Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

SMK Taman Nusajaya : Sambutan Aidilfitri 1440H

Imej
SMK Taman Nusajaya : Sambutan Aidilfitri 1440H. Foto sekitar majlis sambutan aidilfitri 1440H peringkat sekolah. Terbaeekkk!!!!

Edisi Raya Raya

Imej
Edisi Raya Raya. Kita sekalikan semua edisi rumah terbuka raya raya ni ya. Terima kasih atas undangan dalam merapatkan silaturrahim.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 22 Jun. Isi semula on 29 Jun. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM69.24 for 357.5 km melibatkan 33.29 l minyak. 8 hari.

Jenjalan Pendas Laut

Imej
Jenjalan Pendas Laut. Pagi ni mommy lia bawa team robotik gi stf. Siap si leman pun babaikan sama tau. Kami gerak ke pendas. Ngetam lagi. Sempat lepak lunch kat warung padang depan sekolah.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190629 Sesi Pertemuan 23 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190629 Sesi Pertemuan 23 Darjah Khas. Siap si Leman pun ikut sekali nganto. Aiyooo...

Jenjalan jemaat

Imej
Jenjalan jemaat. Kisahnya. Si iqa ada training robotik jugak sepanjang cuti di STF. Dah jadi kami berulang setiap hari ke sini sepanjang cuti la juga. Sib baik mmmy lia nak bergilir nganto. So jemaat kami punya la. Singgah jap depan jpn tapau makanan untuk kebudaks ni semua. Nganto iqa dan najwa. Sempat la meronda lam bilik robotik tu. Lepak cafe jap sarap. Balik singgah bank. Alhamdulillah. Dah selesai livina ni ropernyer. Tunggu bank urus dokumen semua aje la ni. Singgah mydin dan sempat ngetest supplement yang farmasi cadangkan.

Rumah Terbuka Nenek Wi and Besday Party Syamil

Imej
Rumah Terbuka Nenek Wi and Besday Party Syamil. Singgah rumah nenek wi untuk rumah terbuka. Baru nak balik sekali timah soh tunggu. Oooo.. Ada sikit besday party untuk syamil. Layannnn...

Meeting the ISP

Imej
Meeting the ISP. Maka sesi pertemuan dengan semua ISP bermula. Bincang gerak kerja dan pelan intervensi mereka. Johor bukan semudah yang disangka. Kami punya kepelbagaian yang memang luar jangka. Apa yang penting semua sekolah dapat terima apa yang sepatutnya mengikut timeframe yang telah ditetapkan. Memang nak tak nak kena all out habis-habisan bagi memastikan kelancaran pemasangan talian ke seluruh negeri Johor. All the best pada semua.

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2019 & Jamuan Aidilfitri JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.6/2019 & Jamuan Aidilfitri JPN Johor. Meriah majlis yang diurusetiakan oleh KSK kali ni. Sijil Guru juga turut disampaikan oleh pengarah sendiri. Tengah harinya disambung dengan jamuan raya. Siap ada pertandingan booth tercantik. Dapat la nombor dua. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua teammate yang bertungkus lumus sejak awal.

Meeting @ Simpang Renggam

Imej
Meeting @ Simpang Renggam. Banyak perlu dibincangkan supaya semua dapat buat pelaksanaan mengikut ketetapan yang telah diputuskan. Dua perkara besar dibincangkan, penyelenggaraan dan internet interim. Alhamdulillah. Sampai awal di simpang renggam. Sempat sarapan di Gerai Manaf Anika dulu. Sampai aje terus kita mulakan mesyuarat. Semoga semuanya dapat berjalan seperti dirancang walau banyak rintangan perlu ditempuhi. All the best pada semua. Yang penting kita dapat pastikan semua sekolah mendapat perkhidmatan yang sewajarnya dalam tempoh yang amat singkat dan kritikal ini. Finger crossing!

Happy Birthday Syafinaz

Imej
Happy Birthday Syafinaz. Happy inaz hari ni. Dapat kek besday. Dapat makan KFC. Sayang. Konon amik video tapi rupanya tak rekod. Haissshhhh. Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa diberkati Allah.

Walimatul Urus : Anwar & Syafiqa

Imej
Walimatul Urus : Anwar & Syafiqa. Petangnya. Kami gerak ke Dewan Konvensyen, Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM. Jemputan Uzaini. Meriah majlis. Ayam masak merah dia memang marbeles. Sempat meronda fakulti. Masa balik siap singgah secret recipe dan KFC untuk beli makanan dan kek untuk inaz. Alhamdulillah. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Sekolah Tun Fatimah : 20190622 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190622 Lawatan Hujung Minggu. Ngantor si besday girl inaz ke sekolah agama dulu untuk pertemuan ke 22 darjah khas dia. Dah la hari ni 22, pertemuan pun yang ke 22. Hehehe. Tengah hari sikit baru gerak ke STF. Tapau nasi ambeng layan lunch kat cafe. Sesambil kebudaks haziq berdua tu makan kopok lekor sampai bertambah tambah, mama layan iqa buat add math. Dah tertinggal seminggu sebab ada competition kat Seri Puteri. Alhamdulillah dapat gold.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 9 Jun. Isi semula on 22 Jun. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM69.10 for 325.4 km melibatkan 33.219 l minyak. 14 hari.

Simple makan makan on Syawal the 17

Imej
Simple makan makan on Syawal the 17. Hari ni 17 syawal. Suka tul ngan nombor 17 ni. Kekeke. Buat simple makan makan kat rumah. Mostly untuk murid mama. Sakan la deme sibuk nak datang beraya ke rumah cikgu dia je. Tu pun mama siap atur masa datang cam jadual waktu kelas gitu. Kakaka. Dah nama cikgu.

Pendas Laut Short Visit

Imej
Pendas Laut Short Visit. Actually. Nak beli rempah soto aje. Sekali dah tanya-tanya. Rupanya dah sampai tanjung kupang. Beli rempah dan terus shoot ke pendas laut jap. Dah dekat sangat dah. Balik. Terus upacara masak memasak bermula!

Tumirin bersaudara

Imej
Tumirin bersaudara. Balik dari Muo si Leman dah nunggu. Sempat lepak lepak ngan dia sambil main UFC. Lama tinggal ni. Kutip gaji dan sambung membelasah. Lepak kat luar bersama Tumirin dan sedara-sedara dia. Layan. Sekali leman keluo. Aikkk.. Sama la kita.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 12 Jun. Isi semula on 20 Jun 2019. BHP R&R Pagoh. Hasil RM84.39 for 617.5 km melibatkan 40.57 l minyak. 9 hari. Layan.

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Keempat

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Keempat. Last day. Sempat snap dulu tiket parking. Tarikh penting tu. Sampai PPD. Sarap dulu. Rumusan akhir dibuat. Siap pembentangan daripada kedua-dua wakil kumpulan. Sebelum pulang sempat bergambar dengan tuan PPD. Terima kasih atas semuanya. Jumpa lagi di lain masa sekiranya diizinkan olehNya.

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Ketiga

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Ketiga. Sarap dulu kat hotel. Siap keluar ke balkoni menikmati udara segar muar. Takde penghadang. Sempat rasa gayat. Berkumpul di PPD. Ada sarapan Nasi Ambeng. TQ Ayu. Belanja sarap pagi ni. Selesai. Bergerak ke SMKA Pagoh. Lawatan penanda arasan bermula dengan pembentangan daripada pengetua. Selesai pembentangan, pemeriksaan fail dan lawatan ke sekitar sekolah bermula. Terus sambung dengan mesyuarat MAP selepas selesai lawatan. Leh tahan jugak la. On the way back singgah jamak kat masjid Pagoh. Berenti jap di Bukit Pasir. TQ Dr M belanja derian. Kena 3 ulas. Terbanyak setakat ni aku makan. Kepala dah kenoning. Patut aku amik seulas aje. Haiissshhh. Sampai hotel terus drop. Sedo sedo dah maghrib. Penangan 3 ulas derian. Hahaha. Malam ni free. Turun makan di Muar Soup House. Dari hari tu kepingin nak makan kambing gunting. Leh tahan jugak. Pa

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Kedua

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Kedua. Apapun sarap dulu kat hotel. Kari ayam dia memang sangat marbeles. Siap tambah sekali lagi pasal terkesima dengan rasa dia tu. Selesai sarap gerak ke PPD untuk bergerak ke sekolah yang terpilih untuk lawatan penanda arasan. Kami bergerak ke 4 buah sekolah hari ni. 2 sekolah Muar di sebelah pagi dan 2 sekolah Tangkak di sebelah petang. Memang terbaeekkk!!!! aku terlibat dengan dua buah sekolah bersama team, SJKC Pei Yang dan SM Sains Muar. Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat dalam perkongsian amalan terbaik pengurusan maklumat sekolah-sekolah negeri Johor. Masa balik sempat singgah Mak Pon jap. Lupa pulak nak ngambik gambo kat sini gara-gara main ngan kucen kat sini. Sebelah malam, kita buat majlis khas untuk Dr. M, En Wan dan En Shohimi. Surprise sekali sekala kan. Dr.M dan en Wan bakal bersara dan En Shohimi

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Pertama

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Pertama. Selamat datang ke Johor untuk semua pegawai daripada EPRD dan Ketua Unit Maklumat negeri. Lepak jap ngan Hairin bersama semua penyedia makanan sepanjang program ni nanti. Topup mana yang rasa perlu ditambah lagi. Sesekali kan. Lepak jap lunch kat Kilat ngan KUM Perak. Kebetulan dia dah sampai awal. Around 1 aku ajak yang mana dah sampai untuk lunch dulu kat cafe PPD. Taklimat awal diteruskan selepas tu. Check in ke Hotel Classic yang akan menjadi tempat berehat aku sepanjang 4 hari program ni. Sarawak dan Penang pun duduk di hotel yang sama. Lewat petang aku gi tapau iftar untuk berbuka. Hari last puasa 6 aku. Makan pun tak abis. Lepas maghrib dah ke PPD. Kami naik bas reramai ke Sabak Awor yang dah ditempah awal. Buat sedikit jamuan untuk semua pegawai yang dah sampai. Rapatkan ukhuwah. Memasing pakat berkongsi rezeki. Malam ni Perl

Seminar Pemuafakatan PIBG & Anugerah PIBKS Negeri Johor 2019

Imej
Seminar Pemuafakatan PIBG & Anugerah PIBKS Negeri Johor 2019. Pagi ni kami berada di sini; semua Ketua Sektor, PPD, Pengetua dan Guru Besar untuk satu majlis khas bersama YB Menteri Pendidikan. Tahniah diucapkan pada semua penerima anugerah. Memang jelas kelihatan permuafakatan yang terjalin antara komuniti dan pihak sekolah. Pengisian diteruskan dengan 3 slot tambahan daripada cikgu Azman Adnan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor; cikgu Ab Rahim, dari KPM dan cikgu Zais dari YPJ. Memang terbaeekkk!!!!

SK Taman Nusa Perintis : Hari Sua Akademik 2019

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Hari Sua Akademik 2019. Hari ni sekolah iqi buat hari terbuka. Hari Sua Akademik nama digelar. TQ mama dapat luangkan masa dengan iqi kat sekolah tadi. Rupanya. Sekolah agama pun ada hari terbuka jugak. 2 in 1 jadinya. Alhamdulillah. Dapat attend dua-dua sekali. All the best Iqi.

