Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Bengkel Pengurusan SJQ bersama semua Sektor dan PPD tahun 2019

Imej
Bengkel Pengurusan SJQ bersama semua Sektor dan PPD tahun 2019. Dua hari kami berkampung di Pontian. Banyak ilmu pengurusan dikongsi bersama. Alhamdulillah. Snap tak banyak. Multitasking tul minggu ni. Sambil berbengkel, sambil memverifikasi koordinat yang PPD dah semak. Cabaran.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 18 Februari. Isi semula on 27 Februari 2019. Shell Pekan Nenas. Hasil RM85.28 for 608.4 km melibatkan 41.0l minyak. 10 hari. Layan.

SJK (T) Ladang Lanadron : Audit Pengurusan Data

Imej
SJK (T) Ladang Lanadron : Audit Pengurusan Data. Sedikit foto ketika lawatan tapak dan audit pengurusan data ke sini. Sekolah induk dan cawangan, dua-dua kami turun.

Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian

Imej
Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian. Kerajaan telah menyediakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan awam yang berada di luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian. Dalam hal ini, Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah dilantik sebagai syarikat penanggung insurans kesihatan di bawah skim Takaful My ar-rehlah bagi tempoh sehingga 31 Disember 2018. Bagi memastikan kesinambungan kemudahan ini tidak terjejas semasa proses peralihan dan pelantikan syarikat penanggung insurans yang baharu, mulai 1 Januari sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak, pegawai Perkhidmatan Awam boleh menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan mengikut peraturan-peraturan seperti berikut : a. secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) di mana pegawai hendaklah mendahulukan bayaran premium dan kemudian menuntut balik bayaran berkenaan daripada Ketua Jabatan ma

Sekolah Tun Fatimah : 20190223 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190223 Lawatan Hujung Minggu. Sakan si ici dengan pikachunya. Haisshhh.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190223 Sesi Pertemuan 7 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190223 Sesi Pertemuan 7 Darjah Khas. Layan.

Selamat Hari Jadi Mama

Imej
Selamat Hari Jadi Mama. Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu. Sambut besday simple simple kat rumah aje. Order pizza hut. Pizza ketam baq ang. Tapau sekali kek lava dia tu. Suka tul si iqi dan ici.

Ici : Dino time!

Imej
Ici : Dino time! Biasanya kalau ke DIY harus dia ngepow lego celup. Kali ni dia mintak nak dinosaur. Hehehe. Layan aje la budak demam ni. Cian dia.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 25 Januari. Isi semula on 22 Februari. Hasil RM66.87 for 303.7 km melibatkan 333.67l minyak. 29 hari. Paling lama setakat ni pasal memang kow kow naik livina merata. Harga minyak naik seposen untuk seminggu mendatang.

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2019/2020

Imej
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2019/2020. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2019/2020 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan serta memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov

Ici : Yok ngeja

Imej
Ici : Yok ngeja. Pantang sekarang ni. Jejalan sama pikachu dia. Pastu semua benda jadi workstation dia. Ngan kaler majik pun dia boleh nulih tau.

Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019. Mesyuarat bilangan 1 kali ni dijalankan dari 18 hingga 20 Februari bertempat di Bilik Mesyuarat Kemuning, E8. Kena pulak ngan meetims JPMN di negeri. Nak buat camner kan. Yang menarik. Meetims MAP bil.2 nanti nak buat kat Johor. Nak semak sekali amalan terbaik. Sempat berposing reramai lepas tu. Manalah tau kan.

SMK Taman Nusajaya : Sesi Fotografi Rasmi

Imej
SMK Taman Nusajaya : Sesi Fotografi Rasmi. Semua seragam merah membara. Terbaeekkk!!!!

Everly Putrajaya

Imej
Everly Putrajaya. Sepanjang berada di Putrajaya kali ni aku duduk di Everly. Abam Rashid Perak dan Isyam Sarawak pun duduk di sini jugak. Masa check-in bilik aku diupgrade ke Junior Suite. TQ Apple. Nice. Sempat la kami melantak sate belen meetims dan maggi pakai microwave sambil minum kopi barista. Hahaha. Memang penat toksah dok cerita la. Hari pertama kepenatan driving. Hari kedua kepenatan meetims seharian. Memang biasanya terus tidur. Paling teruk, hari kedua. Lepas melantak maggi terus tidur sampai ke pagi. Sib baik masih lum masuk subuh.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 14 Februari. Isi semula on 18 Februari 2019. Shell Hentian Rehat dan Rawat Seremban Arah Utara. Hasil RM80.31 for 557.0 km melibatkan 40.56l minyak. 5 hari. Layan.

Off To Putrajaya

Imej
Off To Putrajaya. Seawal jam 8 pagi aku dah gerak. Sempat ngantor henpon mama yang tertinggal ke sekolah. Singgah jap Bukit Batu untuk sarap. Memang terbaeekkk!!!! Sambung perjalanan semula. Drive cool and steady aje. Singgah di R&R Nilai untuk lunch sebelum shoot semula ke Kompleks E. Masa nak park sibuk dok menjawab phone. Dah terlanggo divider kat pondok bayar parking. Hehehe. Sorry bang. Dok jap kat cafe blok E2 neman member sebelum gerak ke meetims.

Sekolah Tun Fatimah : 20190216 Water Crisis Alert!

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190216 Water Crisis Alert! Hari ni kena ke STF. Murid dibenarkan pulang setelah krisis air semakin meruncing. Sempat lepak kat petronas sesambil ngisi angin tayar lepas ngantor si inaz gi sekolah agama tadi. Masuk STF. Penuh dengan kenderaan parent. Iqa pun bawak kawan jugak. Si Oya. Anis tak kelihatan pulak. Takpelah. Balik. Semua urusan diselesaikan di rumah. Alhamdulillah. Petang tu masalah dapat diselesaikan. Ada paip pecah katanya. Sempat la singgah napau coolblog on the way back.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190216 Sesi Pertemuan 6 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190216 Sesi Pertemuan 6 Darjah Khas. Yok. Macam biasa setiap Sabtu. Cuma Sabtu depan ni ja tengah dok mikir lagi sebab ada anugerah cemerlang kat Nusa Perintis hari yang sama. Hehehe. Tolong jangan tanya lebih lebih pasal baju aku tu ye.

Ici : Homework Time!

Imej
Ici : Homework Time! Hehehe. Suka ici sekarang ni buat homework. Tetambah bila pikachunya ada kat sebelah. Layan. ps : entry aku sekarang ni bukan liveblogging macam dulu ya. sorry sesangat bagi pelayar tegar. insyaAllah akan diusahakan semula. Tu pun selepas semua past entry masuk ya.

Iqa Turns 16

Imej
Iqa Turns 16. Selamat Hari Lahir yang ke-16 Nur Balqis Syafiqah. Semoga menjadi anak yang solehah dan diberkati Allah selalu. Bawak gi sambut kat McD aje ikut permintaan dia. Jap ja masa berlalu kan.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 7 Februari. Isi semula on 14 Februari 2019. Petronas Gelang Patah, Johor. Hasil RM81.32 for 490.0 km melibatkan  41.2781 l minyak. 8 hari. Layan.

Ici : Baju Melayu Rasmi Sekolah

Imej
Ici : Baju Melayu Rasmi Sekolah. Baju Melayu Rasmi Ici dah siap. Hari ni dia dah dapat pakai untuk ke sekolah. Encem tau. Botol susu ngan pikachu memang tak lepas jugak. Ambik kesempatan jap posing ngan ici. Layan.

Potret Rasmi YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dan YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Imej
Potret Rasmi YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dan YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia boleh dimuat turun melalui laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan yang disertakan berikut:-             https://www.moe.gov.my/index.php/my/korporat/menteri-timbalan-menteri                       YB Dr. Maszlee Malik - http://bit.ly/PotretYBM                       YB Puan Teo Nie Ching - http://bit.ly/PotretYBTM Semua pihak dimohon untuk mengguna pakai potret ini untuk segala bentuk banner program dan poster bagi Majlis-Majlis Rasmi Kementerian. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PROGRAM PENCARIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UKM1

Imej
PROGRAM PENCARIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UKM1. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan pencarian pelajar pintar dan berbakat melalui saringan peringkat pertama yang dinamakan ujian UKM1 secara dalam talian dan terbuka kepada seluruh murid di Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun. Ujian ini telah pun dibuka mulai 7 Januari sehingga 31 Mei 2019. Pelajar-pelajar yang berjaya melalui ujian UKM1 ini akan melalui saringan seterusnya iaitu ujian UKM2 dan UKM3 serta perlu melalui Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) yang dijalankan sewaktu cuti penggal terakhir persekolahan sebelum ditawarkan tempat di Kolej PERMATApintar atau Kolej PERMATA Insan. Maklumat lanjut berkenaan program pencarian ini, sila hubungi nombor 03-8921 7533 atau layari http://ukm1.permatapintar.edu.my/ . --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬

Bengkel Verifikasi Data Rasmi Januari 2019 JPN Johor

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi Januari 2019 JPN Johor. Alhamdulillah. Selesai sesi verifikasi data rasmi Januari. Banyak juga dapatan yang boleh dibawa ke peringkat tertinggi. Kami dah mula melihat data secara keseluruhan dalam memastikan data repositori berkualiti untuk kegunaan pengurusan. Selaras dengan naratif baharu, perkara ni bakal menjadi tunjang dalam membuat keputusan yang tepat dan berkesan. 13 Feb. Kita sambung dengan bengkel precouncil pula. All the best to all.

Santai Ahad

Imej
Santai Ahad. Hmm. Hari ni jadi hari sesak serata-rata. Maybe hari first bekerja selepas bercuti panjang sempena tahun baharu cina. Memula kat sekolah iqi. At last aku park seberang jalan dan bawa iqi melintas. Sampai kat tasek mula sesak kedua. Boleh tahan juga. Sampai opis, sesak ketiga. Ada program besar. So. Tunggu kat luar sampai reda lif. At last. Nak tak nak kena jugak la ikut tangga. Takkan nak duduk aje kat moto tu. Masa itu emas. Hehehe. 5 tingkat beb. Kejong jugak betis aku hari ni. Harap takde pape la kan. InsyaAllah.

Sekolah Tun Fatimah : 20190209 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190209 Back To School. Setelah seminggu bercuti panjang sempena raya cina, kini tiba masa untuk kembali ke sekolah. Sakan posing depan mercu tanda baharu di STF. Babai iqa. All the best and be the best!

Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Ria Amirurezat & Shalin

Imej
Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Ria Amirurezat & Shalin. Gerak ke Laman Seni Warisan at Yayasan Warisan Johor a bit late jugak. Banyak nak setelkan barang tepi si iqa dulu. Jumpa ramai kenalan jabatan kat sini. Majlis en Rusli Tumiran. Tenang sikit dah suasana sebab dah agak lewat kami sampai. Park depan bangunan utama. Mama sempat buat reunion beb. Hehehe. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Gerbang Wawasan, Kampung Melayu Baru, Gelang Patah

Imej
Gerbang Wawasan, Kampung Melayu Baru, Gelang Patah. The new look selepas aktiviti gotong-royong. Terbaeekkk!!!!

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190209 Sesi Pertemuan 5 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190209 Sesi Pertemuan 5 Darjah Khas. Macam biasa ngantor angah ke darjah khas. Cuti pun jalan macam biasa. Hari ni banyak agenda jugak. Angah, Ayo. Satu satu kita urus.

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Bagi Sesi Akademik 2019/2020

Imej
Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Bagi Sesi Akademik 2019/2020. Permohonan kemasukan bagi sesi akademik 2019/2020 akan mula dibuka dari jam 12.00 tengah hari 25 Februari 2019 sehingga jam 11.59 malam 2 April 2019 menerusi laman web rasmi di https://upu.moe.gov.my. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Another Haircut @ Ravi's

Imej
Another Haircut @ Ravi's. Aktiviti biasa sebulan sekali. Layan. Kebudaks ni suka ati aje.

Livina : Cuciss Kusyen

Imej
Livina : Cuciss Kusyen. Team Cuciss datang ke rumah dengan segala kelengkapan setelah temujanji dibuat. Seluruh kusyen dan karpet adik livina bersih dicuci dengan harga RM150. Bukan setakat tu. Dengan segala compartment yang ada pun disental. Memang terbaeekkk!!!! servis diaorang. Recommended! Search Cuciss kat facebook untuk perkhidmatan diaorang. Hmmm. Adik livina dah bersih ya. Sukalah mama. TQ Fiqri and Cuciss Team.

