Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Imej
Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia. Sejajar dengan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai modal insan yang kompeten untuk merealisasikan wawasan negara, maka rasionalisasi skim perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan. Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa. Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditamba