Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Taman Merdeka Johor

Imej
Hari ni kaau ikut nak gi Tebrau City nengok wayang, tapi atuk dah kasi la pulak DVD Transformer 2, so tunggu minggu depan jer la for Ice Age 3. Pastu mama terus suggest pi makan kat JB Katering. So, apa tunggu lagi; off we go to Taman Merdeka... Dalam kereta, iqa senyap jer. Adik dia siap terlelap lagi. Sampai jer Taman Merdeka terus Iqa meluru keluar. Pening kepala rupanya. Nak muntah la tu. Pastu kitaorang terus jer pergi JB Katering sebelah tu jer. Boleh tahan la. Harga yang diberi RM12 sorang. Iqa kena RM7 jer. Adik free. So, makan jer ler selagi mampu kan. Aku makan nasi beriani jer, pastu makan rojak, pastu makan mee rebus, pastu makan kuih, pastu makan ayam, pastu perabis ais krim iqa ngan adik yang tak abis. Pas makan terus mama ajak masuk taman merdeka. Kitaorang asyik dok nengok dari luar jer. Hari ni memng nak masuk dalam. Nak nengok apa yang ada kan. Rupanya banyak jugak benda lam ni. Dan aku baru tahu sebab apa dinamakan Taman Merdeka. Dalam ni dibuat tempat-tempat khas u

Pepagi lagi dah main

Imej
Abah! Abah! Bangun la. Tengok apa mainan baru adik atuk belikan. Pet pot, pet pot. Mainan dia bunyi. Atuk baru belikan adik mainan itik. Siap boleh bunyi bila tekan-tekan kat dalam. Dah la tu, siap jelir lidah lagi. Iqa lak tak habis-habis ngan congkak dia. Penat tu nak layan... Yang best masa ni bateri flash aku dah abesshhh.. Bateri imedion baru jer aku charge. Hahahahaha

Data Operasi SBP v1.0

Imej
Haa.. Akhirnya siap gak buat DOS ni. Pakai excel jer. Guru ngan enrolmen dah settle, cuma masih perlu buat pilot kat beberapa SBP untuk kesahihan data. AKS masih perlu aku halusi norma dia. Takpe, slow-slow la. Balik lam kul 11.40 malam gak. Dan sekali lagi aku meredah jalan sunyi Gelang Patah untuk pulang. Esok aku enjoyyyy...

Here come my new rechargeable batteries

Imej
Lama tul aku pakai bateri Maha Powerex. Dari tahun 2005. Last-last bebaru ni masa charge dia detect 2 bijik dah rosak. Camno. Amik gambo kawin pakai bateri biasa ajer la. Aku beli lam 6 set 4-4 bijik bateri. Hari ni baru sampai order aku dari Shashinki. Tapi Maha dah takde untuk AA, terpakso la den boli Imedeon ni. Satu set 4 biji dia juai RM50, aku beli 3 set share ngan Cha; dapat lam RM135. OK la tu. Harap-harap sepower Maha la jugak. Aminnn... Tapi nanti lepas balik dari wat data DOS baru aku nak belek. Sekarang aku nak numpu buat data DOS dulu..

Hari Terbuka SKTTA

Imej
Tarikh : 27 Jun 2009 Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang Tempat : Kelas Hari terbuka SKTTA merupakan hari bertemu pelanggan dan pengambilan buku rekod pelajar. Ibu bapa akan ke kelas anak masing-masing untuk mengambil keputusan dan berbincang berkenaan anaknya dengan guru kelas masing-masing.

Jualan Amal Badan Kebajikan

Imej
Tarikh : 27 Jun 2009 Masa : 9.50 - 12.00 pagi Tempat : Kantin Sekolah Bertempat di kantin; dengan mengambil kesempatan atas Hari Terbuka, Badan Kebajikan SKTTA telah menganjurkan satu jualan amal bertempat di Kantin Sekolah. Antara yang terlibat di dalam jualan ini adalah Badan Kebajikan dan Badan Bilik Guru.

Mutiara Harapan

Imej
Tarikh : 27 Jun 2009 Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Mutiara Harapan merupakan satu majlis untuk memberitahu ibu bapa secara rasmi bahawa anaknya merupakan calon harapan 5A sekolah. Majlis ini juga merupakan satu platform perbincangan diantara ibu bapa terlibat dengan guru dan pentadbir SKTTA mengenai anak-anak terpilih ini.

2 kejutan besar dunia hiburan hari ini

Imej
Terkejut gak dengar berita pagi tadi. Tapi berita masa tu pun masih banyak was-wasnya. Dalam kul 10 pagi baru berita tu disahkan benar. 2 bintang yang memang besar dan gah namanya meninggal dunia hari ni. Michael Jackson, 50 tahun meninggal dunia atas masalah jantung manakala Farrah Fawcett, 62 tahun meninggal disebabkan barah. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Hari Hol Almarhum Sultan Ismail

Imej
Tadi iqa cakap ngan aku, hari isnin ni nuri cuti. Terkejut badak aku. Cuti apa lak ni. Sekali amik surat sekolah, rupanya cuti hari hol. Hai.. teruk betul aku ni. Langsung dah tak alert ngan tarikh lagi sekarang ni. Cuti ka tak cuti ka, semua bantai sama aje. Asyik kerja je tak kira hari sekarang ni. Terus masuk laman web rasmi johor. Betullah tu. Memang cuti pun hari isnin ni. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Mesyuarat ICT SBP bil 1/2009

Imej
Ni lebih kepada kisah aku kat KL itu hari. Walaupun tak banyak amik gambo, adala sesikit yang boleh dijadikan bukti aku ke sana itu hari. Yang bestnyer, siap terformat lagi CF card aku tu. Lagi la bengang. Nasib baik tak terwipe. Kalau dah wipe hilang terus la buat selama-lamanya. So, tengok-tengok la apa yang ada. Memula pergi ke SMAP Kajang dulu, amik bain. Sib baik amik dia dulu, kalau tak memang aku sesat lagi la masuk KL ni. Jalan dah banyak berubah. Tengok ler keter dia. Ala yang kaler biru kat belakang tu. Pastu sampai terus parking kat Low Yat. Kalau yang tak biasa kat sini memang tak tau, kalau duduk hotel capitol atau federal memang kena parking kat low yat. Lepas parking jer terus gi check in kat federal. Dapat tingkat 4. Tengok view dari bilik aku, terus direct ke low yat tu. Pastu si bain sibuk dok ngetest kamera aku. Habis semua nak diamik gambonya, sampai aku semayang pakai kain pelekat pun kena amik. Ni semua salah hotel la ni. Suruh hanto sejadah pun tepon tak diangkat