Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2 MEI 2020

SOALAN LAZIM (FAQ's) OPERASI PEJABAT KERAJAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Imej
SOALAN LAZIM (FAQ's) OPERASI PEJABAT KERAJAAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB). Soalan lazim berdasarkan Surat Edaran JPA rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (6) bertarikh 2 MEI 2020 yang boleh dimuat turun melalui pautan  https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2020/se02052020.pdf 1. Apakah tujuan surat edaran ini dikeluarkan? Surat edaran ini disediakan sebagai prinsip panduan (guiding principle) untuk Ketua Jabatan menyediakan garis panduan operasi pejabat yang khusus dan sejajar dengan fungsi dan tugasan jabatan masing-masing dengan mengambilkira keperluan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan memadankan keperluan petugas-petugas menyampaikan perkhidmatan samada di lokasi atau secara maya. Walau apa pun, penyediaaan garis panduan yang khusus ini perlu mengambilkira saranan YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, antaranya, keberadaan di pejabat kepada pegawai yang perlu, penggiliran pekerja dan galakan pelaksanaan mesyuarat secara maya. 2. S