Masjid Sultan Abu Bakar : A quick snapshot

Imej
Masjid Sultan Abu Bakar : A quick snapshot. Tempat nostalgia ni. Lepas renovate ituhari ianya dah berwajah baharu. Kebetulan ada program kat Pusat Islam Iskandar pagi ni, dan dapat parking berdekatan masjid; memang rugi la kalau lepas peluang snapshot gambar masjid ni kan. So. Sekali round and snap. Layan.

Majlis Doa Selamat dan Marhaban

Imej
Majlis Doa Selamat dan Marhaban. Petangnya dapat ziarah dari saudara. Sesambil dok sedia juadah untuk majlis simple sebelah malamnya. lepas isya' team perempuan wawasan memenuhi ruang di rumah. Saudara terdekat tiba sejurus selepas rombongan pulang. Sambung sampai ke lewat malam. Terima kasih pada semua yang hadir.

Shopee Raya Sale 2019

Imej
Shopee Raya Sale 2019. Ni la jadi bila tetiba terbukak shopee sebelum raya itu hari. 3 benda aku amik. 4 set getah penyerap bunyi kereta nak letak kat almera, Pendrive 64Gb 2 bijik untuk layan muvi kat tibi dan glass protector untuk kamera fuji aku. Balik rumah nengok dah sampai semua. Terbaeekkk!!!! Layan. Cuma yang glass protector tu retak. Aku dah buat refund ngan shopee. Seller pun mantops. Terus ganti beb.

Aidilfitri 1440 : Baling 2019

Imej
Aidilfitri 1440 : Baling 2019. Finalll. It's a wrap. Paling banyak amik photoshot. Nak upkan pun amik masa. Enjoice!

The Haziq e-sport session

Imej
The Haziq e-sport session. PUBG la, roblox la. Yang pasti. si ici mesti nak main dengan abang dia. Memang layan abis. Duduk pun mesti sebelah menyebelah. Aku. Masa ni tengah nahan sakit. Gi ar-rayyan sekali. Bisa masih tebal menyebabkan kena gi klinik jugak lepas tu. Layan tido aje dua hari.

The new kittens

Imej
The new kittens. Phatah dapat 4 ekor dan akhirnya si Tamrin dah beranak. Tambah lagi 4 ekor. so. Total of 8 ekor. Sempat meronda nengok jap. Anak si Phatah semua bermata biru. Ganas beb. Bulu berwarna warni sebab si phatah ada hampir semua warna yang ada. Tamrin. anaknya warna macam dia dan sitam dol. Hahaha. So. Sesi nama anak bakal bermula. Nama jawa maybe. Kekeke.

Men At Work part Uno

Imej
Men At Work part Uno. Hmmm. A new job. A new strategy. A new partner. Musyawarah dalam memastikan semua urusan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Punya la tekun berbincang sampai lupa opis sendiri sedang sibuk dibuat pembaikan. Keluar ja kosong kawasan. Snap snap la apa lagi.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 6 Jun. Isi semula on 12 Jun 2019. Shell Ulu Tiram. Hasil RM79.85 for 546.6 km melibatkan 38.39 l minyak. 7 hari. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190609 Kembali ke sekolah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190609 Kembali ke sekolah. Jap ja cuti dua minggu ni terasa. Hari ni amik cuti khas nak ngantor iqa. Takkan aku nak ulang alik. Singgah dulu cari kelengkapan dan makanan. Banyak kedai masih tutup. Lupa pulak hari ni hari ahad ditambah pulak dengan cuti raya. Jam 4.30 dah selesai semua. All the best iqa.

The haziq quran session

Imej
The haziq quran session. Sesi bersama mama. Baru nak diupload. Alhamdulillah. Ici dan hawani pun join sekali.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 19 Mei. Isi semula on 9 Jun. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM68.48 for 346.7 km melibatkan 32.924 l minyak. 22 hari. Cuti sekolah la katakan. Banyak naik Livina aje.

