Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KALI KE- 51

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar semua? PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 pada hari ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat penuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. 2. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei tetap memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk mengimbau kenangan man

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Imej
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada 16 Mei 2022. Sambutan saban tahun ini merupakan acara simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi. Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan