703 l minyak. 19 hari.

A simple makan-makan @ Zaituna

Imej
A simple makan-makan @ Zaituna. Hari ni ada bengkel khas dengan team ICT daerah. Uruskan dokumen untuk penyelenggaraan ICT sekolah. Datang macam biasa. Sekali satu kawasan takde elektrik. Alamak. Dah tokleh wat pape. Duduk aje la kat Galeria. Bincang-bincang pun semua buat kat sini sementara menantikan bekalan ada semula untuk kawasan Larkin ni. Alhamdulillah. Jam 9 masalah diselesaikan. TQ TNB. Uruskan dulu kerja tertangguh di pejabat sebelum join bengkel. Tengah hari kita ke Zaituna. Kongsi rezeki sikit makan-makan nasi arab. Last bengkel bersama dengan team ICT sebelum masing-masing bertebaran ke posisi baharu. Terima kasih semua. Sentiasa memberikan komitmen terbaik selama kita berurusan sampai ke hujung.

Program GENIUS Negara : Permohonan dibuka

Imej
Program GENIUS Negara : Permohonan dibuka sehingga 30 September 2019. Keputusan akan dikeluarkan pada November 2019. Muat turun borang dan senarai pusat melalui pautan diberikan. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang berdekatan dengan anda. Borang permohonan dan senarai semakan: Muat turun Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN): Muat turun

Walimatul Urus : Afilah & Adham

Imej
Walimatul Urus : Afilah & Adham. Majlis Kak Lela. Sakan bersama ahli keluarga kat sini. Sempat la mama dan pak ngah nyanyi selagu sebelum gi ngantor iqa ke STF. Sempat bermain ngan app kamera. Nampak no cam takde keje kan. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua pasangan mempelai, Afilah & Adham. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Permohonan Murid Berkeperluan Khas Tingkatan 1 Hingga 4 Ke Vokasional Ambilan 2020

Imej
Permohonan Murid Berkeperluan Khas Tingkatan 1 Hingga 4 Ke Vokasional Ambilan 2020. Permohonan MBK Ke Tingkatan 1 & 4 di SMKPK, SMPKV & KV Keningau Sabah ambilan 2020 melalui https://epkhas.moe.gov.my dibuka mulai 19 Ogos hingga 19 September 2019. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019

Imej
Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019 merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi/produk menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Malaysia sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data lain. Penganjuran Hackathon ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Malaysia. Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Penyertaan adalah percuma dan terbuka dan kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dihadkan kepada dua (2) hingga lima (5) orang sahaja. Penyertaan adalah secara dalam talian terbuka kepada tiga (3) kategori iaitu: - Kategori 1 : Sektor Awam - Kategori 2 : Universiti dan Industri - Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah Penggunaan set Data Terbuka daripada Portal Data Terbuka

Leman Miko : 20190816 Bebas

Imej
Leman Miko : 20190816 Bebas. Saja buka semua tingkap dan pintu luas-luas. Suka si Leman. Dia keluar ikut pintu, masuk ikut tingkap. Bebas tul hari ni. Meronda seharian. Petang. Dia terpaksa tunggu depan pintu sebab semua tingkap dah tutup. Merayap lagi sampai ke maghrib.

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020)

Imej
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan biasiswa kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Jepun di bawah program SDGs Global Leader (JFY2020).         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my . Bersama-sama ini disertakan salinan surat edaran JPA bertarikh 8 Ogos 2019 seperti di lampiran untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut. a. Surat edaran b. Maklumat Am Program c. Universiti disaran d. Borang permohonan e. Borang perakuan Permohonan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan,

Gunting @ Ravi

Imej
Gunting @ Ravi. Layan. 3 jejaka dalam misi memendekkan rambut yang dah lebat.

PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik.  Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.

Percutian bandar

Imej
Percutian bandar. Hari ni kami meronda bandar aje la kan. Dah nama pun cuti sekolah. Nak balik kedah takde rezeki, ke bandar je la kita. Kita mulakan dengan tempat yang dah lama tak gi. Perpustakaan Awam. Dulu memang setiap minggu kita akan gi. Bila masuk zaman kebudaks ni amik periksa semua terberenti jap. La ni kita kembali. Dah banyak sangat perubahan ni. Apapun. kita renew semula keahlian. Hahaha. Dari kanak-kanak iqa dah diupgrade ke remaja. Kawasan kanak-kanak dah pindah belakang sikit. Tempat lama dia jadi pusat STEM. Menarik beb. Sambung jenjalan ke Petrosains pulak. Layan beberapa game baharu. Selesai kat sini kami gerak ke Sogo. Baru berkesempatan. Lunch special pasal mama nak belanja pulak. TQ mama. Layan. Pastu sambung jenjalan lagi. Leh tahan juga tempat ni. Cuma, feel Sogo KL tetap tak sampai. Huhuhu. Keluar park. Pelik apsal scan tak lepas aje ni. Call servis. Kena insert bang. Alamak. Memang sangat ketara kawasan scan berbanding kawasan insert tu. Tetambah pulak se

