Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aktiviti Minggu 4

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 4

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 4. Dah masuk minggu cukup sebulan duduk rumah. Kebanyakannya dah jadi alah bisa tegal biasa, walau kekadang akan sampai masa boring tak tau nak buat apa terutama bila line tenet out. Minggu ni kebanyakan barang order online dah mula tiba. Bukan setakat barang, makanan pun dah mula ada yang diorder online. Banyak test resepi baharu pasal dah tak tau nak masak apa dah. Paling best sesi pencarian kertas A4. Punya banyak kerja PdP secara atas talian dan ada yang kena print. Kalau dah 4 anak ofcoz kertas akhirnya akan berkurangan. Kebetulan masa gi post barang yang dibeli secara online untuk tukar semula terjumpa kertas ni kat KK Mart sebelah kurier. Alhamdulillah rezeki. Minggu ni juga dah mula nak start gunting rambut sendiri. Tengok data dan analitik pun dah nampak makin OK. Cuma. Masih perlu hati-hati pasal data ni data aktif yang boleh berubah bebila atas kecuaian kita.