Muar Escapade 2019

Imej
Muar Escapade 2019. Target asal memang nak ikut muo dan jenjalan di Melaka. Tapi jadi terbalik pulok. Lepas Melaka baru muo. Jenjalan kat Tanjung Emas. Lepak jeti makan eskrem pasal semua malas nak naik bot ronda sungai. Singgah masjid sebelum gerak balik ke rumah thru simpang renggam. Masa ni jem dah mula spreading di seluruh lebuhraya. Hehehe.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas Tanjung Agas, Muar

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas Tanjung Agas, Muar. Tempat biasa aku singgah untuk makan asam pedas kalau ke Muo. Memang terbaeekkk!!!! Dari segi harga mahupun masakannya. Semua licin. Siap tapau lagi bawak balik. Layan.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 30 Januari. Isi semula on 7 Februari 2019. Petron Bukit Katil, Melaka. Hasil RM76.17 for 492.3 km melibatkan 39.467l minyak. 9 hari. Merantau jauh sikit kali ni. Siap ada KFC tau kat sini. Layan.

Bayou Lagoon Park Resort Escapade 2019

Imej
Bayou Lagoon Park Resort Escapade 2019. Hari kedua kami kat sini. Macam biasa. Pagi merayap dulu cari sarap. Dapat roti canai dan nasi lemak. Setel sarap terus kami turun memandangkan hari cuti dia buka sejam lebih awal dari biasa. Ici masih takut air lagi macam semalam. Puas kami teruskan aktiviti meracun. Memacam kami buat. At last. Jam 11.30 pagi baru dia berani nak main air. Hehehe. Dapat la setengah jam untuk dia. Rugi. Kalau dari semalam gini kan best. Lain kali kita datang lagi ya ici.

Melaka Getaway 2019

Imej
Melaka Getaway 2019. Actually. Memang tak rancang tul nak lepak Melaka cuti ni. Sekali. Dari Bayou Lagoon dah hala ke Sungai Duyung. Terus lajak lagi sampai ke The Shore. Kengkonon nak naik sky tower. At last semua tak nak. So. Merayap jap kat tepian sungai Melaka sampai ke signage Kampung Morten tu. Ici toksah cerita. Masih tak berani ngan air. Layan dari jauh aje la. OTW nak balik siap ada permintaan lagi. Dataran Pahlawan. Turunkan dekat pintu masuk ke a Famosa tu. Sempat tawaf 3 kali sebelum dapat parking paling dekat dengan memorial kemerdekaan tu. Layan aiskrim sambil nengok beca. Snap snap sebelum balik semula ke resort. Layan Melaka jua akhirnya.

Pemberitahuan : Majlis Gotong Royong Mengecat dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru, Gelang Patah

Imej
Pemberitahuan : Majlis Gotong Royong Mengecat dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru, Gelang Patah. Jawatankuasa (JKZ) Kampung Melayu Baru akan menganjurkan satu majlis gotong royong seperti berikut : Aktiviti : Majlis Gotong Royong Mengecat dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru Tarikh : 9 Februari 2019 (Sabtu) Masa : Bermula jam 8:30 pagi Tempat : Gerbang Kampung Melayu Baru, Gelang Patah Semua penduduk kampung dijemput hadir. Sumbangan pokok bunga bagi menceriakan kawasan gerbang juga amat dialu-alukan.

Madu Bawang Putih : Alternatif Pelega Batuk

Imej
Madu Bawang Putih : Alternatif Pelega Batuk. Pagi ni saja dok meronda sana sini di dunia maya. Penat weh dok batuk dekat 3 minggu dah ni. Sekali ada pulak yang share benda yang ada kat semua rumah ni. Try test la kan. Amik madu. Cekau ja 4 ke 5 ulas bawang putih. Cincang bawang putih dan masukkan dalam secawan madu. Kena biar 3 jam sebelum dapat diminum. So. Aku pindahkan dalam botol mineral kecik. Minumnya tengah hari tu. Satu sudu aje sekali minum. Rasa. OK la. Memang feveret aku bawang putih ni. Menyengit sikit kat tekak la. Macam dah kurang sikit. Tunggu... Ada dua tiga sudu lagi belen tu. Sahih la aku togok aje. Kekeke.