Big Bowl Ice Gelang Patah

Imej
Big Bowl Ice Gelang Patah. Singgah jap sebelah petang. Janji dari dolu dolu, baru sekarang sampai. Dia bagi menu dan kertas pesanan. Duduk la kami meneliti menu dan jot down pilihan hati. Amik 4 item, Mango, Durian, Wafel dan Sausage. RM50++ juga. Rasa memang boleh tahan. Aku tak tahan bau derian tu. Mango siap ada slice mangga. Derian siap dihiasi hirisan ice derian. Layan kebudaks jantan berdua ni. Angah ngan mama makan wafel. Terus ngimbau kenangan makan wafel kat Alamanda dan tanya bila nak gi lagi sana. At last. Sosej. Sampai tak cukup. K. Done janji.

Yok Main Air

Imej
Yok Main Air. Raya kedua. Isnin. Tuntut janji hari tu. Kata hari isnin masa cuti sekolah boleh mandi pool. Pepagi lagi dah tuntut. k. Tolong pam ye. Berebut nak pam dengan abang dia. Sesambil nunggu sempat hapdet ios latest untuk iPad. Letak kat belakang. Isi air. Dah terus masuk dah. Kecebur. Sakan kebudaks jantan berdua ni. Esok nak lagi boleh? Kekeke. Layan.

Leman Miko : 20190812 Mengucing

Imej
Leman Miko : 20190812 Mengucing. Tetiba ada seko anak tikus sesat depan laman. Dah tak pepasal jadi hero jap. Terus kena tangkap. Masa untuk team kucen datang. Cari Leman tak jumpa pulak. Amik si Phatah. Penakut kemain. Aiyooo. Leman akhirnya ditemui. Dia memain aje. Anak tikus pun pandai. Buat buat mati. Si Leman n team pun lepak. Haissshhhh. Nama je kucen. Tikus pun dah tak kenal ke. Aiyoooo.

Salam Aidiladha 1440H 2019

Imej
Salam Aidiladha 1440H 2019 pada semua saudara, adik beradik, rakan taulan, dan tak dilupa pengunjung blog ini. Selamat hari raya! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Meronda Pendas

Imej
Meronda Pendas. Actually nak gi beli rempah soto aje. Dah alang-alang, singgah jap kat jeti cari lauk. Kebetulan rezeki baik hari ni. Setel barang basah singgah jap sarap kat gerai depan sekolah. Jumpa jagi kenalan lama. Sambung borak. And. Then lepas tu baru la kami singgah ke tujuan sebenar, cari begedil dan rempah soto. Kakaka. Layan.

Aidil Adha 2019 : Lembu Korban @ Baling

Imej
Aidil Adha 2019 : Lembu Korban @ Baling. Alhamdulillah. Pagi tadi lembunya dah sampai. Kongsi dengan abah mak dan adik beradik. Abah share gambo ni tadi. Aku amik satu bahagian. Mama pun ada satu bahagian. Cuma yang tu aku buat dengan Pekdis Johor dengan misi ke Kemboja tu. Ingatkan dapat join turut serta kat Baling. Ici dah gembira nak balik Kedah. Amik terus cuti seminggu. Sekali keadaan diri pulak tak mengizinkan. Cuba lagi tahun depan ya.

Boboiboy The Movie 2

Imej
Boboiboy The Movie 2. Terus gerak ke TGV Bukit Indah sebelah petangnya. Iqi dan ici dari pagi dah meratib segala  pecahan kuasa Boboiboy. Kali ni pastinya kaki kena ada sokongan sikit. Alhamdulillah. Sampai. Dapat parking paling hampir, tapi jauh ngan panggung. Menapak jap. Beli tiket dan lepak. Mama ngan the girl gi makan dulu sementara geng jantan semua lepak kat panggung aje nunggu pintu dibuka. Masuk aje terus layan. Iqi dan ici memang ternganga la layan dari mula. pergghhh. waaaaa. woooo.. Memang terbaeekkk!!!! nak tau cerita dia? Tak nak tau spoiler jangan teruskan baca ya. Cerita bermula dengan persengketaan dua watak 100 tahun yang lepas antara Retak'ka dan Hang Kasa yang memiliki kuasa elemental. Hang Kasa berjaya menyerap kuasa elemental dengan bantuan Ochobot dan membekukan Retak'ka dengan kuasa kristal. Retak'ka seterusnya bebas selepas ditemui oleh sekumpulan pencari kristal. Dia mula mencari semula kuasa elemental yang dirampas daripadanya. Dia berjaya me

Leman Miko : Meronda

Imej
Leman Miko : Meronda. Sakan bila dia dapat peluang meronda kat luar. Bermanja-manjaan sama auntie phatah tau. Kakaka. Dah bawak masuk balik pun masih dok perati luo. Nak main lagi la tu.