Leman Miko : 20190609 Vaksin Time!

Imej
Leman Miko : 20190609 Vaksin Time! Haaa.. Tu dia si Leman punya bising lam beg dia. Tak suka tul kena kurung. Bawak gi CT Vet untuk vaksin kedua. Siap dengan ubat cacing dan kutu. Balik terus melepek.

Get well soon Ici

Imej
Get well soon Ici. Sekali budak ensem boleh demam la pulak. Tempek dulu kool fever. Bawak ke klinik. Rozikin tutup. Terus gerak ke Chu. Suhu 39. Terus masuk ubat. Harap cepat sembuh ye abam ensem.

Aidilfitri 1440 : Atuk Long sekeluarga

Imej
Aidilfitri 1440 : Atuk Long sekeluarga. Petang ni Mak Ucu dah discaj dari Hospital Sultan Ismail. Baby girl. Lewat petang atuk long sekeluarga datang berziarah. Dapat la nengok sekali baby girl disamping beraya kan.

Aidilfitri 1440 : Nenek Yang dan Aiman

Imej
Aidilfitri 1440 : Nenek Yang dan Aiman. Raya ketiga. Gerak sama Atuk, Pak Ngah dan Mak Ucu. Gi melawat nenek yang di jalan kemaman. Suka nenek yang kami datang. Borak borak jap. Posing. Snap snap. Terus herak ke HSI. Nengokkan si Aiman yang kena tahan wad. Asma. Malam aku sampai dia dikejarkan ke hospital. Petangnya Mak Ucu pulak masuk wad. Alhamdulillah. Dapat baby girl.

Aidilfitri 1440 : from Baling to Gelang Patah

Imej
Aidilfitri 1440 : from Baling to Gelang Patah. Masa dah tiba untuk kembali ke Gelang Patah. Sarapan dulu bersama famili. Around 8.15 pagi kami bergerak. Sempat singgah di Gunung Inaz untuk lepak jap. 8.30 pagi kami meneruskan perjalanan semula. Terpaksa berhenti di Padang Stong. Ici memang total out. Muntah teruk. Memang kalah jalan bukit dia ni. Dulu masa naik cameron, naik muntah, turun lagi la muntah. Jalan simpang pulai yang landai tu pun ke laut. Apatah lagi jalan Kroh - Gerik ni kan. Singgah Simpang Pulai untuk 1/3 yang pertama. So far so good. Gerak aje dah mula heavy traffic. Hujan lebat membantu menambahkan lagi suasana kemeriahan lebuhraya di hari raya. Ke utara toksah cerita. Lagi packed. Singgah di R&R Dengkil 3 jam kemudian. Solat; Lunch. Isi minyak. Amaran heavy traffics dah mula terpapar. Sampai je Nilai kami mula la menjadi sebahagian daripada warga jem yang best ni. Berjaya melepasi R&R Senawang 2 jam kemudian. Jarak? Plus minus 30 km je. Hahaha. Nak tak nak

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 4 Jun. Isi semula on 6 Jun 2019. Shell R&R Dengkil. Hasil RM61.46 for 438.3 km melibatkan 29.55 l minyak. 3 hari. Layan.

Aidilfitri 1440 : Makan makan malam raya

Imej
Aidilfitri 1440 : Makan makan malam raya. Pizza. Bihun sup. Pekasam. Jeruk kelubi. Lemang. Ketupat palas. Marbeles! Siap ada sesi peraga kepelbagaian jersi.

Salam Aidilfitri 1440H/2019

Imej
Salam Aidilfitri 1440H/2019. Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kaum keluarga, ketua dan bekas ketua jabatan, rakan sekerja, sahabat handai, rakan taulan, dan tidak dilupakan semua pengunjung blog dan rakan maya. Tahun kedua aku menggunakan kad digital sepenuhnya. Biarlah posmen bercuti dengan tenang dengan penggantian sepenuhnya oleh media sosial semata-mata tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Bagi pengumpul kad aku terutamanya, mohon maaf kerana tidak meneruskan tradisi lama ini lagi. Terimalah serangkap pantun yang dikarang khas oleh mama. Andai kata padam pelita, Gelap gelita di malam hari; Andai ada terlanjur kata, Maaf dipinta setulus hati.  Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami. ps : Posting lain semuanya dihentikan sementara sehingga selepas hari raya. Tunggguuu...

