Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Warga

Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.3 Tahun 2020

Imej
Jom Senamrobik Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bil.3 Tahun 2020. Program rutin bulanan ini kali ketiga kali ni mengambil tempat di Dewan Jauhar JPN Johor. Abe presiden KSK sendiri conduct. Meriah. Mantap. Terbaeekkk!!!!

Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis dijalankan di Surau Al Ghazali, JPN Johor bermula jam 7.45 pagi. Bakal Jemaah Haji JPNJ Tahun 2019 terdiri daripada Cikgu Azman bin Adnan, Pengarah Pendidikan Johor; Puan Siti Norulasikin binti Rahmat, Pembantu Tadbir N19 Unit Perkhidmatan B; dan Puan Faridah binti Ahmad, Pembantu Tadbir N22 Sektor Pengurusan Sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya dan memperoleh haji yang mabrur. InsyaAllah.

Kunjungan dan Perjumpaan Khas Yang Berhormat Tn Hj Aminolhuda Hj Hassan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018

Imej
Kunjungan dan Perjumpaan Khas Yang Berhormat Tn Hj Aminolhuda Hj Hassan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2018. Majlis dijalankan pada 11 Oktober 2018 yang lepas bertempat di Dewan Seminar, Aras 6, JPN Johor. Majlis dimulakan dengan budaya al-Quran sebelum YB menyampaikan amanatnya. Memang terbaeekkk!!!! Cuma aku yang tak berapa nak bagus sikit pagi ni. Semalamnya memang totally flat. Pagi ni semua gadget aku flat battery sebab satu pun aku tak caj. Kekeke. Tu lum kira muka yang a bit lalok lagi tu. paling terasa adalah kehilangan kamera smart galaxy aku la. Huhuhu. Layan la apa yang ada ya.

Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tahun 1436H/2015M

Imej
Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tahun 1436H/2015M. Selesai majlis pagi ni di Surau Al-Ghazali. Tahniah pada bakal haji; KS SPS, En Abd Aziz Redzwan, En Amizan, En Amiruddin dan Hj Mohamad Aman. Tahniah dan semoga memperoleh haji yang mabrur.