Makan makan nusantara

Imej
Makan makan nusantara. Merayau sampai usop. Sekali tutup daa... Singgah port biasa. Mak Ani. Layan nasi kerabu sama nasi lemak taruk daging. Hahaha. Ngantor mama ke sekolah jap. Lepak lepak jap. sempat tapau pisang goreng mak on the way back.

A week full of happiness

Imej
A week full of happiness. Seminggu ni terasa sangat lama untuk dihabiskan. Macam-macam aku dapat buat sampai siap kemas barang semua sekali pun. Pelik kan. Nak sampai Khamis tu rasa macam sebulan. Pemula minggu alhamdulillah, 3 Timbalan Pengarah telah menerima mandat. Petangnya aku sambung ngemas. Selesai semua disisihkan. Tinggal nak bawak balik ja. Macam biasa lampu jalan kat simpang rosak, dan macam biasa aku wat pelaporan. Team teknikal datang sebelah malam. Layan ngan kebudaks sesi penyelenggaraan. Waktu lunch rabu bawak si arip makan western. Khamis dah hari last dia bersama kami. Selesai akhirnya sesi praktikalnya. Semoga dia akan dapat absorb kerja dan pengalaman ketika bersama kami untuk masa hadapannya. Dan bila tengah buat Kelestarian petangnya, tetiba kaki aku sakit. Alamak. Cam tipis peluang nak balik beraya ni. Khamis. Amik iqa. Sempat dia buat kerja masa cuti kat opis. Petangnya tapau seafood nak makan beso. Selesai seminggu yang bagai sebulan ni. Kah.

PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019

Imej
PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019 membawa tema “Meneroka Teknologi Memangkin Inovasi”. Terma dan syarat adalah seperti berikut : OBJEKTIF PERTANDINGAN a) Mewujudkan ruang berinovasi dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi terkini dan berasaskan integrasi digital. b) Memperbanyakkan aplikasi mudah alih kerajaan yang memberi impak tinggi kepada rakyat. TEMPOH PERTANDINGAN a) Tarikh daftar penyertaan i. Pasukan yang ingin menyertai pertandingan hendaklah mengisi borang penyertaan secara dalam talian bermula pada 2 Ogos 2019 (Jumaat) hingga tarikh tutup pada 19 Ogos 2019 (Isnin) sebelum/pada pukul 12:00 tengahari. ii. Pendaftaran penyertaan juga perlu dikepilkan bersama dengan borang pengesahan penyertaan yang ditandatangani dan disahkan oleh Pengurus ICT atau Ketua Bahagian di Jabatan/Agensi seperti di LAMPIRAN A . iii. Penyertaan juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Jabatan/Agensi masing-masing. b) Tarikh mula pembangunan aplik

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 22 Julai. Isi semula on 4 Ogos 2019. Shell Jalan Tun Razak. Hasil RM84.47 for 506.4 km melibatkan 40.61 l minyak. 14 hari. Layan.

Walimatul Urus : Dua Majlis | Nuradiah & Rayyan, Nusa Perintis | Razin & Ayu, Majidee

Imej
Walimatul Urus : Dua majlis | Nuradiah & Rayyan, Nusa Perintis | Razin & Ayu, Majidee. Paginya kami kat Nusa Perintis. Majlis abang Izat. Ada slight changes memandangkan angah sekolah darjah khas. Sakan si ici dan iqi makan eskrem. Tak sempat nak tunggu pengantin. Amik angah kat sekolah agama. Lepas zohor baharu kami gerak ke Dewan Serbaguna Majidee. Majlis Pak Utih. Razin dan Ayu. Alhamdulillah. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua pasangan mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Meronda Sabtu

Imej
Meronda Sabtu. Hari ni agak tight. Ada dua majlis saudara terdekat. Paginya angah ke Darjah Khas macam biasa. Terus gerak ke Pendas. Sarap dulu. Air masih surut. Banyak yang lum balik. So. Tak banyak yang dapat dipilih dan dibeli hari ni. Layan aje la.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 26 Julai. Isi semula on 3 Ogos. Petronas Taman Nusa Perintis. Hasil RM67.31 for 349.5 km melibatkan 32.359 l minyak. 9 hari.

Sekolah Tun Fatimah : 20190802 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190802 Lawatan Hujung Minggu. Meronda jap UDA. Cari buku add math dan the kebudaks. Singgah jap sarap n beli supplement kat farmasi. Lepak kat STF. Study jap ngan mama. Sempat la tido jap kesan ubat yang diambil pagi tadi.