Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh

Imej
Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu. Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi lokasi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua. Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa. Terdahulu