Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel baju korporat

Baju Korporat Survey @ Jakel

Imej
Baju Korporat Survey @ Jakel. Lepas bengkel tadi ada si Roslan cerita pasal Jakel pun ada buat tempahan untuk baju korporat. Selesai bengkel, masa lunch kami gerak ke sana. Kalau OK boleh la mula tempah untuk diri sendiri kan. Aku yang ada dua pasang pun dah mula berbulu pasal asyik ulang pakai aje setiap minggu. Sampai. Manager takde. Solat jap. Kami tunggu jap kat luar. Datang pulak si Mawi ni nyanyi depan kitaorang. Dulu dia dikenali sebagai Awie kat Angsana. Selalu nyanyi depan kedai kaset tu. Alhamdulillah. Dalam 1.30 manager dah ada. So. Kami gerak ke atas untuk perbincangan awal. Dia amik tempahan untuk 100 pasang ke atas. Hmmm.. Baru tengok material dan nak tanya harga, dia dah kena cari orang lain pulak. Tunggu lagi. Dah sampai 1.45 pm masih lum sampai. Gerak aje la tinggal. Nak buat camne dah nak masuk kerja. Haisshhh. Takde rezeki gamaknya.

Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor

Imej
Garis Panduan Penyeragaman Baju Korporat Warga Pendidikan Johor. Sukacita pekeliling berkenaan pakaian dan tatacara pemakaian telah dikeluarkan pada 27 September 2018. Antara lain, perubahan pemakaian batik kepada baju korporat pada hari Ahad dan Baju Melayu Teluk Belanga pada hari Khamis. JPN Johor khususnya telah mengeluarkan garis panduan khusus berkenaan penyeragaman baju korporat bagi pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya di JPN, PPD dan sekolah seluruh negeri Johor. Penyeragaman ini merupakan pemurnian daripada Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM 2017 diselarikan dengan pekeliling am kerajaan negeri. Muat turun pekeliling melalui pautan di sini .

Edisi Kemas Gobok - Baju Korporat aka F1

Imej
Edisi Kemas Gobok - Baju Korporat aka F1. Pagi tadi mama ada bising sikit. Apasal gobok ni dah kecik. Dah tak muat masuk baju dah. So. Tengok. Memang dah sendat sangat. Apo laie. Adola yang kono dikeluarkan dah. First priority aku. Of coz la baju korporat. Dah tentu hanya untuk turun padang ja kan. And lately, bos pun kata. Better turun baju formal dari baju korporat. Baju pun bukannya sama sangat pun. Baju korporat ni pun dari segi penggunaan, lebih kepada nak tunjuk keseragaman pada event event tertentu ja pun. So. Aku pilih untuk sisihkan ajer lah. EKSA tu EKSA. Ehehehe. Keluarkan semua yang ternampak. Ada la lebih kurang 15 pasang. Setiap satu ngan nostalgia memasing. Layan ajer ler.