Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dataran larkin

Merayau Johor Bahru

Imej
Merayau Johor Bahru. Seharian juga meronda. Gi McDonald dulu sebab ada pesanan khas untuk ayam extra pedas. Selalunya kena tunggu 30 minit. Cuma pagi ni nasib menyebelahi. Dalam 10 minit gitu dah setel semua. TQ adik McD yang gigih melayan kami pagi ini. So. Masa yang lebih kita sambung merayap ke Dataran Larkin. Ada kedai yang perlu dilawati. Kekeke. Leh tahan gumbira mama kat sini. Aku sambung lepak lam kereta aje la pasal memang takde tempat nak duduk pun kat situ. Selesai sesi melawat iqa terus singgah jap Aeon Bukit Indah. Sambung merayap sikit. Kedai Bata. Aeon. Setel. Cari barang yang perlu aje. Rasa macam dok melancong kat Taiwan pun ada. Kekeke. Yang lelain kita singgah Mydin on the way back. Sempat la nengok team Best104 edar goodies. Last but not least. Medan Selera Iskandar. Ada benda best nak test.

Promosi Merdeka 61 Secret Recipe

Imej
Promosi Merdeka 61 Secret Recipe. Semalam si iqa soh beli secret recipe. Ada promosi rupanya. Singgah dulu Perling. Sekali dia kata jam 12 tengah hari baru mula. OK lah kan. Ronda beli yang lain dulu. Singgah Dataran Larkin. Orang dah beratur panjang. Lepak ngan ici. Baru ada peluang baca. Actually, diskaun 61% untuk potongan kek yang kedua! Kekeke. Dan hanya boleh didapati pada 31 Ogos 2018, 12 tengah hari – 5 petang aje. Banyak lagi term yang korang ke paham. Terhad untuk 4 potongan kek bagi setiap pelanggan, sementara stok masih ada. Hanya sah untuk potongan kek Regular, Premium dan potongan kek Empat Segi. Kek tokleh nooo. Layan aje ler.