Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2014

UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2014

Imej
UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2014 Esok seramai 455,839 orang pelajar di seluruh negara bakal menduduki peperiksaan SPM. Kementerian Pendidikan telah membuat persiapan dengan rapi agar peperiksaan dapat berjalan dengan lancar. Kepada para pelajar, lakukanlah yang terbaik. Buat persediaan yang mencukupi dan hadapi peperiksaan dengan tenang. InsyaAllah, anda semua bakal beroleh kejayaan. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru-guru. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang tanpa jemu memberikan dorongan serta sokongan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan esok. Marilah kita sama-sama berdoa agar para pelajar kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang. YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri 2 November 2014 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!