Selamat Tahun Baru Cina 2019

Imej
Selamat Tahun Baru Cina 2019 kepada semua pengunjung blog terutama yang berbangsa Cina. Tahun ni tahun babi tanah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ici : Ausini Fire Brigade & Police Patrol

Imej
Ici : Ausini Fire Brigade & Police Patrol. Dah gi Mr DIY sohih la akan ada mainan yang ici akan amik. Dia memang pantang tul ngan bende alah ni. Pantang nampak. Sampai dua dia amik. Satu kereta bomba dan satu lagi kereta polis. Yang momba tu tak sempat sampai rumah lagi dah bukak pasang tau. Hehehe. Dah kena layan dia pasang sepetang ni.

iflix siar Liga Malaysia PERCUMA

Imej
iflix siar Liga Malaysia PERCUMA. Mulai 1 Februari 2019, peminat bola sepak tempatan dah boleh layan Liga Malaysia iaitu Piala Sumbangsih, unifi Liga Super, Shopee Piala FA, unifi Piala Malaysia dan Challenge Cup secara PERCUMA tanpa perlu daftar atau muat turun aplikasi iflix. Kita perlu ada peranti seperti telefon pintar atau tab dan Internet untuk layan program bola sepak iflix secara percuma. Bagaimanapun buat masa ini, tontonan tanpa pendaftaran ini hanya boleh didapati untuk pengguna Android dan laman web sahaja. iflix sedang berusaha membawakan versi ini ke pengguna iOS dalam masa terdekat. Apa lagi. Malam ni kita layan... opkos la kedah kan. Nanti aku nak try app kat tv. Tunggu... ps : aku dah kata jersi third kedah ni pun cun beb!

My New Gadget : Mr. DIY Impact Drill ID003

Imej
My New Gadget : Mr. DIY Impact Drill ID003. Satu satunya benda yang aku total lost mencari lepas mengemas adalah drill. Gi Mr DIY cari drill baharu. Borak borak. Staff kata untuk kerja kerja ringan ni better amik yang ni aje. Harga RM75. So. Amik dulu. Berat lebih kurang drill lama aku dulu aje. Mata kena beli asing ya. Dan dia didatangkan tanpa kotak. Tak kisah la. Yang tu semua boleh beli lain. Test kat DIY. Tak sempat nak ngetest guna lagi. Sibuk layan ici dan setting iflix :P. Nanti aku reviu semula bila dah ngetest ye.

Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Azila & Shafik

Imej
Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Azila & Shafik. Gerak ke Pulai Utama pulak. Jumpa ramai kenalan pejabat di sini. Parking tepi jalan. Sekali nengok cam kenal betul ngan keter depan ni. Duduk semeja ngan en Hasim dan haji Shahilon. Tak tunggu lama sebab orang dah mula ramai. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Ienah & Hadi

Imej
Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Ienah & Hadi. Gerak ke Dewanraya Gelang Patah tengah hari tadi. Jumpa ramai kenalan kampung di sini. Ici punya suka sampai topi terlanggar air. Sib baik orang belum ramai. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Jusoh and Friends : Makan Time

Imej
Jusoh and Friends : Makan Time. Dah lama kan aku tak hapdet pasal kekucing ni kan. Mesti korams ingat deme semua dah takde. Ade. Bakal bertambah lagi ada ni. Si Tamrin mengandung lagi. Si Phatah dah berderet pakwe. Ngan si abah cinetnya, Sitam Dol pun dah pandai ngendeng. Gatei lagi dan ada sekor kucen baharu yang aku baru perasan semalam. K. Balik bab Jusoh. Makin beso makin lain dari kecik. Dulu gebu bukan main. Hitam sehitamnya. Sekali dah beso. Jadi sado pulok. Bulu pun dah macam phatah pulak. Makin banyak bulu putih ke ekor. Haishhh. Bab makan. Dia nombor dua lepas Ali. Ali memang juara rebut makan. Jusoh opkos nombor 2. Hehehe

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190202 Sesi Pertemuan 4 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190202 Sesi Pertemuan 4 Darjah Khas. Ngantor angah ke darjah khas macam biasa. Cuti pun jalan macam biasa. Sama jugak sabtu depan ni.