Hospital Sultanah Aminah - one whole day in it
Hari ni, hari jumaat; satu hari penuh kami berada di spital besar johor ni. Dari pagi bawak ke tengahari, dari tengahari bawak ke petang, dari petang bawak ke maghrib. Semuanya sebab ternanti-nanti keputusan ujian darah ziqri. Semalam semasa masuk, bacaannya 20; memang agak tinggi. Sebelah petangnya alhamdulillah dah turun 17.9. Bacaan malamnya pulak 15.6. Tu yang buat ternanti-nanti apa keputusan untuk sebelah pagi ni. Jam 12 tengahari doktor dah mula ambik darah Ziqri balik. Katanya jam 3 nanti baru tau bacaannya. So, takpe lah.. mama tunggu lah di situ. Aku lak pergi semayang dulu ke semejid abu bakar dulu. Sekali balik, ramai yang dah menunggu. Katanya ada masalah kat makmal. So delay sampai jam 4 petang. Tunggu la dulu. tunggu punya tunggu masih tak kuar lagi. Semayang dulu la. Mana tau lepas asar nanti tau keputusannya. Sekali lepas asar pun sama jugak. Doktor kata maybe 6 lebih nanti tau kot. Kalau lepas 7 masih tak tau maknanya kena tahan lagi lah. Tuhan memang nak uji betul