Baling 1440 : The night of Eid

Imej
Baling 1440 : The night of Eid. Projek malam raya. Pelita. Sekali. Hujan lebat malam ni. Dah semua termenung jap. Tunggu reda sikit. Tak reda reda jugak. Pasang kat dalam aje ler. Layannzzz. Siap berbideo bagai. Dapat mercun masuk angin. Photoshoot reramai lepas selesai semua. Lupa pulak nak wat bideo ucap selamat hari raya reramai.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 31 Mei. Isi semula on 4 Jun 2019. Petronas Baling. Hasil RM79.34 for 489.6 km melibatkan 38.143 l minyak. 5 hari. Layan.

Baling 1440 : The Preparation

Imej
Baling 1440 : The Preparation. Sekarang ni dah kurang thrill berbanding zaman kebudaks dulu. Risau ja memasing depan tv tunggu pakcik pemegang mohor besar umum. Takut-takut raya esok. Sekarang ni. memasing dah tau. Umum bila pun dah tau bila raya. Yang ditunggu, dia pakai baju kaler apa je. Hehehe. Hari ni baru prepare untuk raya esok. Atuk dengan sup tulang. Mama dengan soto. Nenek dengan ketupat palasnya. Sambung potong dan cuci daging dan ayam untuk rendang. Kebudaks. Semua sibuk bermain kat luar. Layan. Siap buat bideo tu. Hehehe.

Baling 1440 : Meronda

Imej
Baling 1440 : Meronda. Banyak juga target hari ni. Memula. Kita cuba join the rush. Mana lagi kalau bukan kat Billion. Leh tahan nak parking. Nampak ruang terus masuk. Dapat la park kat depan 7E. Terus meronda sambil snap snap. Tetiba teringat Akademi Brighter Brain. Apakata kita terjah sat. Hehehe. Saja buat surprise. Snap snap sambil borak borak ngan staf dia. Leh tahan juga tempat dan fasiliti dia. Memang terbaeekkk!!!! Keluar. Lepak kat Billion sementara mama meronda lagi. Setel. Balik. Sempat nyinggah Fresh Mart yang juga kawasan panas. Jem beb. Layan aje ler. Petangnya gi jumpa Pak Lang lagi dengan Pakcik, Paksu dan Iqi. Sempat nyinggah Buhari's on the way back.

Baling 1440 : All is here!

Imej
Baling 1440 : All is here! Iftar petang ni gamat sikit. Semua dah sampai. Penuh rumah tok wan petang ni. Meriah. Sampai tak tau nak susun macam mana.

Baling 1440 : Madu Kelulut & Tualang Fitri

Imej
Baling 1440 : Madu Kelulut & Tualang Fitri. Pakcik bawak gi jumpa Pak Lang kat kampung bandar. Tengokkan kaki jap. Balik. Singgah rumah Fitri kat tanjung pari. Fitri ni dia buat madu kelulut dan tualang. Borak sikit. Beli sebotol besar. Sempat dibawa meronda nengokkan sarang kelulut ni. Memang best. Tak lupa juga air tebu.

Baling 1440 : Pekan Ahad

Imej
Baling 1440 : Pekan Ahad. Satu kemestian sekiranya cuti jatuh pada hari Ahad. Marbeles beb. Park macam biasa belakang stesen bas sebelah yeok chee. Menapak sikit. Sempat gi cari jersi gitu. Kekeke. Mama sempat tapau ikan masin dan belacan. Layan.